HGJH'

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia (Noresah, 2015). Walaupun terdapat pelbagai
jenis bahasa, namun fungsi bahasa tetap sama iaitu sebagai satu alat komunikasi yang
sangat penting bagi manusia iaitu untuk menyatakan perasaan, permintaan, mendapatkan
maklumat dan sebagainya.

Harimurti Kridalaksana (1984: 61) pula menerangkan bahawa ilmu fonologi merupakan
bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Selain itu, Abdullah
Hassan (1993: 40) pula menyatakan fonologi sebagai ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu dalam sesuatu bahasa itu

Menurut Siti Hajar Haji Abdul Aziz (2008) menerangkan bahasa yang sering dihasilkan
oleh manusia melalui alat artikulasi disebut sebagai pertuturan, kalimat atau ujaran. Menurut
beliau lagi, bahasa merupakan satu sistem bunyi yang teratur atau pencantuman bunyi yang
hadir secara berulang-ulang atau secara berurutan. Paker (1989: 112) menjelaskan bahawa
ilmu fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan
rumus-rumus atau pertuturan yang menentukan sebutan.

Berdasarkan takrif atau definisi yang diterjemahkan oleh tokoh-tokoh ilmu fonetik,
dapatlah didefinisikan bahawa ilmu fonetik adalah kajian yang meninjau daripada segi
bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan serta berkaitan dengan organ
pertuturan, sifat bunyi bahasa iaitu akustik dan pendengaran iaitu auditori. Berdasarkan
pendapat-pendapat ahli fonologi tersebut pula, dapatlah ditakrifkan bahawa ilmu fonologi
sebagai ilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik. Selain itu,
fonologi juga mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik.

1
2.0 KONSEP FONEM DAN FONEM SEGMENTAL MENGIKUT PANDANGAN SARJANA

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2013) menyatakan fonem didefinisikan sebagai unit
bunyi yg terkecil yg boleh membezakan makna kata. Manakala, mengikut Siti Hajar(2008)
fonem merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan.
Fonem juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang bersifat fonetik yang sama
dan mempunyai lambang asas yang sama, yang berbeza hanyalah lambang-lambang
diakritiknya (Siti Hajar, 2008).
Menurut Marzukhi dan Samsu, fonem adalah unit pada tingkat bunyi yang dapat
membezakan makna. Cara yang paling mudah untuk menentukan fungsi fonem adalah
dengan membuat perbandingan ujaran-ujaran yang hampir-hampir serupa atau dipanggil
pasangan minimal. Pasangan minimal ialah pasangan yang mempunyai pertentangan pada
satu tempat yang membezakan maksud.
Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968),
Peter Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental.
Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2008), mendapati kontras fonem
bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada
akhir perkataan. Seterusnya, terdapat 33 fonem dalam bahasa Melayu yang dipecahkan
kepada 24 fonem asli dan 9 fonem konsonan. Antara 24 fonem asli melayu ini hanya 6
fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Selain itu, fonem juga bersifat fungsional yang mampu
membezakan dan mengubah makna.

2.1 ALOFON

Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Ia adalah kelainan bunyi


antara satu sama lain tetapi tetap tergolong ke dalam satu fonem. Selain itu,
kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini terjadi akibat terpengaruh
oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya.
Sebagai contoh, /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi
kerana terpengaruh dengan bunyi di sekitarnya (Nor Hashimah Jalaluddin 1998).

2
2.2 FONEM SEGMENTAL

Fonem segmental ialah bunyi penggalan yang merujuk kepada proses


mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan (Abdul Hamid
Mahmood & Nur Farah Loo Abdullah, 2013)

Maksud fonem segmental adalah vokal dan konsonan dalam fonologi


ataupun fonem-fonem yang berupa bunyi yang didapati sebagai hasil segmentasi
terhadap arus ujaran. Maksud segmen pula adalah satuan bahasa yang
diabstraksikan dari suatu teks, misalnya fon atau fonem sebagai suatu bunyi, morf
atau morfem sebagai satuan gramatikal. Menurut Abdullah Hassan (1980) terdapat
tiga kaedah yang lazim digunakan untuk mendeskripsi fonem iaitu analisis deskriptif,
analisis fitur distingtif dan analisis prosodi.

