Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Di sebalik krisis kewangan global

Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA

papan elektronik di Bursa Saham Filipina turut menunjukkan trend penyusutan kelmarin ekoran
sentimen buruk pasaran saham dunia dan krisis kewangan global.

- AP

TERLINGKUPnya dua buah bank pelaburan gergasi Wall Street, Lehman Brothers dan Merrill Lynch
seminggu selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengambil alih korporat gergasi kewangan Fannie
Mae and Freddie Mac menandakan kapitalisme korporat Amerika di ambang kemuflisan.

Kesan daripada ketidakstabilan yang berlaku di Wall Street, pasaran saham sejagat jatuh menjunam
pada minggu ini.

Di Eropah, pasaran sahamnya menjunam sebanyak empat peratus.

Secara puratanya indeks Dow Jones Industrial telah kehilangan 504 mata atau 4.42 peratus.

Semasa rencana ini ditulis sejumlah bursa mengalami kejatuhan di tengah-tengah kebimbangan
berterusan tentang tahap boleh operasi institusi kewangan AS.

Di Tokyo, Indeks 225-saham Nikkei meningkat 1.21 peratus selepas mengurangkan keuntungan sejak
awal pagi. Sehari sebelum itu, Nikkei jatuh hampir lima peratus iaitu tinggi sedikit daripada paras
rendah tiga tahun.

Bursa Saham Hong Kong jatuh 1.85 peratus dan Shanghai kerugian 2.33 peratus berikutan
kebimbangan terhadap kesan berterusan krisis kewangan AS terhadap ekonomi China.

Bank-bank pusat serantau sekali lagi menyuntik dana dalam pasaran wang untuk memastikan
kecukupan wang dengan Bank of Japan memasukkan sejumlah tiga trilion yen (AS$28 bilion).
Meskipun tidak terkena secara langsung tetapi tempias keadaan di AS turut mempengaruhi harga
saham di Bursa Malaysia apabila Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menjunam hampir 40 mata
kepada 963.29 mata semalam.

Nasib syarikat insurans terkemuka AS juga masih terumbang-ambing. Syarikat insurans terbesar
dunia American International Group (AIG) dan bank pinjaman dan simpanan terbesar AS,
Washington Mutual berada di ambang kemuflisan.

Kebankrapan mendadak Lehman Brothers dan Merrill Lynch telah menghilangkan sejumlah besar
kecairan (wang tunai) daripada ekonomi. Ini kerana nilai wang kertas itu telah jatuh berikutan
spekulasi yang berlaku sepanjang sedekad yang lalu.

Ketiadaan modal yang diperlukan bagi membiayai operasi perniagaan kewangan akan menggugat
kegiatan ekonomi menyebabkan pengangguran dan kemelesetan yang seterusnya menjejaskan
harga rumah (isu subprima misalnya) dan perbelanjaan pengguna.

Ia seterusnya akan melemahkan imbangan kira-kira yang akhirnya menggoncangkan institusi bank
itu sendiri.

Fenomena yang berlaku di AS dan kesannya kepada ekonomi sejagat merupakan gejala atau petanda
yang membawa ke arah malapetaka ekonomi yang diharapkan tidak membawa pengulangan kepada
kemelesetan besar yang berlaku pada 1930-an dahulu.

Kejatuhan ikon kapitalisme AS seperti syarikat Lehman Brothers yang ditubuhkan 158 tahun lalu dan
Merrill Lynch yang dibina 94 tahun dahulu telah menimbulkan kesangsian terhadap ideologi pasaran
bebas dan juga terhadap sistem politik dan ekonominya yang dikuasai oleh kumpulan oligarki
kapitalis.

Keadaan gergasi kapitalisme yang dibebani dengan hutang bertimbun sepanjang dekad lalu
diburukkan oleh kegiatan spekulasi melalui dana perlindungan tentunya menjejaskan perjalanan
sistem tersebut. Ini kerana kumpulan oligarki inilah bertanggungjawab kepada apa yang berlaku
sekarang.
Segala gambaran positif yang cuba disampaikan oleh kerajaan, media dan Wall Street, pakar-pakar
dan perunding kewangan serta parti-parti politik selama ini semuanya telah kehilangan kredibiliti.

Jaminan terkini oleh pentadbiran George W. Bush bahawa kerajaan akan menyelamatkan syarikat-
syarikat terjejas teruk dengan kenyataan bahawa sistem perbankan AS akan berada dalam keadaan
baik, pasaran perumahan dan kredit akan membawa perubahan tidak menyakinkan warga AS lagi.

