Nota K1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 24

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2017/2018
JABATAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / SVM
KOD / KURSUS ETE 1013 SINGLE PHASE DRAWING
01. Identify single phase drawing specifications and
KOMPETENSI
requirement.

1. Identify single phase drawing specifications and requirement.


2. Carry out layout drawing.
KOMPETENSI
3. Carry out single line / schematic diagram drawing.
UNIT
4. Carry out single phase wiring drawing.
5. Inspect single phase drawing.

Trainee must be able to:


HASIL
 Determined types of single phase drawing.
PEMBELAJARAN
 Determined protect requirement.

TARIKH
NO KOD C-051-1 KOD JPK EE-320-3:2012
MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
(KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
(PENTAKSIR) PENYELARAS KURSUS)
TARIKH:
TARIKH:

TAJUK : PENGENALAN KEPADA LUKISAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai lukisan elektrik fasa tunggal.
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 2 drp : 24

PENERANGAN :

1. Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik

Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan kedudukan alat
lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang digunakan dan kadar arus perlindungan
litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan
elektrik Lukisan elektrik juga dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan
dan anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik.

2. Kenalpasti Sistem Bekalan Elektrik

Sistem satu fasa - Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu kabel
neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V
AC norminal. Sistem satu fasa (Single phase) - Beban kurang seperti rumah kediaman

Sistem tiga fasa (Three phase) - Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup
dan satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai
tersebut adalah 415V AC. - Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.

3. Peraturan Am Pemasangan Alat Tambah

Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Tenaga . Antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut:
a. Suis
i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya ,
mudah dikendalikan.
ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi. Jika suis perlu dipasang didalam bilik
mandi, suis jenis tarik hendaklah digunakan.
iii. Suis dua hala sesuai digunakan untuk koridor, tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik.
iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan
kawalan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau
lebih.

b. Lampu
i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu. Bagi bilik yang besar, bilangan poin
lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan sama rata.
2

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 3 drp : 24

ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca.
iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilah
kipas.

c. Soket Keluar
i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua. Bagi bilik yang lebih besar
peraturan ini dilonggarkan.

d. Unit Kawalan pengguna


i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah dikendalikan ketika
berlaku kecemasan

4. Faktor Kepelbagaian Pepasangan Elektrik

Faktor kepelbagaian ialah satu kiraaan anggaran pengurangan kadaran arus bagi kabel dan alat-alat
dari kadaran arus yang sebenar kerana kita menganggapkan tidak semua beban digunakan dengan serentak.
Oleh kerana itu kadaran arus alat-alat atau kabel tidak semestinya mengikut kadaran arus keseluruhan beban di
sesuatu pemasangan itu.

JADUAL 1 : FAKTOR KEPELBAGAIAN BAGI BEBERAPA JENIS PEMASANGAN

Jenis pemilik bangunan


Penggunaan kepelbagaian bagi litar Pemasangan rumah Kedai kecil, stor, dan
Hotel kecil, rumah
BIL akhir yang disuapkan dari pengalir atau persendirian termasuk pejabat bangunan
rehat ruang tamu dan
peralatan suis blok penginapan perniagaan
sebagainya
persendirian persendirian
66% daripada jumlah 90% daripada jumlah 75% daripada jumlah
1 Lampu
permintaan arus permintaan arus permintaan arus.
100% beban penuh
100% daripada jumlah
100% beban penuh perkakas yang
permintaan arus yang
perkakas yang terbesar tambah 80%
Bekalan kuasa dan pemanas (lihat melebihi 10A tambah
2 terbesar tambah 75% beban penuh perkakas
bilangan 3 hingga 8) 50% daripada
beban penuh yang kedua terbesar
permintaan arus
perkakas. tambah 60%
melebihi 10A
bebeanpenuhbaki.
10A yang pertama
tambah + 30% beban
penuh perkakas
memasak yang 100% beban penuh perkakas yang terbesar
3 Perkakas memasak disambungkan tamba 20% beban penuh perkakas yang kedua
melebihi 10A + tambah tambah 60% beban penuh perkakas baki.
5A jika unit itu
menyediakan soket
alur keluar
4 Motor selain pengangkat yang 100% beban penuh 100% beban penuh
memerlukan perhatian khusus motor yang terbesar motor yang terbesar
3