Selanjutnya, Fonem segmental ini menunjukkan proses yang mengeluarkan


unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Lanjutan itu, sifat fonem
yang boleh diasingkan antara satu sama lain telah membuktikan bahawa maksud
fonem segmental iaitu sebagai satu unit bahasa yang terkecil yang dapat
dipenggalkan dapat dibuktikkan dengan perkataan dalam bahasa Melayu.
Contohnya, perkataan /suram/ terbahagi kepada lima fonem iaitu /s/, /u/, /r/, /a/, /m/.
Unit-unit kecil ini jika diasingkan tidak akan membawa makna. Oleh itu, jika satu unit
kecil ini digantikan dengan /t/, /h/, /u/ akan menghasilkan perkataan seperti /surat/,
/surah/, /surau/ dan sebagainya. Hal ini membuktikkan bahawa fonem mempunyai
fungsi distinguitif iaitu mampu membezakan dan mengubah makna perkataan
(Indirawati Zahid et. al, 2006).

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas fonem mempunyai tiga jenis
iaitu:

VOKAL
JENIS
FONEM DIFTONG

KONSONAN

3
3.0 FONEM VOKAL

Bahasa Melayu mempunyai 6 fonem vokal standard iaitu /a/ , /e/ , /i/ , /o/ , /u/ , dan
/ә/. Namun begitu pakar fonetik dan fonologi bahasa Melayu berpendapat bahawa
sesetengah perkataan mempunyai vokal [ɛ] dan [ɔ] untuk kata pinjaman kini dari bahasa
Inggeris, misalnya pek [pɛk], kos [kɔs] manakala perkataan yang lebih awal dipinjam
seperti pesta disebut [pestә].

Seterusnya, fonem vokal /e/ mempunyai dua alofon iaitu [e] dan [ɛ]. Penutur bahasa
melayu kebiasaanya dapat menggunakan fonem vokal tersebut dengan betul. Di samping
itu, [ɛ] juga digunakan untuk menggantikan bunyi vokal perkataan yang berakhir dengan
huruf /a/. Selain itu, terdapat juga fonem vokal rangkap atau vokal berganding iaitu
kehadiran dua atau lebih bunyi vokal yang hadir secara berturut-turut dalam suku kata.
Vokal rangkap terdiri daripada bunyi vokal yang berbeza. Contoh fonem vokal rangkap
dalam bahasa Melayu ialah { ia, io, iu, ua, ui}.

3.1 JENIS-JENIS FONEM VOKAL

Terdapat tiga jenis fonem vokal iaitu:

a) vokal depan

-Setiap vokal depan berkontras dengan vokal depan yang lain dalam
pasangan minimal.

b) vokal tengah

-Setiap vokal tengah berkontras dalam pasangan terkecil dengan


semua vokal lain

c) vokal belakang

-Mempunyai dua fonem belakang iaitu /o/ dan /u/ dan berkontras di
antara satu sama lain dalam pasangan terkecil.

4
3.2 PENYEBARAN FONEM VOKAL DALAM PERKATAAN

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Vokal

Awal Tengah Akhir


a /a/ /anak/ /talam/ /rata/

e /e/ /ekor/ /keju/ /tauge/

i /i/ /itik/ /rima/ /tepi/

o /o/ /otak/ /kopi/ /soto/

u /u/ /ular/ /bulat/ /sudu/

e /ә/ /әmpat/ /tәpat/ /mekanismә/

4.0 FONEM DIFTONG

Bahasa Melayu ada tiga fonem diftong iaitu geluncuran dua vokal dalam satu suku kata jati
yang hanya terdapat dalam suku kata terbuka. Meskipun mempunyai dua huruf tetapi
diftong mewakili satu fonem dan satu bunyi kerana tidak boleh ditulis atau disebut secara
terpisah.

4.1 PENYEBARAN FONEM DIFTONG DALAM PERKATAAN

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Diftpng

Awal Tengah Akhir

Ai /ai/ /aidilfitri/ /baiduri/ / balai/

au /au/ /autograf/ /maujud/ /kerbau/

oi /oi/ /oidium/ /boikot/ /konvoi/

5
5.0 FONEM KONSONON

Dalam bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada dua jenis iaitu konsonan primer dan
konsonan sekunder. Konsonan primer merujuk kepada konsonan asli yakni yang telah sedia
ada dalam bahasa Melayu sebanyak 18 fonem, manakala konsonan sekunder merujuk
kepada konsonan yang dipinjam dari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan
bahasa Arab (Yunus Maris, 1980). Walau bagaimanapun, penggunaan konsonan pinjaman
ini telah sebati dengan penutur bahasa Melayu sehingga konsonan ini telah diiktiraf sebagai
huruf konsonan Melayu juga.Terdapat 7 jenis konsonan dan satu konsonan pinajaman
berdasarkan cara penghasilannya bagi fonem segmental dalam bahasa Melayu (Abdullah
Hassan 2005)

