Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Dr. Nur Intan Raihana binti Ruhaiyem.

Pensyarah Kanan,
Pusat Pengajian Sains Komputer,
Universiti Sains Malaysia,
118000 Pulau Pinang,
Malaysia.
______________________________________________________________________________

Ustaz Abdul Rahhim bin Abdul Wahab.


Mudir,
SMA Ibrah,
Perkampungan Tanjung Putus,
Permatang Pasir, 13500 Pulau Pinang,
Malaysia. 1 Ogos 2018

Tuan,

PER: Membentuk Kerjasama Bagi Projek Libatsama Universiti-Komuniti

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikutan daripada perjumpaan bersama pihak tuan yang telah dilakukan pada 25 Julai,
2018, bertempat di Sekolah Menengah Agama Ibrah (SMA Ibrah), suatu kesepakatan telah
terhasil antara pihak organisasi tuan dan wakil penyelidik USM.

3. Antara isi perbincangan adalah pihak NGO Haluan bersama organisasi SMA Ibrah telah
bersetuju menerima pembentukan kerjasama dengan pihak USM bagi projek Libatsama
Universiti-Komuniti yang diketuai oleh Dr. Nur Intan Raihana (Pusat Pengajian Sains Komputer).

4. Kesepakatan ini telah membawa kepada suatu persetujuan di mana pihak tuan boleh
menyediakan beberapa kemudahan seperti berikut:

4.1 Sumbangan tajaan makanan bagi beberapa slot/ sesi bersama 170 pelajar dan 30
orang guru anggaran kos sebanyak RM1000.
4.2 Penggunaan makmal-makmal sains dan bilik komputer.
4.3 Keterlibatan guru-guru sains dan pelajar tingkatan satu hingga lima dalam semua
slot/ sesi yang akan dirancang.
4.4 Kerjasama daripada pihak pentadbiran organisasi sekolah dan NGO Haluan dalam
penyelidikan yang diterajui oleh Dr. Nur Intan Raihana Ruhaiyem.
5. Bersama ini, saya lampirkan surat persetujuan untuk menjalinkan kerjasama ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………………….
DR. NUR INTAN RAIHANA RUHAIYEM
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Sains Komputer
Universiti Sains Malaysia.

No. staf USM : 0561/ 14


No. telefon (p) : 04-6534387
(m): 012-55570019

s.k. Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer


Surat Persetujuan Menjalankan Kerjasama bersama USM

Dengan ini, saya, Ustaz Abdul Rahhim bin Abdul Wahhab, nombor kad pengenalan

………………………………………………….., selaku Mudir Sekolah Menengah Agama Ibrah, *bersetuju /

tidak bersetuju (potong mana tidak berkenaan) untuk bekerjasama dengan pihak penyelidik

USM dalam projek Geran Libatsama Universiti-Komuniti yang diketuai oleh Dr Nur Intan

Raihana Ruhaiyem, Pusat Pengajian Sains Komputer, USM.

Tanda tangan, Cop sekolah,

…………………………………………………………… …………………………………………..

Ustaz Abdul Rahhim bin Abdul Wahhab


Pengetua/ Mudir
SMA Ibrah,
13500 Pulau Pinang.

You might also like