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 4 drp : 24

tambah 80% beban


penuh motor kedua
tambah50% beban
terbesar tambah 60%
penuh motor baki.
beban penuh motor
baki
100% beban penuh 100% beban penuh
100% beban penuh
motor yang terbesar motor yang terbesar
motor yang terbesar
tambah 100% beban tambah 100% beban
+ 100% beban penuh
5 Pemanas air (jenis segera) penuh motor kedua penuh motor kedua
motor kedua terbesar
terbesar tambah 25% terbesar tambah256%
+ 25% beban penuh
beban penuh motor beban penuh motor
motor baki
baki baki
6 Pemanas air (kawalan laras suhu) Tidak dibenarkan kepelbagaian
7 Pemasangan pemanas lantai Tidak dibenarkan kepelbagaian
8 Pemasangan ruang simpanan haba Tidak dibenarkan kepelbagaian
100% beban penuh
litar yang terbesar
Susunan standard litar akhir mengikut 100% beban penuh litar yang terbesar tambah
9 tambah 50%
lampiran 5 40% permintaan arus bagi setiap litar lain
permintaan arus bag
setiap litar lain
100% permintaan arus
titik penggunaan
100% permintaan arus 100% permintaan arus terbesar tambah 75%
titik penggunaan titik penggunaan permintaan arus bagi
Soket alur keluar selain bilangan 9, dan terbesar tambah 40% terbesar tambah 75% setiap titik dibilik utama
10
kelengkapan yang dinyatakan diatas. bagi permintaan arus bagi permintaan arus (seperti di ruang
bagi setiap titik bagi setiap titik makan) tambah 40%
penggunaan lain penggunaan lain permintaan bagi setiap
titik penggunaan yang
lain.

Nota :

 Bagi blok kediaman, penginapan, hotel besar, bangunan perdagangan besar dan kilang, faktor
kepelbagaian hendaklah ditaksir oleh orang yang berkelayakan.
 Bagi maksud penggunaan jadual ini, pemanas air jenis segera dianggap pemanas air dalam
sebarang bebanan yang memanaskan air hanya ketika pili terbuka dan bekalan elektrik
digunakan pada ketika tertentu sahaja (tidak berterusan).
 Perkara yang amat mustahak ialah memastikan papan agihan itu mempunyai kadaran yang mencukupi
untuk menampungj jumlah beban yang dipasangkan , tanpa sebarang kepelbagaian.

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 5 drp : 24

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 6 drp : 24

5. Akta Bekalan Elektrik / Pertauran-Peraturam Elektrik/ Jadual Ketiga / Jadual A

Permintaan arus yang diandaikan untuk poin dan kelengkapan menggunakan arus :

Poin penggunaan atau kelengkapan menggunakan arus Permintaan arus diandaikan


Soket alur keluar selain daripada soket alur keluar 2A Arus terkadar
Arus setara dengan beban disambungkan,
Alir keluar lampu
dengan minimum 100W setiap pemegang
Jam elektrik, unit bekalan pencukur elektrik, pengubah loceng,
Boleh diabaikan
dan kelengkapan arus pada kadaran tidak melebihi 5A
10A pertama daripada arus terkadar + dengan
Perkakas memasak rumah tangga 30% daripada baki arus + 5A jika soket alir
keluar digabungkan di dalam unit kawalan
6

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 7 drp : 24

Arus terkadar Standard Malaysia atau arus


Semua kelengkapan pegun lain
normal

6. Jenis Pengalir di Dalam Pendawaian Elektrik 1 fasa

Pengalir ialah satu bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Sebahagian besar
terdiri daripada logam. Pengalir yang baik dapat mengalirkan arus dengan baik.

Bahan Sifat-sifat Kegunaan


· Harga yang mahal · Litar bersepadu (tambatan)
· Tahan hakisan · Penyentuh suis
1. Emas
· Merupakan pengalir yang
terbaik
· Pengalir kedua terbaik · Semua kabel pendawaian dan palang bas
· Boleh didapati dalam belitan motor
bentuk lembut dan keras · Pengalir belitan auto pengubah
2. Tembaga/
· Mempunyai kerintangan
Kuprum
yang rendah
· Liat dan mudah dilentur,
mudah dipateri
· Ringan · Talian atas
3. Aluminium · Murah · Kabel bawah tanah
· Mudah mengahailsan · Filamen lampu atau tiub elektronik
kepanasan
4. Tungsten
· Sukar lebur
· Tahap lebur yang tinggi
· Bersifat keras · Elemen pemanas alat-alat elektrik seperti
· Liat seterika, pemanas air, dapur pemateri dan
5. Nikel
· Tidak mudah haus atau sebagainya
lebur

7. Jenis Kabel Dalam Sistem Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Kabel merupakan bahan utama dalam penyambungan aksesori elektrik. Ia bertindak sebagai
perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik. Secara amnya, kabel
pendawaian domestik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengalir, penebat dan perlindungan mekanikal.