Jenis Fonem Konsonan:

1. Letupan

2. Letusan

3. Sengauan

4. Geseran

5. Getaran

6. Sisian

7. Separuh Vokal

8. Pinjaman

6
5.1 FONEM KONSONAN LETUPAN

Bunyi konsonan ini terhasil apabila hentian sepenuhnya berlaku untuk menghasilkan
letupan itu. Hal ini disebabkan udara yang dilepaskan daripada peparu akan
mengalami sekatan sepenuhnya pada bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut
atau pita suara dan udara ini akan dilepaskan serta merta.

Terdapat enam bunyi konsonan letupan yang tiga daripadanya adalah letupan tidak
bersuara [p, t, k] dan tiga letupan bersuara [b, d, g].

5.1.1 PENYEBARAN FONEM KONSONAN LETUPAN DALAM


PERKATAAN.

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Konsonan Letupan

Awal Tengah Akhir


b /b/ /baru/ /abad/ /kitab/

p /p/ /papan/ /tampan/ /tatap/

t /t/ /tulis / /itu/ /pusat/

d /d/ /daun/ /dadu/ /kad/

k /k/ /keldai/ /paku/ /cicak/

g /g/ /gagal/ /ragu/ /beg/

7
5.2 FONEM KONSONAN LETUSAN

Konsonan letusan ini terhasil apabila berlaku sekata sepenuhnya dan dihasilkan
dengan menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh peparu lantas
dilepaskan arus udara dengan perlahan. Terdapat dua jenis konsonan letusan dalam
BM iaitu letusan lelangit keras-gusi tidak bersuara [ʧ] dan letusan lelangit keras-gusi
bersuara [d].

5.2.1 PENYEBARAN FONEM KONSONAN LETUPAN DALAM


PERKATAAN.

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Konsonan Letusan

Awal Tengah Akhir


c [d] /cari/ /benci/ /mac/

j [ʧ] /jari/ /terjun/ /kolej/

5.3 FONEM KONSONAN SENGAUAN

Terdapat empat jenis iaitu konsonan sengau di dalam bahasa Melayu iaitu : dua bibir
[m], konsonan sengau gusi [n], konsonan sengau lelangit keras-gusi [] dan
konsonan sengau lelangit lembut []. Seterusnya, kesemua bunyi konsonan sengau
adalah bersuara. Di samping itu, kekecualian pada fonem /ny/ iaitu tiada penyebaran
perkataan di akhir.

5.3.1 PENYEBARAN FONEM KONSONAN SENGAUAN DALAM


PERKATAAN.

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Konsonan Sengauan

Awal Tengah Akhir


m /m/ /masa/ /sama/ /karam/

n /n/ /nipah/ /senat/ /tekan/


ny /ny/ nyanyi denyut -
ng /ng/ nganga sengat datang

8
5.4 FONEM KONSONAN GESERAN

Terdapat enam jenis konsonan geseran iaitu Konsonan geseran bibir-gigi tidak
bersuara /f/, Konsonan geseran bibirgigi bersuara /v/, Konsonan geseran lelangit
keras bersuara [z], Konsonan geseran lelangit keras tidak bersuara /sy/, konsonan
geseran lelangit lembut tidak bersuara /kh/ dan geseran lelangit lembut bersuara
/gh/.

5.4.1 PENYEBARAN FONEM KONSONAN GESERAN DALAM


PERKATAAN.

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Konsonan Geseran

Awal Tengah Akhir


s /s/ /sayang/ /kisah/ /aras/

h /h/ /hutan/ /tahan/ /tempah/

5.5 FONEM KONSONAN GETARAN

Getaran ini dihasilkan dengan menggetarkan hujung lidah beberapa kali ke lelangit
keras. Hujung lidah menjadi menjadi artikulator yang aktif sementara lelangit keras
menjadi titik artikulasi yang pasif seperti fonem /r/. Contoh /r/ belakang lidah ialah
articulator dan anak tekak ialah itik artikulasi (Nor Hashimah, 1998).