Setiausaha Kewangan, Henry Paulson semasa sidang akhbar di White House mengelak daripada
menjawab soalan mengenai siapa yang bertanggungjawab dan sebaliknya menumpukan kepada
persoalan masa depan.

Kedua-dua calon presiden, parti Republikan John McCain dan Demokrat Barack Obama telah
membuat kenyataan mereka berhubung dengan isu itu tetapi masih tidak menyakinkan.

Apa yang peliknya krisis yang jika tidak ditangani dengan cepat boleh membawa kepada tahap
Kemelesetan 1930-an itu seperti takut disentuh secara terperinci oleh kedua- dua calon tersebut.

McCain mengeluarkan kenyataan yang mahukan "pembaharuan" di Washington dan ke atas Wall
Street dan menjamin akan membawa kepada akauntabiliti Wall Street. Ini adalah kenyataan seorang
jutawan yang kempennya dibiayai oleh para pelobi Wall Street dan perniagaan-perniagaan besar
yang lain.

Apa yang kita lihat menunjukkan bahawa kegagalan sistem kapitalisme yang diamalkan sekarang dan
dunia tidak harus bergantung sepenuhnya kepada sistem tersebut.

Apa yang dirisaukan ialah kesan daripada apa yang berlaku di Amerika ke atas negara kita dan
negara sedang membangun umumnya.

Bergantung

Terdapat kata-kata popular yang seolah- olah ingin menyedarkan negara supaya jangan terlalu
bergantung kepada pelabur AS - jika AS bersin Malaysia akan terkena selesemanya.
Kita harap ia tidak akan menjejaskan ekonomi dan kewangan negara kita serta tidak mempengaruhi
syarikat-syarikat AS yang melabur di negara kita. Ini kerana AS adalah rakan pelaburan terbesar bagi
Malaysia.

Keadaan itu juga diharapkan tidak akan menjejaskan iklim pelaburan yang boleh membawa kepada
pengangguran, kemiskinan dan penderitaan sosial.

Pengumuman pelan penyelamatan besar-besaran oleh Kerajaan AS ke atas syarikat gergasi insurans
dengan Rizab Persekutuan akan memberikan pinjaman AS$85 bilion (RM289 bilion) kepada
American International Group (AIG) yang mengalami masalah kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khor Hock Seng berkata, American International Assurance Bhd. (AIA
Bhd.) tidak terjejas dengan krisis kewangan yang sedang berlaku di AS ketika ini.

"Kami adalah penanggung insurans yang ditubuhkan di Malaysia. Lebih 96 peratus daripada jumlah
aset kami adalah dilabur di Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataannya di sini.

Di bawah pelan Rizab persekutuan, kerajaan AS akan menguasai hampir 80 peratus kepentingan
dalam AIG, menandakan campur tangan bank pusat yang pertama seumpamanya dalam sektor
perniagaan swasta.

Kegagalan untuk menyelamatkan AIG akan mengancam meruntuhkan seluruh sistem kredit AS dan
antarabangsa kerana syarikat tersebut memegang taruhan yang besar berjumlah bertrilion dolar
dalam pasaran tidak dikawal selia yang dikenali sebagai "tukaran kegagalan membayar kredit" atau
"credit default swaps" (CDS).

AIG telah menjual kontrak CDS kepada bank-bank, dana perlindungan dan pelabur besar di serata
dunia yang menjamin mendapatkan cagaran daripada syarikat-syarikat yang gagal melunasi
hutangnya. Jika AIG jatuh bankrap ini bermakna nilai hutang yang dijamin akan merudum ke tahap
yang tidak dijangkakan dan mengacaubilaukan pasaran kredit serta mengancam tindak balas
berulang dalam kegagalan membayar hutang dan kebankrapan.
Siri peristiwa yang berlaku sejak dua minggu kebelakangan ini amat menggusar dan
membimbangkan kerana elit kewangan Amerika boleh membawa negara tersebut ke arah
kemuflisan.

Nampak pelaksanaan sistem pasaran bebas secara totok telah meninggalkan implikasi yang
menggugat kestabilan ekonomi AS dan membawa bahana kepada rakyat. Keterlibatan dalam
kegiatan spekulasi, pasaran derivatif dan dana perlindungan yang penuh dengan risiko dan penipuan
itu telah membawa kepada keadaan yang berlaku sekarang.

Ini ditambahkan lagi dengan faktor pembatalan kawal selia kerajaan melalui program penswastaan
dan komersialisme melampau telah membawa sesetengah syarikat gergasi mengaut keuntungan
tanpa mengira persoalan moral atau nilai.

