Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kedatangan Islam ke Malaysia telah banyak mencorak kehidupan masyarakat


serantau. Salah satu kesannya kepada Malaysia sebagai sebuah Negara yang
bermasyarakat majmuk adalah pada teras undang-undang, iaitu Perlembagaan
Malaysia itu sendiri. Kenyaataan pengaruh Islam terhadap Malaysia jelas termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 3 mengenai Ugama bagi
Persekutuan.

Contohnya Perkara 3(1): “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi
ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan.” Perkara tersebut bermaksud agama Islam adalah agama
rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama, sifat Islam yang mulia membentuk
perlembagaan dan Negara Malaysia supaya mengizinkan hak-hak orang bukan
Islam untuk mengamalkan agama masing-masing. Peruntukan ini bukan sahaja
mengakui agama Islam sebagai agama yang agong, tapi juga memberi ruang dan
kebebasan kepada rakyat berbilang kaum untuk mengamalkan agama masing-
masing di Negara ini.

Selain daripada penetapan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,


terdapat juga peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah menyatakan
bahawa Yang Di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama di Malaysia dan kerajaan
haruslah mengadakan peraturan mengenai hal ehwal agama Islam dan
menubuhkan sebuah Majlis untuk memberi nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong
mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan agama Islam. Perkara 3 (5),
Perlembagaan Persekutuan: “Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Di-
Pertuan Agong hendaklah menjai Ketua Agama Islam dalam Wilayah-wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen
boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi menubuhkan
suatu Majlis untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara
berhubung dengan agama Islam.”

Manakala Perkara 12 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan


bahawa : “Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuh dan menyenggara
institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama itu sendiri, dan tidaklah
boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-
undang berkaiatan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana
undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri
menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau
membantu dalam mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa
perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.”

Dengan peruntukan-peruntukan Perkara 3 dan Perkara 12 dalam Perlembagaan


Persekutuan Malaysia, boleh disimpulkan bahawa dasarnya agama Islam
merupakan agama rasmi Persekutuan. Dengan itu Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri mempunya kuasa untuk menyelenggara dan menubuhkan
kemudahan dan institusi Islam. Contoh penubuhan institusi Islam adalah seperti
penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pembinaan surau-surau
dan masjid-masjid di seluruh Negara untuk kemudahan rakyat melaksanakan aktiviti
keagaamaan. Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan
Persekutuan juga mempunyai hak istimewa untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk
tujuan membantu dan melaksanakan pengajaran agama Islam. Contohnya seperti
penubuhan Sekolah Agama, PERKIM dan sebagainya.

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kedatangan Islam ke Malaysia telah membawa impak yang amat besar kepada
pendidikan di Negara ini. Pengaruh Islam bukan sahaja boleh dilihat pada institusi
pendidikan dan strukturnya seperti madrasah, sekolah agama, universiti teras Islam
dan sebagainya di Negara ini, malah, juga boleh dilihat dari segi aspek ilmu yang
diajar seperti ilmu syariah yang meliputi bidang seperti usuluddin, fiqah dan tasawuf,
serta guru-guru dan murid-murid yang menuntut ilmu agama Islam, di mana guru-
guru pada zaman kedatangan Islam di tanah Melayu kebanyakan terdiri daripada
bangsa Arab, Turki, India dan sebagainya. Manakal murid-murid yang menuntut pula
meliputi segenap lapisan masyarakat, dari raja-raja sehingga ke rakyat jelata. Berkat
perkembangan pesat dan pengaruh mendalam agama Islam dari segi pendidikan di
Tanah Melayu, maka lahirlah ulama berbangsa Melayu seperti Nuruddin al-Raniri
dengan kitabnya Hidayah al-Iman dan Sirat al-Mustaqim.

Sistem pendidikan Islam di Malaysia merangkumi pendidikan formal dan pendidikan


tidak formal. Pendidikan formal adalah pendidikan yang didapati dari institusi
pendidikan agama seperti sekolah, surau, madrasah dan sebagainya. Sistem
pendidikan formal berasaskan bidang pengajian Islam sepeti fiqah, tafsir, sejarah
Islam, tauhid dan akhlak.

Manakala pendidikan tidak formal pula adalah pengajaran yang berlaku secara
langsung dalam kehidupan seharian seseorang muslim tersebut. Pendidikan jenis
tidak formal ini merangkumi cara berfikir, amal, kercergasan muslim dalam bidang
ekonomi dan sebagainya. Pendidikan tidak formal biasanya diberi secara lisan dan
diwarisi turun temurun.

