Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

RUJUKAN
2. BORANG SOAL SELIDIK
3. CONTOH TEMU BUAL
4. LAPORAN RINGKAS MESYUARAT DAN PERJUMPAAN
5. FOTO

1
Rujukan

1. Jasni Majed ,Minda : Perubahan Sikap Mampu Tangani Masalah Sampah, 18.5.2011
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Perubahansikapmamputanganimasalahsa
mpah/Article di muat turun pada 29 Mac 2013

2. Masalah Pengurusan sampah di Selangor belum selesai 30.12.2012


http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121130/pa_01/Masalah-pengurusan-sampah-di-
Selangor-belum-selesai

3. Pembuatan Baja Kompos Daripada Sisa Buangan Organik


http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/Pembuatan-Baja-Kompos-daripada-sisa-
buangan-organik.pdf

4. Manafaat Baja Kompos Untuk Pertanian


http://harizamrry.wordpress.com/2009/06/28/memanfaat-baja-kompos-untuk-pertanian/

5. HSR residents set example in community composting, HM Javali 28 Feb 2013


http://bangalore.citizenmatters.in/articles/view/4974-composting-device-installed-in-hsr-
layout- park

KAJIAN KESEDARAN TENTANG KITAR SEMULA SISA MAKANAN DALAM KALANGAN WARGA
SMK BANDAR TASIK KESUMA

1. Jantina : Lelaki Perempuan

2. Umur : 13-15 16-18 19-25 25 dan ke atas

2
3. Pekerjaan : Pelajar Guru Staf Sokongan Lain-lain

Nyatakan: ………
4. Aktiviti kesedaran alam sekitar yang saya minati
Gotong royong Menanam pokok Ceramah Kembara hutan

5. Adakah anda mengamalkan aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian :

Ya Tidak

6. Tandakan √ pada bahan yang terdapat di kawasan sekolah yang boleh dikitar semula :

Botol plastik Daun Kering Kertas

Tin aluminium Kaca Besi keluli Polisterin

7. Pada pandangan anda berapakah jumlah ssisa makanan yang dihasilkan di kantin sekolah dalam sehari :

< 2kg 2.5kg – 4kg 4.5kg – 6kg >8kg

8. Tandakan √ pada pilihan anda

Item Setuju Tidak


Setuju
1. Dedaun kering sesuai dilupuskan dengan kaedah membakar

2. Saya mengetahui apa itu baja kompos


3. Saya mengetahui bagaimana baja kompos dihasilkan
4. Baja kompos dihasilkan dari proses kitar semula
5. Saya mengamalkan pengkomposan di rumah
6. Penghasilan baja kompos dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar
7. Penggunaan baja kompos dapat menjimatkan kos
8. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan baja kompos sukar diperolehi
9. Aktiviti pengkomposan dapat mengurangkan kuantiti sampah di sekolah
10. Aktiviti pengkomposan dapat mengurangkan pembakaran sampah di kawasan sekolah

TEMUBUAL RINGKAS BERSAMA PENGUSAHA KANTIN DAN TUKANG KEBUN SEKOLAH

Kami : Assalamualaikum pakcik. Kami berdua adalah wakil pasukan projek baja kompos. Kami ingin
menemubual pakcik untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang pengurusan sisa / sampah yang
diamalkan di sekolah kita.

Pengusaha Kantin & Tukang Kebun : Sudah tentu.

S1 : Sudah berapa lamakah pakcik berkhidmat di sekolah ini?

Pengusaha Kantin : Tahun ini adalah tahun ke-3 saya beroperasi sebagai pengusaha kantin di sekolah ini.

Tukang Kebun : Selama 5 tahun.

3
S2 : Dari pengalaman pakcik berapa banyakkah sisa buangan yang dihasilkan di dapur kantin/
kuantiti daun-daun kering yang terdapat di sekitar kawasan sekolahyang pakcik kumpulkan pada
setiap minggu?

Pengusaha Kantin : Sampah dapur yang terkumpul lebih kurang sebanyak 2 plastik sampah setiap hari,
atau 14 plastik seminggu

Tukang Kebun : Banyak… secara kasarnya lebih kurang 20 plastik sampah seminggu

S3 : Bagaimanakah pengurusan sampah-sampah tersebut dilakukan?

Pengusaha Kantin :Sampah-sampah organik yang terdapat di dapur kantin seperti kulit telur, lebihan sayur
hijau dan hampas teh dan kopi dikumpulkan dan dikumpulkan seperti sampah-sampah
yang lain untuk diangkut oleh lori sampah. Begitu juga dengan sisa makanan.

Tukang Kebun : Oleh kerana sekolah ini luas, saya dan tukang-tukang kebun yang lain hanya
melonggokkan daun-daun kering di tempat pembakaran sampah lalu membakarnya.

S4 : Pada pandagan pakcik adakah kaedah yang digunakan selama ini bagus untuk memelihara
keseimbangan alam sekitar?

