Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SULIT* 1

944/2 Peperiksaan
Ekonomi Percubaan 2018
Kertas 2
April
2018
2 Jam

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2018


PENGGAL 2

MAKROEKONOMI
KERTAS 2
Masa : 2 jam

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN
BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua
soalan dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam bahagian B yang akan
diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan
dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan
padahalaman baharu helaian jawapan.

Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak termasuk kulit


© Peperksaan Percubaan 2018 Hak Cipta JKD Ekonomi Daerah Muar

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Antara berikut, yang manakah petunjuk makroekonomi?


A Kadar upah
B Kadar sewa
C Kadar bunga
D Kadar untung

2 Antara berikut, yang manakah aliran wang dalam aliran pusingan ekonomi tiga sektor?
A Penerimaan faktor pengeluaran oleh firma
B Penerimaan pendapatan faktor oleh isi rumah
C Penerimaan pendapatan eksport dari negara asing
D Pengeluaran barang dan perkhidmatan kepada isi rumah

3 Pendapatan negara merujuk kepada


A pendapatan kerajaan dalam tempoh tertentu
B jumlah wang yang terkumpul dalam negara bagi tempoh tertentu
C jumlah wang yang diterima oleh penduduk negara dalam tempoh tertentu
D nilai barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara bagi tempoh tertentu

4 Jadual di bawah menunjukkan data ekonomi sebuah negara.

Butiran RM juta
Subsidi 9 000
Cukai tak langsung 24 000
Pendapatan faktor bersih luar negeri 3 000
Susut nilai 25 000
KDNK kos faktor 83 000

Berapakah Keluaran Negara Kasar (KNK) kos faktor?


A RM58 000 juta
B RM65 000 juta
C RM71 000 juta
D RM86 000 juta

5 Jika nilai Keluaran Negara Kasar (KNK) kos faktor lebih besar daripada nilai KNK harga
pasaran, maka
A cukai tak langsung adalah positif
B cukai tak langsung lebih kecil daripada subsidi
C cukai tak langsung lebih besar daripada subsidi
D pembayaran faktor bersih ke luar negeri adalah positif

6 Berikut merupakan pemboleh ubah bocoran kecuali


A import
B eksport
C tabungan
D cukai tetap

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

7 Menurut pendekatan suntikan-bocoran, apabila pelaburan melebihi tabungan maka


A kadar bunga meningkat
B nilai pengganda mengecil
C pendapatan negara bertambah
D tingkat harga umum meningkat

8 Menurut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), peningkatan harga umum


disebabkan oleh
A peningkatan cukai input
B perkembangan teknologi
C penurunan tingkat pelaburan
D peningkatan cukai pendapatan individu

9 Menurut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), sekiranya peningkatan


pelaburan melebihi peningkatan teknologi, maka
A tingkat harga umum menurun
B tingkat harga umum meningkat
C tingkat harga umum tidak berubah
D tingkat harga umum tidak dapat ditentukan

10 Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan data ekonomi terbuka (dalam RM juta) bagi
sebuah negara
Penggunaan, C = 250 + 0.8Yd
Perbelanjaan pelaburan, I = 200
Perbelanjaan kerajaan G = 200
Cukai T = 100
Ekport X = 400
Import M = 160

Jika import merosot sebanyak 30% , keseimbangan pendapatan negara akan meningkat kepada
A RM4050 juta
B RM4200 juta
C RM4290 juta
D RM4325 juta

11 Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan (S) dan fungsi pelaburan (I).dalam
sebuah ekonomi.

S, I (RM juta)
jujutjjjuta ) S
jjjjujuta),I(R
200M juta) I

500 Pendapatan negara (RM juta)


Y
0
-100

Berapakah nilai Y?
A RM1000 juta
B RM1500 juta
C RM2000 juta
D RM2500 juta

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

12 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi ekonomi tiga sektor
sebuah negara . AEf ialah perbelanjaan agregat potensi.

Perbelanjaan agregat
(RM juta) Y = AE
AE0= 200 + 0.8Y

AEF
E0 
B

A

Pendapatan Negara (RM juta)


600 Y0

Berapakah lompang inflasi ?


A -RM80 juta
B -RM225 juta
C -RM300 juta
D -RM320 juta

13 Kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai ialah


A wang mudah dipalsukan.
B penawaran wang adalah terhad
C halaju wang yang tidak seragam
D nilai wang merosot apabila harga meningkat

14 Antara berikut, yang manakah menyebabkan nilai wang jatuh?


A Peningkatan indeks harga pengguna.
B Nisbah rizab berkanun berkurang.
C Pengurangan permintaan wang.
D Pengurangan kadar bunga.

15 Mengikut Teori Kuantiti Wang Fisher, halaju wang ialah 4, jumlah keluaran ialah 500 unit, dan
tingkat harga berubah daripada RM2.00 kepada RM2.50. Perubahan tingkat harga disebabkan
penawaran wang
A bertambah daripada RM200 kepada RM250
B berkurang daripada RM250 kepada RM200
C berkurang daripada RM312.50 kepada RM250
D bertambah daripada RM250 kepada RM312.50

16 Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pertambahan bekalan wang dalam ekonomi
menyebabkan
A kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara menurun
B kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara meningkat.
C kadar bunga menurun, pelaburan dan pendapatan negara meningkat.
D kadar bunga meningkat, pelaburan dan pendapatan negara menurun.

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

17 Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan dalam sebuah
ekonomi.

Aset (RM juta) Liabiliti (RM juta)


Rizab berkanun 1 000 Deposit semasa 10 000
Pinjaman 9 000
Jumlah 10 000 10 000

Berapakah jumlah pinjaman selepas proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya?


