Era Pemerintahan Tunku Abdul Rahman

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Era Pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1955-1970)

 Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan
Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin
Dato' Haji Hussein.

Era Pemerintahan Tun Abdul Razak (1970-1976)


Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji
Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat,
beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Haji
Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir
Onn.

Era Pemerintahan Tun Hussein Onn (1976-1981)


Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir
Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr.
Mahathir bin Mohammad.

Era Pemerintahan Tun Dr. Mahathir (1981-2003)


Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Biodata) digelar
sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai
seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam,
Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin Baba, Dato' Seri Anwar bin Dato' Seri Haji
Ibrahimdan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Era Pemerintahan Tun Abdullah Badawi (2003-2009)


Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi digelar
sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya
iaitu, Dato' Seri Haji Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Era Pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-2018)


Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul
Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.[2] Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji
Hamidi.

Era Pemerintahan Tun Dr. Mahathir (2018-kini)


Perdana Menteri Malaysia ketujuh menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali
menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza
dengan sebelum ini. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah
binti Wan Ismail.

You might also like