Pengusaha kantin : Tiada masalah…. Cuma kadangkala sampah yang dihasilkan terlalu banyak dan
lewat diangkut oleh lori sampah, menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.

Tkang kebun: Pakcik rasa amalan ini tidak begitu baik tetapi ia adalah kaedah yang paling mudah
untuk menyelesaikan masalah longgokan daun. Pakcik bakar daun daun tu
seminggu sekali ditempat longgokan sampah.

S5 : Apakah pandangan pakcik apakah kesan buruk sampah daunkering yang dilupuskan melalui
dibakar secara terbuka?

Pengusaha Kantin : Pada pendapat saya, pembakaran daun-daun kering boleh menjadi faktor pencemaran
udara akibat daripada asap yang terhasil. Udara jadi tidak segar dan menggangu
tumpuan pelajar untuk belajar.

Tukang Kebun : Sebenarnya saya pun tidak setuju dengan pembakaran daun-daun kering tersebut. Tapi,
jika saya tidak membakarnya, daun-daun kering itu akan tersumbat di dalam longkang
terutamanya selepas hujan dan bau kurang enak akan terhasil.

S6 : Berdasrkan pengalaman pakcik, bagaimanakah btahap kesedaran pelajar sekolah ini


terhadap kebersihan alam sekitar.

Pengusaha Kantin : Saya dapati terdapat segelintir pelajar suka membiarkan air paip terbuka semasa
menyabun tangan. Air yang terbazir itu kelihatan tidak banyak untuk seseorang
melakukannya, tetapi bayangkan hampir kesemua pelajar berbuat sedemikian. Banyak
sebenarnya pembaziran air yang telah berlaku.

Tukang Kebun : Pelajar -pelajar sekolah gemar membuang sampah seperti bungkusan makanan di
merata-rata tempat. Walhal telah disediakan tong sampah di setiap penjuru sekolah
untuk kegunaan orang ramai.

S7 : Adakah pakcik tahu bahawa sisa dapur kantin dan daun – daun kering boleh dikitar semula
untuk menghasilkan baja?

4
Pengusaha kantin: Pakcik pernah dengar tentang itu tetapi tidak pernah mencubanya, agak cerewet
prosesnya

Tukang Kebun : Daun- daun ini bila dikumpulkan, ditutup dan dibiarkan untuk masa yang lama akan
menyebabkannya reput dan boleh guna sebagai baja pada pokok.

S8 : Baiklah soalan terakhir dari kami. Adakah pakcik berdua setuju memberikan kerjasama
untuk melaksanakan projek kami.

Pengusaha kantin: Tiada masalah, tetapi perlu terangkan kepada pakcik apa yang boleh dibantu.

Tukang Kebun : Boleh, Pakcik berbesar hati untuk membantu melaksanakan projek ini

Kami : Baiklah, itu sahaja buat masa ini. Kami akan menghantar surat rasmi untuk memohon kebenaran
pihak kantin untuk menyumbangkan sisa dapur kantin pada setiap hari Rabu Terima kasih atas kerjasama
yang diberikan.. Pakcik pula perlu kumpulkan sampah daun setiap hari dan tuangkannya ke dalam tong
yang akan disediakan nanti. Plastik, polisterin, kaca dan bahan bahan lain perlu dielakkan.

Pengusaha Kantin & Tukang Kebun : Sama-sama.

LAPORAN PERJUMPAAN/ MESYUARAT

1. Perjumpaan Pertama
Tarikh: 11.3.2013
Masa: 9.15 pagi -10.15 pagi
Tempat: Makmal Biologi
Aktiviti: Membincangkn artikel dan kertas konsep
Guru penasihat: Pn Siti Zuraidah Ismail
Kehadiran:
No Nama
5
1 Umar Mustaqim bin Heshamudin 6 Syahirah Asyiqin binti Alias
2 Rooban A/L Sakthi Saravanan 7 Nur Syazwani binti Zulkifli
3 Muhammad Afiq bin Omaruddin 8 Nasrin Dayana Binti Mohammad Nasri
4 Muhammad Azlan bin Jefri 9 Sangetha A/P Velayan
5 Khairunnisa Aimi bt Zaki 10 Ameera Nadhirah binti Hairol Azhar

Ringkasan perbincangan:
Kami membincangkan dan mengimbas kembali bagaimana kami perlu membuat artikel dan kertas konsep.
Kami juga membincangkan pada waktu bila yang sesuai untuk kami mula membuat artikel kerana hari
ujian makin tiba. Setiap ahli projek perlu menulis pengalaman masing- masing dan kami akan rumuskan
laporan keseluruhan apabila perjumpaan seterusnya diadakan