A RM10 000 juta
B RM19 000 juta
C RM 90 000 juta
D RM100 000 juta

18 Kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Baht Thailand berubah dari RM1 = Baht 8.09
kepada RM1 = Baht 8.20. Perubahan kadar pertukaran asing ini menyebabkan
A Baht Thailand mengalami nilai nilai
B Ringgit Malaysia mengalami susut nilai
C import Malaysia dari Thailand bertambah
D permintaan terhadap Baht Thailand berkurang

19 Gambarajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan penawaran terhadap Ringgit


Malaysia di Amerika Syarikat.

US$/RM

D1 S1

D2
0.26
0.25
D1
S1
D2

Q2 Q1 Kuantiti RM
Perubahan kadar pertukaran daripada RM1=US$0.26 kepada RM1=US$0.26 disebabkan
A peningkatan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat
B peningkatan pelancong Amerika Syarikat ke Malaysia
C pengurangan penghantaran pelajar Malaysia ke Amerika Syarikat
D pengurangan pelaburan langsung asing Amerika Syarikat ke Malaysia

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

20 Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan pengeluaran pakaian dan makanan oleh per unit
buruh di negara X dan di negara Y.

Pengeluaran
Negara
Pakaian (unit) Makanan(unit)

X 15 9
Y 20 10

Pernyataan yang manakah tidak benar menurut faedah berbanding?


A Negara Y mengeksport makanan
B Negara X mengimport pakaian
C Negara Y mengeluarkan pakaian
D Negara X mengeluarkan makanan

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.


21
Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2016/2017, imbangan keseluruhan dalam imbangan
pembayaran pada akhir tahun 2016 adalah RM144 779 juta.

(a) Terangkan kedudukan imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2016. [2]
(b) Jelaskan bagaimana kedudukan imbangan pembayaran pada (a) dapat mempengaruhi
keadaan ekonomi di Malaysia. [8]

22 Dengan memberikan contoh, jelaskan empat aktiviti ekonomi yang tidak diambil kira dalam
penghitungan pendapatan negara. [10]

23 (a) Apa yang dimaksudkan dengan lompang inflasi dan jurang KNK? [2]

(b) Dengan bantuan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan agregat


(AE-Y), huraikan bagaimana perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang
inflasi dan jurang KNK. [8]

24 Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan


bagaimana dasar fiskal mengembang boleh mempengaruhi keseimbangan harga dan pendapatan
negara. [10]

25 Dengan menggunakan gambar rajah pasaran wang, huraikan bagaimana peningkatan nisbah
rizaab berkanun oleh bank pusat memberi kesan terhadap keseimbangan kadar bunga menurut Teori
Keutamaan Kecairan Keynes. [10]

26 Huraikan empat alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan negara lain. [10]

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna (IHP), jumlah tenaga buruh dan jumlah
guna tenaga sebuah negara dari tahun 2013 hingga tahun 2016.

Tenaga buruh Guna tenaga


Tahun IHP
(’000 orang) (‘000 orang)
2013 111.4 8 750 8 330
2014 112.1 8 990 8 550
2015 114.0 9 350 8 970
2016 115.6 9 670 9 240

(a) Hitung kadar inflasi dari tahun 2014 hingga tahun 2016. [3]

(b) (i) Hitung kadar pengangguran dari tahun 2014 hingga tahun 2016. [3]
(ii) Sekiranya guna tenaga penuh ialah 4%, adakah negara tersebut telah mencapai guna
tenaga penuh? Beri alasan anda. [2]

(c) Berdasarkan jawapan (a) dan (b) (i), terangkan hubungan antara kadar inflasi dengan
kadar pengangguran. [2]

28 Jadual di bawah menunjukkan bekalan wang M1, Indeks harga pengguna dan keluaran dalam
negeri kasar (KDNK) harga semasa dari tahun 2015 hingga 2018 bagi sebuah negara.

Bekalan wang M1 Indeks harga KDNK harga semasa


Tahun
(RM juta) pengguna (RM juta)
2015 116,285 110.7 602,721
2016 126,597 117.2 680,345
2017 141,636 124.2 790,427
2018 168,629 132.4 975,689

(a) Nyatakan komponen yang terdapat dalam bekalan wang M1? [1]

(b) (i) Hitung kadar pertumbuhan bekalan wang M1 dari tahun 2016 hingga 2018. [2]

(ii) Hitung kadar inflasi dari tahun 2016 hingga 2018. [2]

(iii) Hitung halaju wang dari tahun 2015 hingga 2018. [2]

(c) (i) Nyatakan dua andaian dalam Teori Kuantiti Wang. [1]

(ii) Adakah data yang diberikan bersesuaian dengan Teori Kuantiti Wang? Jelaskan. [2]

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

29 Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran kamera mikro dan kaca mata oleh seunit buruh di
negara X dan negara Y sebelum perdagangan antarabangsa.

Pengeluaran
Negara
Kamera Mikro (unit) Kaca Mata (unit)
X 50 100

Y 10 60

(a) Negara manakah yang mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kamera mikro
dan kaca mata. [4]

(b) Sediakan jadual pengeluaran negara X dan negara Y selepas pengkhususan. [2]

(c) Bolehkah kedua-dua negara menetapkan kadar pertukaran pada 1 unit kamera mikro = 1
unit kaca mata? Mengapa? [2]

(d) Andaikan kedua-dua buah negara bersetuju menjalankan perdagangan pada kadar
pertukaran 1 unit kamera mikro = 4 unit kaca mata.
Jika negara yang mengkhusus dalam pengeluaran kamera mikro mengimport sebanyak 80
unit kaca mata, sediakan jadual penggunaan negara X dan negara Y selepas perdagangan. [2]

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like