Empat pencapaian awal bidang pendidikan Islam di Malaysia adalah seperti berikut:

(i) Kelahiran nashkah-naskhah Melayu. Naskhah-naskhah tersebut dicetak


dalam tulisan Arab, iaitu bahasa al-Quran. Naskhah-naskhah tersebut merangkumi
bukan sahaja bidang agama Islam, tetapi juga meliputi bidang pemerintahan, ilmu
falak, kemasyarakatan dan sebagainya.
(ii) Kewujudan institusi pendidikan agama Islam. Selaras dengan peruntukan
agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan Malaysia telah
mengambil langkah untuk menubuhkan institutsi pendidikan agama Islam bertujuan
membangunkan umat Islam di Malaysia serta memberi peluang kepada setiap
lapisan masyarakat untuk melihat luasnya bidang pengajian Islam dan pendidikan
yang boleh didapati berteraskan Islam. Institusi pendidikan agama termasuklah
istana, surau, masjid, madrasah, sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Islam, pusat-
pusat latihan dakwah, Institut Kemahiran Islam Malaysia, pembiayaan kerajaan
untuk kelas-kelas fardhu ain dan sebagainya. Kewujudan institusi pendidikan agama
Islam di Negara in yang bagai cendawan tumbuh adalah simbolik kepada kekuatan
dan kedalam pengaruh Islam terhadap pendidikan di Negara ini.

(iii) Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam. Pasa asalnya,


pendidikan agama Islam diberikan kepada sultan-sultan dan kerabat diraja di istana.
Pengaruh Islam telah mendorong sultan untuk mengarahkan ulama-ulama Melayu
dan ulama asing untuk bekerjasama menterjemahkan al-Quran kepada Bahasa
Melayu. Usaha ini adalah untuk menerangkan lagi isi kandungan kitab suci tersebut
serta memudahkan masyarakat Malaysia untuk merujuk al-Quran untuk setiap
urusan dan permasalahan.

(iv) Kemunculan golongan intelektual. Penyebaran luas agama Islam serta


falsafah agama di rantau Melayu amnya dan Malaysia khasnya, telah berjaya
melahirkan golongan intelektual yang terdiri daripada bangsa Melayu sendiri. Hal ini
kerana pengajaran agama Islam itu sendiri yang syumul dan mudah, masyarakat
Melayu lebih mudah menerima didikan agama Islam dan oleh kerana ciri-ciri unik
agama Islam sendiri, telah mendorong masyarakat Melayu untuk berusaha sehingga
lahirnya golongan intelektual tanah air sendiri. Dan golongan intelektual inilah yang
menjadi tunjang kepada kemerdekaan dan pembangunan Negara. Pendidikan dan
ajaran Islam juga telah menjadi rujukan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira
kaum dan agama, malah di sekolah, tiada had dan paksaan bahawa hanya pelajar
Islam sahaja yang boleh mempelajari ilmu tersebut. Maka tidak hairanlah apabila
ada masyarakat bukan Islam yang mahir selok belok undang-undang Islam di
Malaysia serta cara hidup orang Islam di Malaysia. Oleh kerana pengaruh dan
peranan Islam dalam system pendidikan Malaysia, membolehkan masyarakat
majmuk di Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni kerana wujudnya
persefahaman.

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM KEBUDAYAAN MALAYSIA

Kebudayaan sesuatu masyarakat terdiri daripada beberapa aspek seperti: kesenian,


adat istiadat, cara hidup dan juga nilai-nilai asas masyarakat tersebut. Begitu juga
apabila menilai peranan dan pengaruh Islam dalam kebudayaan Malaysia, adalah
lebih baik dinilai dari semua segi dan aspek kebudayaan.

(i) Kesenian

Pengaruh Islam terhadap aspek kesenian dan budaya Malaysia dapat dilihat pada
perkembangan kaligrafi, pembinaan masjid, makam dan batu nisan. Contoh batu
nisan terawal yang mempunyai nilai Islam adalah batu nisan Syeikh Abd al-Qadir
bertarikh 903 di Kedah. Masjid di Malaysia pula mempunyai ciri-ciri Islamiah yang
tidak ternilai keunikan serta kehalusan seni binaan Islam. Contohnya seperti mihrab,
mimbar dan juga hiasan setiap sudut dalam masjid yang dihias dengan seni kaligrafi
Islam yang dipetik daripada ayat-ayat suci al-Quran. Kedatangan Islam di Malaysia
juga telah mencorakkan kesenian Negara ini dan menggabungkan kesenian bangsa-
bangsa di Malaysia. Contohnya seperti pembinaan Masjid Kampung Hulu di Melaka
yang senibina uniknya terbina dari gabungan kesenian Islam dan seni bina Cina.

