Kadar Tindak Balas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pernyataan Masalah

( ) memerhatikan bahawa sikap murid sangat positif apabila guru menggunakan bahan
multimedia semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matematik.

Persepsi pelajar yang positif terhadap persekitaran pembelajaran mereka akan membantu
mereka belajar dengan lebih baik.

Persekitaran pembelajaran Matematik merupakan pembolehubah yang penting bagi


menentukan pencapaian murid dalam matematik.

Pengetahuan guru tentang persepsi murid membantu guru untuk merancang strategi terbaik
yang mampu menyediakan persekitaran pembelajaran matematik yang ideal dan memastikan
pencapaian matematik yang lebih baik. (Rajoo, M., 2013).

Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di
skeolah rendah. Murid-murid sering kali mempunyai persepsi yang negatif terhadap mata
pelajaran ini sehingga menyebabkan mereka memperoleh pencapaian yang rendah bagi mata
pelajaran ini. Pernyataan ini disokong oleh Amat Ujali Lan, & Ismail Affero (2016) yang
menyatakan bahawa kemerosotan dalam Matematik sering dikaitkan dengan sikap pelajar
seperti tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik dalam peperiksaan UPSR,
contohnya. Sikap demikian timbul disebabkan pelajar sering menganggap Matematik
membosankan, tidak relevan dan juga menakutkan (Rossi, M., 2015). Selain itu, pelajar-
pelajar pada masa kini tidak berminat untuk mendalami ilmu Matematik kerana mereka
beranggapan negatif terhadap mata pelajaran dengan menyatakan Matematik sangat susah
dan membosankan (Mohamad Nurizwan Jumiran, 2014). Anggapan dan persepsi yang negatif
terhadap Matematik akan menyebabkan pelajar tidak berminat dan bersikap sambil lewa
terhadap pembelajaran mata pelajaran tersebut.

Persepsi negatif yang timbul mendorong guru untuk menggunakan multimedia sebagai
alternatif untuk mengubah persepsi negatif pelajar terhadap PdP Matematik. Hal ini demikian
kerana terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap impak positif penggunaan
multimedia dalam PdP.

Berdasarkan kajian Jauriah Md Azali, Zainab Ahmad, Mashita Saad, & Yusoff Osman
(2011), sikap murid sangat positif apabila guru menggunakan bahan multimedia semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Menurut dapatan kajian Johnny, J. (2014) pula, peningkatan
dalam menguasai konsep menolak dapat dilihat selepas penggunaan multimedia berbanding
bahan manipulatif. Miskonsepsi mereka terhadap konsep penolakan berjaya diperbaiki
dengan penggunaan multimedia. Murid yang berkeupayaan berbeza juga dapat mempelajari
konsep yang diajar mengikut kadar sendiri dengan bantuan atau tanpa bantuan guru. Selain
itu, hasil kajian Mohd Yusoff Mohd Shariff (2011) membuktikan bahawa pengajaran
berbentukan multimedia amat berkesan kerana menggabungkan semua elemen-elemen yang
menarik, kreatif dan fleksibel dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan multimedia didapati memberi impak positif kepada PdP berdasarkan


beberapa kajian lepas kerana persembahan multimedia adalah lebih ‘attention-getting’ dan
‘attention holding’ kerana bentuk ini merupakan multimod, iaitu lebih deria pada satu masa
(Jauriah Md Azali, Zainab Ahmad, Mashita Saad, & Yusoff Osman, 2011). Nor Risah Mat
Lazim (2012) mengukuhkan lagi pernyataan ini dengan mengatakan bahawa elemen animasi
dan video yang digunakan dalam multimedia dapat memberikan gambaran sebenar sesuatu
pengalaman kepada kanak-kanak. Penggunaan muzik latar, lagu dan suara dalam sesuatu
rakaman multimedia pula dapat melengkapkan sesuebuah persembahan multimedia. Selain
itu, teks menerangkan konsep dan idea dalam sesuatu persembahan multimedia agar dapat
memberikan kejelasan mesej kepada sasaran. Grafik pula memainkan peranna penting dalam
menarik perhatian kanak-kanak.
Namun begitu, dapatan kajian yang menyatakan bahawa multimedia mampu memberi
impak positif kepada PdP tidak menyeluruh kepada semua aspek termasuklah persepsi murid
terhadap mata pelajaran Matematik. Kajian-kajian hanya tertumpu kepada impak luaran
semata-mata dan tidak secara mendalam tentang persepsi murid. Ismail Basiron (2012)
menyatakan bahawa kesan penggunaan multimedia terhadap pembelajaran tidak semestinya
berkesan dan konsisten sebagaimana yang diperoleh daripada hasil dapatan kajian lepas
kerana keberkesanannya juga bergantung kepada kumpulan pelajar yang menggunakannya.
Oleh itu, dapatan kajian tentang impak positif penggunaan multimedia dalam PdP masih belum
jelas dan nyata khususnya dari aspek perspektif murid.

Justeru, berasaskan permasalahan ini, kajian tentang impak penggunaan multimedia


diketengahkan bagi melihat sejauh mana impaknya terhadap perspektif murid dalam PdP
Matematik. Penyelidikan yang dilakukan secara terperinci dan berfokus kepada persepsi murid
mampu memberi jawapan kepada persoalan tentang impak positif daripada penggunaan
multimedia, khususnya dalam PdP Matematik. Oleh yang demikian, kajian tentang impak
penggunaan multimedia terhadap persepsi murid dalam PdP Matematik adalah wajar. Hal ini
demikian kerana persepsi murid dapat membantu guru merancang dan melaksanakan PdP
Matematik secara efisien melalui perancangan strategi, kaedah dan teknik yang lebih sesuai.

Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan di dalam perlakuan, pemikiran


(termasuklah proses dan hasil berfikir), persepsi, dan afektif (termasuk perasaan, sikap dan nilai).
Perubahan tersebut pula adalah kekal dan dipengaruhi oleh perubahan di dalam sistem saraf pusat
manusia itu sendiri. Ishak Baba. (2009)

ggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran amat bersesuain memandangkan


betapa efektifnya teknologi maklumat dan multimedia kini sebagai satu alat yang boleh membantu
individu dalam tugas pengurusan masa, kerja dan kehidupan seharian mereka. amat penting untuk
melihat bagaimana tanggapan dan penerimaan pelajar terhadap bentuk pembelajaran alaf baru ini.
Faizatul Hafilah Abdul Halim, & Nor Syahilia Aris. (2016

Persepsi yang positif adalah penting memandangkan kebelakangan ini, pengajaran kemahiran
berfikir telah menjadi topik penting dalam sistem pendidikan.

Selain daripada melatih pelajar dengan kemahirankemahiran untuk peketjaan, ia juga


membentuk perkembangan kognitif dan personaliti pelajar supaya mereka lebih memahami diri
sendiri dan a1am persekitaran yang bercorak sosial dan fizikal. Sehubungan ini, pelajar-pelajar
sepatutnya sedar serta faharn dan berpersepsi positif terhadap mata pelajaran ini. Persepsi positif
pelajar mungkin akan menolong tercapainya objektif mata pelajaran tersebut. Sukiman Saad, Noor
Shah Saad, & Mohd Uzi Dollah. (2012)

You might also like