Ini kerana tiada campur tangan kerajaan yang dapat mengawasi segala perkara yang berlaku.
Ketiadaan peraturan kewangan standard bagi mengawal segala kegiatan tersebut telah
memburukkan keadaan. Persoalan siapakah yang bertanggungjawab tidak akan ditimbulkan oleh
media arus perdana atau mana-mana pentadbiran di White House.

Sejak meletusnya krisis ini tiada perbincangan atau perdebatan kongres, siasatan awam dan usaha-
usaha mencari siapakah yang bertanggungjawab.

Penyelamatan besar-besaran (AS pernah mengkritik penyelamatan kerajaan Malaysia ke atas


syarikat-syarikatnya semasa krisis ekonomi negara 1997) oleh kerajaan AS ke atas wilayah pasaran
tanpa kawal selia dengan tujuan menyelamatkan firma-firma besar Wall Street telah dilakukan tanpa
sebarang perdebatan awam atau penentangan daripada parti demokrat.

Sistem yang mengutamakan keuntungan kepada individu, elit kewangan dan syarikat korporat
gergasi telah membawa kepada ketamakan yang tidak dikawal sehingga sanggup merobohkan
institusi itu sendiri tanpa memikirkan kepentingan awam dan rakyat yang akan terjejas daripadanya.

Suatu siasatan jenayah harus dilakukan oleh kerajaan AS bagi mencari mereka yang
bertanggungjawab krisis yang berlaku.

Kongsi Konten di :
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Tugasan besar menanti Malaysia di UNSC

• Mana ada kelas pakai nama Melayu...

• Bersihkan agensi penguatkuasaan daripada pengkhianat

• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

• Mistik belantara

• Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki

• Khemah digoncang lembaga

• Diekori pocong puncak Nuang

• Terserempak kumpulan pembawa obor

• 'Disapa' jin tanah di Kem Lolo

• Gangguan boleh mendatangkan mudarat

• Jutawan bekas pengemis

• Kamera rakam perbuatan keji jururawat lelaki

• Bukan mudah bergelar haji dan hajah

• Citra negara perlu dalam pelaksanaan dasar bahasa

• Lebih baik miskin material daripada miskin jiwa

• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

• Pluralisme produk liberalisme

• Projek sturgeon dan Taman Negara

• Tokoh pentadbir terbilang

Waktu Solat Kuala Lumpur


Subuh 5:53

Zuhur 1:19

Asar 4:32

Maghrib 7:24

Isyak 8:35

Klik untuk waktu solat kawasan lain

Dengar SuriaFM

Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Riuh Rio Brazil 2014

Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Tragedi Pesawat MH370

Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014

Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


ePlayer Sukan

Get Adobe Flash player

MENARIK

Ruang iklan percuma hartanah, produk

Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan Malaysia

Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbar

Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari

Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu Mingguan

Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

SMS News Alert Utusan Malaysia

Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.


Shareaholic LogoClose

Username or Email

Password

Forgot password?

Log in

Don't have an account? Sign up

Close

Terkini

Berita Utama

Arkib Berita

English Edition

Nasional

Dalam Negeri

Politik

Parlimen

Jenayah

Mahkamah

Laporan Khas
Luar Negara

Artikel

Rencana

Forum

Kolumnis

Cuit

Selak

Blog

Kami Prihatin

Wilayah

Kota

Selatan

Johor

Utara

Timur

Pahang

Sabah & Sarawak

Suara Rakyat

Hiburan

Tempatan

Rancangan TV

Gaya Hidup

Feminin

Keluarga

Kesihatan
Polis & Tentera

Sukan

Dalam Negeri

Luar Negara

Rencana Sukan

Golf

EURO 2012

ePlayer

Bisnes

Ekonomi

Korporat

Produk/Servis

Agro

Saham

Matawang

Pendidikan

Sekolah

Kampus

Sastera

Agama

Sains

Sains & Teknologi

Megabait

Kesihatan

Rekreasi

Rekreasi
Pemotoran

Pancing

Pelancongan

Impak Alam

Catatan Kembara

Xtive

Video

Blog Editor

Suara Rakyat

Salam Aidilfitri

Hubungi Kami | Jom Iklan | Facebook | Twitter |


Rencana RSS Feed | Polisi Privasi | Privacy Policy |

Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji Online | disini.my |
MyBooks | Job House | Utusan Karya

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencan
a&pg=re_01.htm#ixzz4qSqQIqxR

© Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like