(ii) Adat Istiadat

Kedatangan Islam di Malaysia telah melengkapkan adat istiadat Malaysia yang


memang kaya dengan intisari peradaban. Malah, Islam itu sendiri telah membentuk
teras bagi identiti / status Melayu. Jika dirujuk kepada perlembagaan Malaysia,
seseorang warga Negara Melayu adalah orang yang berbahasa Melayu,
mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Agama Islam yang
mencintakan kedamaian dan keharmonian juga membolehkan bangsa-bangsa lain
di Negara ini untuk mengamalkan adat istiadat masing-masing tanpa merisaukan
dikenakan tindakan atau hukuman. Selain daripada itu, pengaruh Islam juga boleh
dilihat dari segi adat dan cara perkahwinan orang-orang Islam di Malaysia, kaum
Melayu khasnya. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Melayu lebih
mengamalkan cara dan adat Hindu, iaitu agama terawal yang telah diperkenalkan
kepada rantau Melayu. Contoh budaya Hindu yang diamalkan seperti upacara
menepung tawar pengantin pada kenduri kahwin. Penyerapan agama Islam telah
mengubah kebanyakan orang Melayu di Malaysia dari segi adat perkahwinan, dan
ramai yang sedar tentang kebertentangan adat menepung tawar dengan ajaran
Islam, maka meninggalkan adat tersebut.

(iii) Cara Hidup

Cara hidup masyarakat Malaysia sebelum menerima pengaruh dan penyerapan nilai
Islam, kebanyakannya berasaskan kepada budaya asas ideology penjajah.
Contohnya seperti perbezaan kelas sosial dalam masyarakat. Setelah kedatangan
Islam, yang membawa nilai akidah yang tinggi, tembok kelas sosial dapat
diruntuhkan dan masyarakat berbilang kaum dan kedudukan boleh berkumpul
bersama. Islam telah memperkenalkan sistem khilafah yang adil dan bersistematik,
di mana sistem ini adalah berkonsepkan keadilan tanpa mengira kedudukan dan
pangkat. Antara kesannya boleh dilihat melalui perlantikan perwakial Legislature
(Perundangan) di Malaysia yang mengamalkan kebebasan dan hak pengundi.
Setiap undian dikira dengan adil dan saksama dan rakyat diberi hak untuk memilih
pemimpin masing-masing.

(iv) Nilai-nilai Asas Masyarakat

Islam mempengaruhi nilai dan asas kehidupan segenap masyarakat di Malaysia.


Antaranya adalah penerapan nilai-nilai keimanan yang dapat memperkukuhkan
akhlak rakyat dalam Malaysia. Contohnya seperti ketakwaan dan keimanan kepada
Allah swt., hormat dan taat kepada pemimpin, patuh kepada undang-undang,
bermuafakat, meraikan tetamu, hormati orang yang lebih tua dan sebagainya.
Sebelum kedatangan Islam, rakyat kebanyakannya hidup isolated iaitu terasing.
Masing-masing mengamalkan cara hidup hasil teladan daripada asas adat dan
budaya masing-masing. Namun, kedatangan Islam telah berjaya menyatupadukan
rakyat dan penerapan nilai-nilai Islam dapat dihayati oleh semua warga Malaysia.

PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM BAHASA DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan Islam di Malaysia, bahasa dominan di Tanah Melayu adalah


bahasa Jawab dan Melayu Kuno. Dan Bahasa Sanskrit pula telah dijadikan sebagai
bahasa ilmu. Setelah kedatangan Islam di Malaysia, bahasa Arab telah dijadikan
sebagai bahasa perantara. Manakala bahasa-bahasa Arab juga diadaptasi dan
digunakan bersama-samaan dengan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia.
Contohnya seperti nama hari iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan
sebagainya. Nama-nama benda juga banyak diadaptasi dari bahasa Arab, seperti
kitab, surat dan sebagainya. Dan bahasa-bahasa ini bukan sahaja digunakan oleh
umat Islam di Malaysia sahaja, malah telah dijadikan sebahagian daripada bahasa
rasmi Negara, iaitu Bahasa Melayu yang ditutur oleh setiap lapisan masyarakat.

PENGHAYATAN PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN DAN


PERKEMBANGAN TAMADUN MALAYSIA

Status agama Islam yang telah diangkat dan ditetapkan sebagai agama rasmi
Persekutuan di Malaysia telah memberi impak kepada aplikasi Islam dalam pelbagai
aspek kehidupan di Malaysia. Contohnya seperti bidang sosila, ekonomi, sistem
politik dan pentadbiran, dan pendekatan Islam Hadhari yang telah diperkenalkan
kepada setiap rakyat Malaysia. Bukan sahaja begitu, dari segi akidah,undang-
undang serta sastera juga dapat dilihat kesan daripada pengaruh Islam di Malaysia.

KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa kedatangan Islam di Malaysia telah banyak


mencorakkan bukan sahaja kehidupan umat Islam di Malaysia, tetapi juga rakyat
bukan Islam di Malaysia. Hanya dengan mengimbau perkembangan tamadun di
Malaysia dan peranan agama Islam di Malaysia itu sendiri dapat membantu
seseorang muslim untuk mengenali identiti dirinya dengan lebih baik, dari aspek
keagamaan dan kenegaraan.

Sebelum kedatangan Islam, tamadun Malaysia bermula dari asas yang rapuh
dengan kepercayaan masing-masing yang terbina daripada elemen-elemen yang
dicipta oleh menausia sendiri. Dan setelah dijajah oleh beberapa kuasa asing ke
atas Tanah Melayu, menyukarkan lagi perpaduan dan penyusunan struktur tamadun
di Malaysia. Dengan kedatangan Islam, Malaysia setelah merdeka telah
beridentitikan Negara Islam, nilai-nilai Islam telah diserapkan ke dalam seluruh
aspek kehidupan masyarakat di Malaysia.

Dengan petunjuk dari agama Islam, Malaysia mampu membangun dengan pesat
dan harmoni. Rakyatnya pula bertolak ansur dan sentiasa mengamalkan nilai
muafakat dan saling hormat-menghormati hak orang lain. Dengan berteraskan Islam
juga, hak dan kebebasan setiap kaum sentiasa terpelihara. Nilai yang murni ini
berasas daripada agama Islam dan boleh dirujuk seperti dalam Perlembagaan,
Perkara 8(1) yang memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi
undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-
undang. Perkara 8(2) :” Tidak boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-
mata oleh sebab agama…”

Kesan pengaruh Islam di Malaysia bukan sahaja meliputi subjek yang luas, tetapi
juga membolehkan Negara Malaysia sebuah Negara yang telah mendapat
penghargaan dan penilaian sebagai sebuah Negara majmuk yang paling aman dan
harmoni di dunia. Malah terdapat warga asing yang ingin menyelami akar umbi
keharmonian tersebut, dan apabila menemui jawapannya, agama Islam lah teras
pembangunan dan perpaduan di Malaysia.

Tamadun Islam membawa hanya kebaikan kepada pembangunan sesebuah


Negara. Jika hendak memperkukuhan martabat dan tamadun Malaysia, haruslan
berpaksikan kepada ajaran agama Islam dan nilai-nilai Islam itu sendiri.

Tidak diragui lagi bahawa ahli sains Islam banyak mempelopori bidang – bidang
sains dan teknologi dan ia kekal hingga kehari ini. Mereka berjaya membuktikan
bahawa pembangunan material yang bergerak seiring dengan pembangunan nilai
yang selaras dengan kehendak Islam telah berjaya membawa manusia kearah
kesejahteraan hidup dan kebahagiaan akhirat.

Mutakhir ini kita dapat melihat dengan jelas ketidakseimbangan yang berlaku dan
bagaimana manusia hidup dengan sifat dengki, menindas, ganas, rakus dan tidak
berperikemanusiaan.

Sebagai satu agama yang hadir dengan matlamat membawa manusia kearah
kebaikan dan diredhai Allah S.W.T maka dunia Islam perlu mencipta semula ciri
zaman Keemasan yang merangkumi kesejagatan, toleran, hormat kepada sains dan
ahli sains, kesatuan matlamat dan cara sains dan iklim yang tidak membataskan
pergerakkan –pergerakan ahli sains, teknologi dan hasil mereka dikalangan Ummah
secara bebas.

Sabda Rasullullah:

“Hari-hari kebelakangan Ummah ini akan dapat akan dapat diperbaiki cuma dengan
apa yang diperbaikinya pada hari permulaannya.

RUJUKAN

Modul pembelajaran CTU 151: Pemikiran dan Tamadun Islam, InED, UiTM

Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam, terbitan IKIM,2005

Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros, Buku Teks Tamdun Islam
dan Tamadun Asia, Oxford Fajar, 2009

Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam, UiTM

http://en.wikipedia.org/

Abdul Rahman Hj Abdullah. 2006. Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara


Tradisional. Shah Alam: karisma Publications.

Mahayudin Haji Yahya. 1998. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

You might also like