7.1 Pemilihan dan Pemasangan Kabel

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 8 drp : 24

Asasnya satu kabel elektrik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu penebat, pengalir dan
perlindungan mekanikal. Selain daripada bahan penebat yang digunakan ciri-ciri seperti pengalir dan
perlindungan mekanikal merupakan faktor utama dalam menentukan pemilihan dan pemasangan kabel.

Litar Akhir

Litar Akhir Lampu


 Peraturan IEE telah menetapkan bahawa bagi satu litar yang dikawal oleh satu alat pelindung
mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada amnya satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu
dengan litar lampu tidak melebihi 10 poin.
 Kabel yang digunakan ialah kabel jenis kuprum bersalut PVK.
 Saiz minima kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5mm2.
 Kadaran alat pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi 6Amp. ( sama ada fius atau
MCB )
 Pemasangan litar lampu menggunakan lebih dari satu litar akhir kerana sekiranya salah satu
litar mengalami kerosakan litar ianya tidak menggangu litar yang lain.
 Bagi pemasangan lampu dalam industri biasanya kuasa sesebuah lampu mungkin berbeza,
contohnya 300 Watt, 500 Watt atau 1000 Watt, dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius
berkadar 15 Amp. dan saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 2.5mm2 .

Litar Akhir Kuasa

Litar Soket Alir Keluar ( BS 1363 )


Litar Soket Alir Keluar BS 1363 terdiri daripada dua jenis litar iaitu :
a ) Litar Jejari
b ) Litar Gelang

a) Litar Jejari
 Peraturan IEE ke 16 menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik
saiz pengalir dan kadaran perlindungan.
 Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan sama ada fius atau MCB.
 Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC dan saiz kabel mestilah tidak
kurang daripada 2.5mm2.

b) Litar Gelang Jenis A1

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 9 drp : 24

 Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang pada kawasan yang tidak
melebihi 100 meter persegi.
 Jumlah bilangan soket yang boleh di pasang pada satu Litar Gelang tidak terhad.
 Walau bagaimanapun jumlah arus yang digunakan mestilah tidak melebihi kadaran arus fius
yang mengawal litar berkenaan.
 Jumlah 'spur' atau sulur bagi satu Litar Gelang tidak melebehi bilangan soket.
 Kadaran alat perlindungan arus lebih ialah 30 Amp. / 32 Amp.
 Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada 2.5mm2.
 Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari punca bekalan ( litar akhir )
ke beberapa poin soket alir keluar dan balik semula ke punca bekalan.
 'Spur' boleh disambung pada :
a ) terminal soket dalam litar
b ) menggunakan kotak sambungan diantara poin soket.
c ) di tempat asal gelang itu.

Litar akhir Khas

 Terdapat juga litar yang dipasang secara berasingan dalam litar akhir lampu dan kuasa disebabkan
pengunaan arus yang rendah dan perlu
 Pengiraan arus beban beban ini tidak termasuk dalam jadual peraturan Faktor Pelbagaian
 Tiga jenis litar yang perlu pengasingan ialah :

i. Litar loceng dan Penggera elektrik


ii. Litar lampu kecemasan
iii Litar soket pencukur

i. Litar Lampu Kecemasan

 Litar lampu kecemasan biasanya tidak mempunyai suis kawalan


 Bekalan biasa digunakan untok mengecas bateri lampu secara automatik apabila dalam keadaan
normal

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 10 drp : 24

 Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan dilindongi oleh pemutus litar 6Amp
 Biasanya di katogerikan kepada jenis Senggara dan Tak senggara
 Dalam system senggara lampu kecemasan akan sentiasa dihidupkan melalui pengubah langkah turun
dan jika berlaku kegagalan bekalan ianya akan terus menyala melalui bekalan bateri
 Dalam system Tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya menyala apabila berlaku kegagalan
bekalan utama

ii. Litar Pencukur


 Satu litar yang di pasang didalam bilik air bagi kemudahan alat pencukur
 Menggunakan unit pencukur dwi voltan
 Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm dan kadar alat perlindongan ialah 6 amp

