Professional Documents
Culture Documents
Februari Laporan Bulanan Kajian Aedes Di Sekolah
Februari Laporan Bulanan Kajian Aedes Di Sekolah
b. Pendahuluan
Pendahuluan menerangkan secara ringkas tentang objektif, matlamat dan latar belakang
program yang dirancang. Cara senang, pendahuluan di Laporan Program adalah sama
dengan yang di Kertas Kerja (atau Cadangan) Program ;)
c. Tarikh / Hari
Nyatakan tarikh aktiviti bermula dan berakhir. Jika ada perubahan, boleh nyatakan
dalam kurungan.
d. Tempat
Tempat utama aktiviti dilaksana. Tempat bagi setiap aktiviti yang dirancang untuk
dijalankan adalah tidak perlu melainkan yang utama sahaja. Jika berlaku perpindahan
tempat atau tempat utama program lebih dari satu, senaraikan mengikut yang mana
dahulu didatangi.
e. Perasmi Pembukaan*
f. Perasmi Penutupan*
*Jika ada / berkaitan
Ceritakan secara ringkas siapa yang datang merasmi, jam berapa dan sedikit intipati
ucapan perasmi serta simbolik perasmian.
g. Penyertaan
Nyatakan audien / peserta yang terlibat atau menyertai program dan aktiviti dan jumlah
(penyertaan) yang disasarkan. Kemudian, nyatakan jumlah yang telah mengikuti
program/aktiviti tersebut mengikut pecahan, yang mana perlu. Contohnya, berapa lelaki
berapa perempuan, berapa warga sekolah berapa orang kampung dan sebagainya.
kronologi perjalanan program sebaiknya adalah ringkas tetapi padat dan menyentuh
aspek-aspek penting (situasi/kejadian) program, contohnya ucapan perasmian, masalah
yang berlaku, aktiviti lewat/ditunda dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, boleh lihat di
Sampel Laporan Projek.
Bahagian ini pula bahagian yang 'kritikal' untuk Ketua AJK atau Bahagian yang
diwujudkan dalam organisasi AJK Pelaksana, untuk rekod (laporan) dokumentasi bagi
tujuan post-mortem serta rujukan akan datang. Ketua perlulah melaporkannya dengan
jujur dan tepat untuk memudahkan perbincangan penambah baikkan pada masa akan
datang. Dari sini juga penilaian keseluruhan tentang kejayaan penganjuran sesuatu
program itu diukur, diteliti dan ditentukan.
j. Gambar-gambar terpilih
Gambar-gambar tersebut hendaklah signifikan; iaitu mempunyai perkaitan dan makna
yang penting yang berlaku dalam program. Ia bermula sebelum, semasa dan di
penghujung program serta di susun mengikut tertib tadi.