Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

In Edisi Khas By Cik Matahariku

Petua Mudah Buat Karipap Rangup


Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya datang daripada keluarga yang sederhana besar ahlinya iaitu dengan seorang
abang lelaki dan tiga orang kakak, saya anak kelima dan dua orang adik iaitu
perempuan dan yang bongsu lelaki.

Waktu usia saya belasan tahun lagi saya kerap membantu ibu saya menyediakan
karipap termasuk kakak-kakak saya.Menariknya waktu itu, kami selalu "mengata'
emak setiap kali menguli tepung untuk dijadikan kulit karipap, saya dan kakak-
kakak akan mengatakan bahawa mak buat karipap mengalahkan orang berniaga
karipap, padahal masa tu, kita orang jugak yang "tukang belasah" karipap mak
tu.hoho.
Boleh dikatakan,kesan pengaruh kerap makan karipap buatan tangan mak, akhirnya
karipap menjadi kuih kegemaran saya.Masih saya ingat, pernah satu masa
sepanjang bulan ramadan,arwah abah saya akan membelikan karipap inti kentang
atau sardin untuk juadah berbuka saya ( sebab mak tak larat buat time bulan
puasa).Bayangkanlah, setiap hari juadah wajib berbuka saya mesti ada karipap!

Karipap kegemaran Suami dan Anak-anak


Kini, setelah berumahtangga,bertambah pula 'follower" saya terhadap
karipap.Bukan sahaja Encik Suami saya peminat tegar kuih ini, kesukaan ini turun
pula kepada putera puteri kami.Cabaran terbesar saya ketika itu ialah, saya hanya
tahu makan, tapi belum pernah sekali saya membuatnya sendiri.Adehhh, mula-
mula belajar buat karipap sendiri memag hancuss.Saya selalu cemburukan karipap
inti kentang buatan mak mertua saya yang selalu mendapat pujian suami dan anak-
anak.
Sebagai pengemar karipap, saya akui karipap inti kentang buatan ibu mertua saya
memang yang paling enak yang pernah saya jumpa.Saya pun mengambil inisiatif
untuk membuat sendiri karipap berinti kentang.Banyak kali juga saya
mencubanya.Banyak penemuan baru jugak hasilnya.haha.Pernah saya buat, intinya
terlebih masin.Pernah juga apabila saya goreng, kelim karipap terbuka dan
keluarlah intinya.Adajuga beberapa kali, bila karipap saya sudah sejuk, kulitnya
jadi liat dan tidak rangup pula.Macam-macam kan?huhu.

Practise makes perfect!


Begitulah prinsip yang saya amalkan dalam bab masak memasak ni.Ya, PRACTISE
MAKES PERFECT:) Bagi saya, sedangkan saintis terkenal macam Elbert Einstein tu
pun makan tahun nak hasilkan formula terbaik dalam bidangnya, inikan pula saya
Chef yang baru belajar kan.isk-isk.Rupanya, latihan demi latihan menguli doh
setiap kali saya membuat karipap sendiri, telah bantu saya berjaya menghasilkan
doh yang terbaik dan menjadikan kulit karipap saya rangup.Saya juga sering
membandingkan inti kentang karipap saya dengan rasa yang dibuat oleh mak
mertua saya.

Akhirnya.Ya,akhirnya saya berjaya menghasilkan karipap inti kentang seenak mak


mertua saya sehingga mendapat pujian daripada ibu mertua saya sendiri.Yess!.apa
kata Encik Suami saya?Dia dok kata apa pun.Karakter suami saya mudah saja.Jika
hidangan yang saya sediakan itu enak, dia akan mengulang makan makanan
tersebut dan minta saya membuatnya pada lain kali.
Cara Mudah Buat Karipap Inti Kentang
Ok,mukaddimah yang panjang sebelum saya kongsikan dengan anda semua cara
buat karipap inti kentang yang sedap dan rangup ini.Memamg saya "paksa" anda
baca intro yang panjang ini supaya anda tahu, takkan ada karipap yang sedap,
kalau tak diusahakan dengan bersungguh dan seikhlas hati.Yup, tepatnya : Parctise
makes perfect kan.lalala.

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang


 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
 1 biji bawang besar ( potong dadu )
 3 ulas bawang merah ( dikisar )
 2 ulas bawang putih ( dikisar )
 segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau
ayam
 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
 3 sudu besar serbuk kari
 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
 Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang
sudah
dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk
nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik
bau,
masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih
dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat
lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan
separuh lagi
bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat
sejuk dan
boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap


 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
 dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta
atau marjerin )
 satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam
Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung
ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi
lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya
kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )
Cara buat kulit karipap
 Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak
masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan
sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli
jika minyak sudah tidak panas.
 Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan
dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit
ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya
menjadi kulit karipap.
 Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk
dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan
karipap.
 Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena
pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin
yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi
rangup.
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat
kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa
digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan
karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup


Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup
ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu,
kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika
api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi
liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api
sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat
kulit karipap yang rangup.

Selamat mencuba ya:)

You might also like