8. Peranti Perlindungan Di Dalam Pendawaian Elektrik 1Fasa

Mengikut keperluan IEE setiap litar kawalan/jujukan pengguna mestilah mengadakan:


 Pengasingan dan Perlindungan arus lebihan dan pengasingan mestilah dipasang pada tempat yang
mudah dicapai/dikendalikan.
 Pengasingan mestilah dilakukan dengan memutuskan kedua-dua punca hidup dan neutral.
 Alat perlindungan mestilah berkadaran yang betul dan berfungsi

9. Jenis-jenis Kabel
 PVC kabel – PolyVinyl Chloride.
 PVC/swa/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wireArmoured-PVC).
 MICC – Mineral Insulated Copper Covered.
 PICDSTA –Paper Insulated Cover Double SheatTar Armoured.
 XLPE – Cross Line Poly Ethylene

9.1 PVC kabel – PolyVinyl Chloride.


Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestik dankabel perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan.

10

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 11 drp : 24

9.2 PVC/swa/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wireArmoured-PVC).

 Mempunyai perisai sebagai perlindungan mekanikal.


 Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh danboleh tahan panas sehingga 85°C.
 Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atautembaga.
 Terdapat dalam beberapa teras iaitu : 2 teras. 3 teras. 4 teras. Pelbagai teras ( multicore cable).

KEGUNAANNYA :
 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan rendah.
 Untuk penyambungan di antara alatubah danpapan agihan voltan rendah.
 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna.
 Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna .
 Untuk sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam
 TERDAPAT 4 WARNA YANG BIASA DIGUNAKAN : Merah untuk Fasa Merah.  Kuning untuk Fasa
Kuning.  Biru untuk Fasa Biru . Hitam untuk Neutral

9.3 PICDSTA –Paper Insulated Cover Double SheatTar Armoured.

11

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 12 drp : 24

PENGALIR
 Pengalir terdiri daripada aluminium dan tembaga
 Pengenalan pengalir 0 – Neutral 1 – Merah 2 – Kuning 3 – Biru
 Rupa bentuk pengalir - kurang dari 16mm berbentuklembaran bulat dan lebih dari 16mm berbentuk
lembaran“shaper”.
 Isian - “Impergrant Filler” – Impergrant diperbuatdaripada tapisan “Viscous berserta Refinde Rosin
(GumPasfree)”, dan di antara fungsi-fungsi impergrant ialah :
- Memperbaiki ketegangan elektrik.
- Pelincir bagi memudahkan pergerakan tape apabila kabel tersebut ditambah.
- Mempertingkatkan pengaliran haba.
 Jut - Diletakkan di antara penebat kertas dan ia juga membentuk kabelmenjadi bulat.
 Penebat talian kertas (Belt Paper) -berfungsi sebagai penebat tambahan diantara pengalir dan bumi
 Tebal talian kertas ialah : 1.4mm - di antara pengalir dan 1.2mm – di antara pengalir dan sarung
plumbum

JENIS BEDDING :
 Pita kertas beserta “Bitumin” (atau pita PVC)
 Bahan “Fibros Bitumin”
 “Serving” - diperbuat dari bahan-bahan Fibros-Bitumin dan tebalnya 2mm,
o digunakan untuk menyaluti bahagian luar kabel dan
o juga diperbuat daripada “JuteYam”,“Hessian
o Tape”,“Neutral Cotton” atau “Synthetic Fiber
o Tape”. - lapisan serbuk putih digunakan untukmengelakkan dari melekat

9.4 XLPE – Cross Line Poly Ethylene

12

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 13 drp : 24

 Maksud “XLPE” ialah Cross Link Ethylene.


 Penebatnya dibuat dari bahan plastik yang diberi nama“Cross Link Poly Ethylene” yang menggantikan
kertas. Penebat plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri dari pengalir aluminium
dan tembaga.
 Mudah dibentuk mengikut saiz pengalirdengan cara “Tool & Die” mengeliling pengalir agar tiada rongga
terjadi di antara pengalir dan plastic.
 Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaanya.
 Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain
 Tidak mudah menyerap air.

Sebab menggantikan penebat plastik ialah :


 Kehilangan daya elektrik adalah rendah.
 Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.
 “Thermoset Plastik” digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini tidak mudah berubah nilai
dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba geseran atau pun tarikan.
 Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA.