2. Perjumpaan Kedua
Tarikh: 16.3.2013
Masa: 2.00 petang-5.00 petang
Tempat: Tesco Semenyih
Aktiviti: Menyiapkan artikel dan kertas konsep
Kehadiran:
No Nama
1 Rooban A/L Sakthi Saravanan 6 Nur Syazwani binti Zulkifli
2 Muhammad Afiq bin Omaruddin 7 Nasrin Dayana Binti Mohammad Nasri
3 Muhammad Azlan bin Jefri 8 Sangetha A/P Velayan
4 Khairunnisa Aimi bt Zaki 9 Ameera Nadhirah binti Hairol Azhar
5 Syahirah Asyiqin binti Alias

Tidak Hadir: Umar Mustaqim bin Heshamudin

Ringkasan perbincangan
Kami berjumpa di Tesco Semenyih membuat perbincangan dan menyiapkan artikel berdasarkan
pengalaman setiap ahli kumpulan. Kami bercadang untuk menulis artikel dalam bahasa Inggeris dan perlu
meminta Guru Bahasa Inggeris untuk menyemak artikel kami. Bagi penyediaan kertas konsep pula, Aimi
dan Syazwani ditugaskan menemubual pengusaha kantin dan tukang kebun, manakala Syahirah dan Nasrin
perlu menyediakan soal selidik pelajar. Azlan dan Umar akan mengedarkan soal selidik kepada pelajar dan
membuat analisis tentang kesedaran alam sekitar pelajar di sekolah. Afiq ditugaskan mengambil foto lokasi
dan scenario di sekitar sekolah yang berkaitan dengan projek yang akan kami jalankan.

3. Perjumpaan Ketiga
Tarikh: 21.3.2013
Masa: 3.00 petang-5.00 petang
Tempat: Kantin sekolah
Guru Penasihat: Pn Siti Zuraidah bt Ismail
Aktiviti: Membincangkan dan mengagih-agihkan tugas untuk menyediakan kertas konsep
Kehadiran:
No Nama
1 Umar Mustaqim bin Heshamudin 6 Nur Syazwani binti Zulkifli
2 Rooban A/L Sakthi Saravanan 7 Nasrin Dayana Binti Mohammad Nasri
3 Muhammad Afiq bin Omaruddin 8 Sangetha A/P Velayan

6
4 Muhammad Azlan bin Jefri 9 Ameera Nadhirah binti Hairol Azhar
5 Khairunnisa Aimi bt Zaki

Tidak hadir: Syahirah Asyiqin bt Alias

Ringkasan Perbincangan
Kami membincangkan penyediaan kertas konsep projek kami. Kami bercadang untuk menjalankan projek
kitar semula bagi mengurangkan sampah di sekolah kami menggunakan kaedah pengkomposan.
Memandangkan minggu depan adalah cuti sekolah maka kami telah mengagihkan tugasan kepada setiap
ahli kumpulan dan bahan yang disediakan akan dikumpulkan untuk dibincangkan pada perjumpaan
berikutnya yang akan diadakan pada Jumaat 29/3/2013. Soal selidik, soalan temubual dan foto telah
diemelkan kepada Pn Siti Zuraidah.

4. Perjumpaan Keempat
Tarikh: 29.3.2013
Masa: 9.00 pagi-12.00 tengahari
Tempat: Kantin Sekolah
Guru Penasihat: Pn Siti Zuraidah bt Ismail
Aktiviti: Menyiapkan kertas konsep
Kehadiran:
No Nama
1 Umar Mustaqim bin Heshamudin 4 Nasrin Dayana Binti Mohammad Nasri
2 Khairunnisa Aimi bt Zaki 5 Ameera Nadhirah binti Hairol Azhar
3 Syahirah Asyiqin binti Alias

Tidak hadir : Sangeetha, Rooban, Azlan, Syazwani, Afiq (Semua pelajar bercuti sempena Cuti Sekolah)

Ringkasan Perbincangan
Perjumpaan ini diadakan untuk menyiapkan kertas konsep kami. Ahli yang tidak dapat hadir telah
menghantar emel tugasan masing- masing kepada setiausaha. Kami yang hadir menggabungkan dan
menyusun semula idea kertas konsep kami dengan bimbingan dan nasihat Pn Siti Zuraidah. Kertas projek
ini perlu kami siapkan secepat mungkin kerana tarikh akhirnya semakin hampir iaitu pada 2 April 2013.
Akhirnya sekitar jam 3.00 petang kami telah berjaya menyiapkan hampir 80% daripada kertas konsep kami.
Kami akan berjumpa sekali lagi pada hari Isnin untuk melengkapkan bahagian lampiran
FOTO

Tapak pembakaran sampah dedaun dan


kayu (Tapak Cadangan Projek)

7
Sampah daun kering yang gugur dan longgokan
dedaun kering sebelum dimusnahkan melalui
pembakaran

Keadaan longkang yang dipenuhi sampah plastik dan daun-


daun kering yang berpotensi menjadi tempat pembiakan
nyamuk

You might also like