Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SYARAT PERTANDINGAN:

1.1 Jenis Pertandingan


1.1.1 Pertandingan Nyanyian Solo Kategori Sekolah Rendah dan Menengah (Lelaki dan
Perempuan)

1.2 Penyertaan
1.2.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah
harian sekolah bantuan kerajaan sahaja.
1.2.2 Setiap sekolah layak menghantar 2 orang murid.
1.2.3 Setiap sekolah hanya membawa seorang sahaja pengurus pasukan.

1.3 Persembahan
1.3.1 Lagu Melayu Patriotik ciptaan anak Malaysia dan dalam bahasa Melayu.
1.3.2 Setiap peserta hanya mempersembahkan sebuah lagu sahaja.
1.3.3 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dan CD secara ‘Minus One’
(bukan karaoke). CD disediakan oleh peserta.
1.3.4 Pilihan lagu mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat/kaum.
1.3.5 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan lagu dan tidak menjolok
mata.
1.3.6 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta dibenarkan membuat
persembahan ulangan jika berlaku kerosakan teknikal pada CD / Pemain CD.
1.3.7 Peserta tidak dibenarkan mengguna khidmat penari atau bantuan prop.
1.3.8 CD hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran.

1.4 Masa
1.4.1 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.

1.5 Pemarkahan
1.5.1 Pic (ketepatan suara) – 30 markah
1.5.2 Ton (mutu suara) – 30 markah
1.5.3 Dinamik (ansur kuat/ perlahan) – 10 markah
1.5.4 Tempo (ketepatan mengikut rentak) – 10 markah
1.5.5 Attack/Realease (mula dan akhir rangkai lagu) – 10 markah
1.5.6 Sebutan (suara dan senikata jelas) – 5 markah
1.5.7 Ketrampilan (keyakinan, kostum dan penguasaan pentas) – 5 markah

You might also like