KEGUNAANYA :
 Kawasan pencemaran kimia dan minyak.
 Kawasan tidak rata atau tempat tinggi.
 Kawasan paya atau tanah berat

9.5 MICC – Mineral Insulated Copper Covered.

13

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 14 drp : 24

 Sarung luaran diperbuat dari tembaga tanpa pateri pada takat lebur 1038 °C.
 Penebatnya dari jenis Magnesium Oksida dengan takat lebur pada 2800 °C.
 Pengalirnya dari jenis tembaga elektronik( electrolytic copper) takat lebur 1083 °C
 British Standard bagi kabel ini ialah BS 6207.
 Pengalir didapati dalam dua jenis iaitu:
o LIGHT DUTY L 500V – digunakan untuk kuasa rendah.
o HEAVY DUTY H 750V – digunakan untuk kuasa tinggi.

- Pengalir dalam bentuk teras iaitu 1,2,3 dan 4 teras.


- Kabel ini digunakan untuk pendawaian di tempat suhu yang tinggi atau tempat mudah terbakar seperti
rumah dandang (boiler house) untuk system pencegah kebakaran dan lain-lain.
- Penamatan kabel ini menguna kabel gland.

10. Peranti Perlindungan Sistem Pendawaian 1 Fasa

Dalam kerja-kerja pepasangan elektrik, perlindungan bermaksud memberi jagaan kepada alat-alat dan
pepasangan daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik.
 Semua papan agihan ,unit pengguna hendaklah mengandungi peranti peranti perlindungan yang
mengawal litar akhir dari perkara berikut:
i) Lebihan arus beban
ii) Litar pintas.
iii) Kebocoran arus ke rangka logam(bumi)
Fungsi (i) dan (ii) biasanya dikawal oleh fius atau MCB(Pemutus litar kenit) Fungsi(iii) dikawal oleh RCD(Peranti
arus baki) dan mungkin juga oleh(i) & (ii)

10.1 Jenis-jenis alat perlindungan litar

14

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 15 drp : 24

10.1.1 Fius
Fius sepatutnya memutuskan litar bila berlakunya litar pintas dan lebihan arus. Semua fius yang mengawal litar
akhir didalam pendawaian elektrik mestilah tidak melebihi kadar arus bagi kabel.

10.1.2 Fius Separuh Tertutup Yang Boleh Didawaikan Semula


 Dibawah BS 3036
 Murah dan boleh diperbaiki dengan mengantikan unsur (elemen)
 Elemen diperbuat daripada timah, plumbum atau “tinned copper wire”.

Jadual Saiz Elemen Fius

 Jika penggantian elemen tidak berkadaran betul menyebabkan risiko kebakaran bila kerosakan
berlaku.
 Kadaran arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen ditentukan jadual di atas
 Faktor fius ialah kelas R, 1.75 – 3 kali.
 Contoh, fius yang berkadar 10A akan lebur pada kira-kira 1.75 x 10 = 17.5 hingga 3 x 10 = 30 kali.

10.1.3 Fius katrij


 Dibawah BS 1362.
 Penghubung fius dimasukkan kedalam suatu tiub kaca atau seramik.
 Berbentuk kecil dan boleh dikadarkan agak tepat.
 Kemerosotannya kurang berbanding dengan fius separuh tertutup.
 Faktor fiusnya dalam kelas Q1 dan Q2, iaitu -1.25 – 1.50 kali , 1.50 –1.75 kali- 2.4 kali.

15

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 16 drp : 24

10.1.4 Fius HRC & HBC


 Dibawah BS 88 dan 1361.
 Penghubung fius ialah satu tiub seramik,yang mana penutup hujungnya diperbuat daripada logam yang
berbagai bentuk
 Elemen fius diperbuat daripada jalur kupram bersalut perak dan disokong oleh silicon serta diselaputi
serbuk mineral.
 Tujuan dimasukkan serbuk mineral ialah untuk mengelakkan arka dan bunyi yang kuat
 Direka untuk mengatasi arus litar pintas dengan lebih cepat dan selamat atau kapasiti pemutusan yang
tinggi.
 Lebih baik dari fius katrij.
 Kos pengantian penyambungnya lebih tinggi daripada fius jenis lain.
 Faktor fiusnya 1.0 – 1.25 kali.