5.5.1 PENYEBARAN FONEM KONSONAN GETARAN DALAM


PERKATAAN.

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Konsonan Getaran

Awal Tengah Akhir


r /r/ /rasa/ /marah/ /kitar/

9
5.6 FONEM KONSONAN SISIAN

Di dalam konsonon sisian ini hanya terdapat satu jenis iaitu fonem sisian gusi bersuara /l/.
Konsonan ini dihasilkan dengan menaikkan hujung lidah ke bahagian tengah gusi.
Seterusnya, aliran udara dari paru-paru dihalang dari keluar melalui rongga hidung dengan
menaikkan lelangit lembut. Selanjutnya, arus udara mengalir keluar melalui tepi lidah dan
pita suara digetarkan bagi menghasilkan bunyi suara.

5.6.1 PENYEBARAN FONEM KONSONAN SISIAN DALAM PERKATAAN.

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Konsonan Sisian

Awal Tengah Akhir


r /r/ /rasa/ /marah/ /kitar/

5.7 FONEM KONSONAN SEPARUH VOKAL

Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal konsonan separuh vokal iaitu dua bibir /w/
dan konsonan separuh vokal lelangit keras /y/. Seterusnya, untuk menghasilkan
bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak dan membuat
luncuran. Disamping itu, bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi vokal kerana
semasa ia dilafazkan berlaku sekatan kepada aliran udara dan dinamakan separuh
vokal kerana bunyi vokal ini tidak dihasilkan dalam keadaan yang sempurna.

5.7.1 PENYEBARAN FONEM KONSONAN SISIAN DALAM PERKATAAN.

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Konsonan Sisian

Awal Tengah Akhir


w /y/ /watak/ /kawan/ /takraw/

y /w/ /yakin/ /raya/ /bayar/

10
5.8 FONEM KONSONAN PINJAMAN

Fonem konsonan pinjaman ini merupakan konsonan yang daripada bahasa lain iaitu
bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Semua fonem konsonan ini adalah jenis geseran.
Pada asalnya mempunyai fonem lapan fonem tetapi telah diasimilasikan ke bahsa
melayu dan tingal enam iaitu /f/, /v/, /sy/, /kh/, /gh/ dan /z/. Selanjutnya, fonem ini
boleh hadir dalam semua lingkungan kata. Penyebaran fonem-fonem /v/ pula hanya
terhad pada lingkungan awal dan tengah kata sahaja.

5.8.1 PENYEBARAN FONEM KONSONAN PINJAMANDALAM


PERKATAAN.

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Konsonan Pinjaman

Awal Tengah Akhir


f /f/ /fikir/ /tafsir/ /takrif/

v /v/ /visual/ /universiti/ -

z /z/ /zikir/ /lazat/ /lafaz/

sy /sy/ /syarat/ /mesyuarat/ /quraisy/

kh /kh/ /khatam/ /akhir/ /tarikh/

gh /gh/ /ghaib/ /maghrib/ /mubaligh/

11
6.0 KEPENTINGAN ILMU FONOLOGI KEPADA BAKAL GURU BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

Kajian fonologi perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua lapisan masyarakat khususnya
guru-guru bahasa Melayu. Dalam hal ini, bidang ini dapat meningkatkan daya pengetahuan
guru-guru dalam kehidupan seharian. Guru abad ke-21 perlu padat dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk mengajar anak-anak yang bakal mengisi tampuk
kepemimpinan pada masa hadapan. Terdapat banyak kepentingan ilmu fonetik dan fonologi
ini kepada guru-guru.

Antaranya ialah ilmu fonologi menjadi satu pedoman untuk seorang guru lebih-lebih
lagi seorang guru bahasa. Ilmu ini sebagai panduan kepada guru untuk mengajar sebutan
yang betul bagi setiap perkataan. Dalam hal ini, sebilangan pelajar masih belum dapat
menyebut beberapa perkataan dengan betul pada umur yang masih muda terutama murid
sekolah rendah bawah. Oleh itu, dengan pengetahuan dan ilmu terhadap bidang fonologi,
guru dapat menerangkan perincian tentang sebutan perkataan secara betul dan
memberikan contoh yang betul secara berilmu. Hal ini sejurus dapat membuatkan anak-
anak murid lebih menghormati dan mengagumi guru-guru mereka.