10.2 Istilah-istilah berkaitan fius

 Kadaran Fius(Fuse rating)


Kadar arus maksimum yang boleh mengalir dalam elemen fius tanpa meleburkannya.
 Kadar arus pencairan (arus fiusan/fusing current) –
Kadar arus minima yang boleh menyebabkan elemen fius lebur.
 Faktor fius(Fusing factor) - Kadaran arus pencairan
Kadar arus fius

10.2.1 Pemutus litar

10.2.1.1 Pemutus litar kenit- Miniature circuit breaker


 Alat suis otomatik yang direka untuk memutuskan bekalan pada nilai yang ditentukan.
 Dikendalikan secara mekanisma terma dan magnet.
 Komponen utama sebuah MCB terdiri daripada:
a) sebuah mekanisma penyuisan
b) sebuah alat pelantikan otomatik
c) sebuah alat pemadam arka.
d) sesentuh tetap dan bergerak
 Kebaikan miniature circuit breaker:
a) Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluar.
b) Litar-litar yang rosak senang dikesan.
16

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 17 drp : 24

c) Bekalan boleh dibekalkan dengan mudah dan segera bila kerosakan diperbaiki
 Dapat beroperasi pada beban lampau tidak melebihi 1.5 x arus beban.

10.2.2 Pemutus litar bocor kebumi

 Apabila berlaku kebocoran arus kebumi,pengalir atau bahagian logam pepasangan yang terdedah akah
menjadi laluan arus bocor kebumi,jika tiada keterusan boleh menyebabkan renjatan elektrik.
 Bagi mengelak dari terkena kejutan,alat perlindungan digunakan bagi memutuskan bekalan utama.
 Alat yang digunakan bagi tujuan ini ialah :-
i) Peranti pelindung arus lebih dengan syarat galangan bahagian arus bocor dilitar tersebut cukup rendah
untuk mengendalikan fius atau pemutus litar pelindung arus.
ii) Pemutus litar bocor kebumi.

11. Jenis-jenis Pendawaian Satu Fasa

Terdapat 3 jenis pendawaian elektrik iaitu:


 Pendawaian Permukaan.
 Pendawaian Terbenam.

 Pendawaian Pembuluh (conduit) –

o (i) Pembuluh keluli, bukan keluli dan boleh lentur, (ii) Sesalur, (iii) Salur

Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis pendawaian adalah:
 Jenis beban yang hendak dipasang
 Keadaan tempat pemasangan

 Kos perbelanjaan

 Tempoh ketahanan pemasangan

 Kekemasan dan kecantikan

 Keadaan sekeliling

 Tempoh masa menyiapkan

 Perubahan atau penambahan litar di masa akan datang

17

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 18 drp : 24

 Jenis voltan bekalan

 Keselamatan dan kelulusan JBE/TNB/JKR

Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)

 Satu sistem di mana kabel – kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan dipasang pada
permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan.
 Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut kerana terdedah kepada keadaan persekitaran
dan kerosakan mekanikal.

Rajah : Pendawaian yang bertebat di permukaan


 Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu satu simen, kabel akan diklipkan atas satu
bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling.
 Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau plumbum.

 Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan yang murah, pemasangan
tambahan juga mudah dilakukan.

 Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak digunakan di kawasan perumahan
baru untuk tujuan keselamatan).

 Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas dan lembap, tidak cantik dan sistem
perlindungan mekanik yang kurang memuaskan.

Pendawaian Terbenam (Embedded Wiring)


18

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 19 drp : 24

 Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung kabel
yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban.
 Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah
disediakan.

 Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan
simen (plaster) dijalankan.

 Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke
atasnya.

 Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal dn tahan pada perubahan cuaca,
tahan lama dan kosnya juga rendah.

 Tetapi sistem ini sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh mendatangkan bahaya
semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang tersembunyi.

Pendawaian Pembuluh (conduit)

 Dalam sistem ini, konduit digunakan untuk menyalurkan kabel–kabel.


 Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia, contohnya di
kilang–kilang perusahaan, makmal, bengkel dll.

 Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.

 Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir perlindung litar
(grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan lama, dapat mengelakkan kebakaran dan
kabelnya tidak mudah tercacat.

 Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

 Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan.

 Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak pemasangan amat
berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban yang bergerak atau di tempat – tempat
yang bebannya selalu diubahsuai.

 Sesalur – Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang pada
kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau
besi rangka bangunan.

19

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 20 drp : 24

 Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar serta bilangan yang banyak.

 Salur – dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa penutup.

 Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai.

 Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.

 Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90.

 Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah – ubah
kedudukannya.

12. Sistem Pembumian


 Merupakan salah satu kaedah perlindungan.
 Ia juga merupakan sambungan yang dibuat antara logam dan bumi.

 Bumi merupakan pengalir yang terbesar dari segi saiz dan jumlah kawasan liputan menyediakan laluan
bergalangan rendah bagi arus rosak atau arus bocor.

 Sebarang benda yang disambung akan mempunyai keupayaan sifar.

 Bumi yang berada pada beza-upaya sifar (Beza-upaya rujukan) dapat menyahkan beza-upaya yang
besar dengan cepat.

 Inilah tujuan asas pembumian sesuatu alat atau benda iaitu sebagai laluan balik arus atau untuk
keselamatan.

 Oleh itu, pembumian memberi keselamatan daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran.

Apa Yang Perlu Dibumikan (Disambung ke Bumi)

 Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus) seperti saluran logam,
perisai pembuluh, salur, sesalur, dawai katenari dan sebagainya.
 Struktur logam terdedah bagi suatu peralatan elektrik termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik
seperti paip air, rangka rumah dan sbgnya.

12.1 Cara dan Istilah Pembumian (Rajah Berkaitan)

20

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 21 drp : 24

Pembumian dilakukan dengan menyambungkan apa yang perlu dibumikan ke dawai atau punca bumi
pengguna;

 0 – Dawai pengikat sama upaya


 1 – Bumi, sambungan yang berkesan ke bumi

 2 – Elektrod Bumi. Batang (rod) logam, plat logam dan sistem paip logam dalam tanah atau sebarang
benda berpengalir bagi memperoleh sambungan bumi yang berkesan

 3 – Pengalir perlindung litar

 4 – Dawai pembumi

 5 – Dawai pengikat sama upaya,

 10 – Punca bumi pengguna.

Rajah: Istilah – istilah pembumian

12.2 Elektrod – elektrod Bumi

Berikut adalah jenis elektrod yang diperakui dan memenuhi kehendak peraturan pendawaian.
 Rod–rod dan paip – paip bumi
 Pita–pita atau dawai – dawai bumi

 Plat–plat bumi

 Elektrod–elektrod bumi yang terbenam di dalam tanah

 Konkrit yang bertetulang logam


21

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 22 drp : 24

 Sistem – sistem paip logam

 Sarung plumbum dan sarung daripada logam yang digunakan untuk menyarung kabel dalam tanah

 Struktur – struktur bawah tanah lain yang bersesuaian

Rajah : Jenis – jenis elektrod bumi

(a) Earth rods 4 pipes


(b) Tapes or wires
(c) Plates

Rajah 21: Jenis-jenis elektrod bumi

(d) Underground structural metalwork embedded in foundation


(e) Welded metal reinforment of concrete (not prestressed)
(f) Lead or metallic covering of cables

12.3 Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)

 Pemutus litar bocor ke bumi digunakan apabila pembumian yang baik tidak diperolehi kerana galangan
bagi gelung litar rosak ke bumi terlalu tinggi sehingga tidak mampu untuk memutuskan pelindung arus
lebih.
 Pemutus litar ini boleh bekerja pada voltan yang rendah (50V).

22

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 23 drp : 24

Rajah: Pemutus litar bocor ke bumi

Umumnya setiap rumah atau mana – mana pemasangan elektrik akan dipasang dengan alat ini. Terdapat
beberapa jenis ELCB, antaranya yang kini digunakan:
 Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus baki.
 Pemutus litar bocor ke bumi jenis arus imbang.

 Pemutus litar bocor ke bumi dengan menggunakan geganti.

13. Green Card (Kad Hijau)


Merupakan sebuah program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel
Binaan, untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.

23

kvsr_svmLee
NO. KOD EE-320-3:2012 Muka : 24 drp : 24

Kepentingannya :
 Untuk memastikan Pekerja Binaan menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat;
 Untuk memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak kerja pembinaan;

 Untuk memaklumkan Pekerja Pembinaan tentang keperluan undang-undang, berhubung dengan


keselamatan dan kesihatan.

 Pemegang Kad Hijau CIDB secara automatik dilindungi oleh Skim Insurans khas yang
menginsuranskan Personel Binaan terhadap kematian dan kemalangan.

24

kvsr_svmLee

You might also like