Selain itu, dengan ilmu fonologi ini, guru dapat menyediakan bahan-bahan yang
sesuai untuk dijadikan latihan khususnya dalam bahasa Melayu. Contohnya, guru dapat
melaksanakan aktiviti bermain dengan huruf, suku kata dan perkataan dengan
menggunakan kaedah dalam bidang fonetik dan fonologi ini. Aktiviti ini sangat sesuai
dengan murid yang baru belajar membaca sejurus dapat melatih anak murid menyebut
perkataan dengan fasih dan betul. Aktiviti ini juga seterusnya dapat melatih lidah murid-
murid tersebut dan alat artikulasi yang lain agar dapat menyebut perkataan dengan sebutan
yang betul.

Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam
sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan
fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara
fizikal. Oleh itu, ilmu ini juga membantu dalam proses komunikasi itu sendiri dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan
mudah difahami oleh murid. Sebagai contoh, sekiranya guru tidak dapat menyebut
perkataan dengan betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran, berkemungkinan

12
murid tidak dapat memahami sesetengah perkataan seterusnya proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan efisien. Oleh itu, proses pengajaran
dan pembelajaran lebih efisien dan dapat menambah atau meningkatkan kosa kata dengan
sebutan yang betul bagi murid yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
mereka.

Akhir sekali, penguasaan ilmu ini juga dapat memupuk sebutan baku dalam
kalangan masyarakat sekolah dan seterusnya komuniti luar sekolah. Menurut Adenan
(2016) yang memetik definisi daripada Hassan Ahmad (1989) yang mana sebutan baku ini
ialah berdasarkan ejaan iaitu setiap huruf dibunyikan. Hal ini seterusnya dapat membentuk
satu bahasa pertuturan yang standard tanpa mengira negeri atau daerah. Bahasa Melayu
standard ini sangat penting bagi melambangkan identiti bahasa Melayu itu sendiri di
Gugusan Nusantara iaitu negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei,
Singapura yang juga menggunakan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa pertuturan
mereka. Sebagai contoh, pelancong Eropah lebih mengenali bahasa Melayu yang
digunakan mengikut standard bahasa itu sendiri di Gugusan Nusantara. Hal ini sejurus
dapat taraf bahasa Melayu dapat ditingkatkan lagi sebagai salah satu bahasa dominan
dunia.

13
7.0 PENUTUP

Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun alat artikulasi
manusia secara langsung. Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan
yang berbeza. Sungguhpun demikian, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan
sebagai alat artikulasi manusia tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam
penghasilan bunyi bahasa. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga
utama dalam penghasilan bunyi bahasa.

Antara bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia ialah bunyi vokal dan bunyi
konsonan. Semua bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada
yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Di samping itu, ilmu fonologi dan fonetik ini
sangat penting terhadap guru bahasa terutamanya guru bahasa Melayu yang akan
membetulkan pola bunyi bahasa terhadap anak muridnya. Akhirnya, saya berharap agar
kajian terhadap fonetik dan fonologi ini akan terus dipergiatkan untuk penambahbaikan
mengikut arus pemodenan supaya kita mempunyai bahasa yang kukuh sebagai lambang
bahasa dan negara.

14
8.0 RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah LooAbdullah. (2013). Linguistik Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu. Negeri Sembilan: Alika Enterprise.

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Akademia.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.
KualaLumpur: Fajar Bakti

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007).Linguistik Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Aslita Sdn bhd

Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar. (2004). Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai 53embina
bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 51

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. (2008). Fonetik dan Fonologi (Edisi Prof Emeritus
Dr Abdullah Hassan). Kuala Lumpur : PTS Profesional Sdn. Bhd.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob. (1993). Bahasa Melayu Kertas Satu STPM.
Kajang : Masa Enterprise

Muhammed Yunus Maris. (1980).The Malay sound system . : Kuala Lumpur : Fajar Bakti,

Nor Hashimah Jalaluddin.(1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Nota Fonologi KPLSPM. (2007). Analisis Fonem Segmental. Dipetik pada 1/8/2017

file:///C:/Users/Asus/Downloads/87736538-fonem-segmental.pdf

Parker. S. (1989). The sonority grid in Chamicuro phonology. Linguistic Analysis 19:3-58.

15

You might also like