Amenoria Assignment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN

KESIHATAN MALAYSIA,

SULTAN AZLAN SHAH

PERAK DARUL RIDZUAN

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

TAHUN 2 SEMESTER 1

MAOG 2111

Gangguan Menstruasi (Amenorrhea)

NAMA: MUHAMMAD IQRAM BAIHAQI BIN ZAKARIA

NO. MATRIK: BPP2017-0997

NO IC:

NAMA PENGAJAR:

1
SENARAI ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman


1. Pengenalan 3
2. Klasifikasi 4
3. Etiologi 5-6
4. Manifestasi Klinikal 7
5. Rawatan dan Pengurusan 8
6. Rumusan 9
7. Rujukan 10

2
PENGENALAN

Di dalam kehidupan wanita, haid merupakan suatu yang normal. Haid ataupun

menstruasi merupakan pendarahan yang berlaku secara berperingkat dan terdapat

“cycle” yang tertentu dari uterus seorang wanita di sertai runtuhan lapisan

endometrium. Kebiasaannya haid bagi seorang wanita normal ialah 3 ke 7 hari. Pada

permulaan “cycle” haid, follicle stimulating hormone (FSH) di hasilkan oleh kelenjar

pituitary di dalam otak. Setiap folikel mengandungi satu telur yang tidak matang.

Follicle stimulating hormone merangsang folikel untuk berkembang dan mula

menghasilkan hormon yang di panggil hormon estrogen. Pada hari pertama, tahap

hormon estrogen adalah paling rendah dan meningkat semasa perkembangan folikel.

Selepas folikel berkembang, ovum menjadi matang dan boleh di senyawakan. Ketika

tahap estrogen tinggi, lapisan endometrium menjadi tebal dengan darah dan nutrisi.

Proses ini dikenali sebagai proses ovulasi. Sekiranya tidak di senyawakan, lapisan

tersebut mula runtuh. Amenorrhea merupakan perkataan yang digunakan apabila

perempuan dewasa atau gadis remaja tidak di datangi haid. Ia berlaku selama tiga bulan

berturut-turut. Antara simptom bagi amenorrhea ialah tidak didatangi haid selama tiga

bulan berturut-turut, tahap pengeluaran hormon estrogen dan progesterone yang

menurun, sakit kepala, lemah badan, pengeluaran susu dari putting, lapisan vagina

kering, dan tahap penglihatan berubah.

3
KLASIFIKASI

1. Amenorrhea Primary

Ia merupakan masalah yang berlaku pada gadis remaja yang berusia 16 tahun

dan ke atas tetapi belum mengalami haid walaupun telah menunjukkan

kematangan seksual. Bagi mereka yang mempunyai Amenorrhea primer,

hormon yang ada dalam badannya tidak cukup untuk memulakan haid. Ia

banyak berlaku pada wanita yang sangat kurus dan ahli sukan kerana mereka

tidak ada cukup lemak untuk menyimpan hormon estrogen didalam badan

mereka.

2. Amenorrhea Secondary

Keadaan di mana haid tidak berlaku selama tiga cycle atau setelah 6 bulan

didatangi menstrual ketika waktu remaja. Kebiasaannya disebabkan penurunan

tahap hormon atau ketidakseimbangan hormon.

4
ETIOLOGI

1. Amenorrhea Primary

i) Turner syndrome – masalah genetik yang mengganggu perkembangan

wanita.

ii) Vaginal atresia – keadaan di mana ketiadaan vagina atau vagina tertutup.

iii) Cryptomenorrhea – keadaan di mana proses menstruasi berlaku tetapi

tidak kelihatan disebabkan halangan.

iv) Imperforate hymen – congenital disorder di mana hymen tertutup.

v) Swyer syndrome – kekurangan kromosom wanita, luaran seperti wanita

tetapi tidak mengalami menstruasi.

vi) Prader-Willi syndrome – genetic disorder yang menyebabkan

kehilangan fungsi gene yang tertentu.

5
2. Amenorrhea Secondary

i) Mengalami masalah obesiti ataupun berat badan berlebihan

ii) Melakukan aktiviti fizikal terlalu banyak dan dalam waktu yang terlalu

lama.

iii) Mempunyai lemak badan yang terlalu sedikit.

iv) Mempunyai anxiety ataupun masalah emosi.

v) Mengalami pengurangan berat badan yang terlampau (diet yang

melampau)

vi) Tumor otak

vii) Mengambil ubat untuk merawat tumor

viii) Mengambil ubat untuk merawat schizophrenia ataupun psychosis.

ix) Fungsi ovari yang menurun.

x) Hypertiroidism

xi) Kehamilan

xii) Menopause – proses di mana proses menstruasi berhenti secara kekal

dan kebiasannya berlaku pada umur 49 hingga 52 tahun ke atas.

xiii) Lactation

6
MANIFESTASI KLINIKAL

1. Tidak didatangi haid

2. Penurunan hormon estrogen dan progestron

3. Sakit kepala

4. Lemah badan

5. Galactorrhea (pembentukan susu badan pada wanita yang tidak hamil dan tidak

sedang menyusukan bayi).

6. Gangguan penglihatan

7. Penurunan atau peningkatan berat badan

8. Vagina kering

9. Hirtutism (pertumbuhan bulu yang berlebihan dan menyerupai lelaki)

7
RAWATAN DAN PENGURUSAN

Pembedahan merupakan kaedah yang dapat digunakan bagi merawat kondisi

amenorrhea primary yang disebabkan oleh kecacatan anatomi seperti imperforated

hymen. Pembedahan ini dilakukan dengan membuang tisu-tisu lebihan pada hymen dan

membentuk bukaan pada saiz yang normal pada vagina. Selepas prosedur pembedahan

dilakukan, kitar menstruasi pesakit akan menjadi normal jika tiada komplikasi tertentu.

Rawatan bagi amenorrhea secondary pula ialah melalui pemberian hormone estrogen

dan progesterone bagi faktor-faktor yang melibatkan gangguan keseimbangan

hormone. Pesakit juga diberi hormone tiroid jika melibatkan faktor seperti

hipotirodisme. Selain itu, kortikosteroid merupakan pilihan lain bagi wanita yang

melibatkan gangguan glandula suprarenalis (Addison Laten). Dalam kes seperti

menopause atau kehamilan, tiada sebarang rawatan akan diberikan kerana keadaan-

keadaan ini adalah normal dan tidak membahayakan tubuh badan seseorang wanita.

Seterusnya, rawatan lain termasuklah meningkatkan kesihatan diri, pengambilan zat-

zat makanan yang mencukupi, dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan

tubuh badan. Hal ini kerana obesiti menjadi salah satu faktor berlakunya amenorrhea.

8
RUMUSAN

Amenorrhea merupakan satu keadaan abnormal yang terjadi dalam kitar menstrual

seseorang wanita pada usia reproduktifnya. Keadaan ini berpunca daripada faktor-

faktor yang boleh dielakkan dan juga faktor yang tidak dapat dielakkan. Antara faktor-

faktor yang dapat dielakkan ialah obesity dan anoreksia nervosa. Selain daripada itu,

penggunaan pil perancang juga boleh dikurangkan kerana ia menjadi salah satu punca

yang mendorong berlakunya penyakit ini.

Seterusnya, faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan ialah kecacatan anatomi seperti

hymen imperforated, ketiadaan uterus ataupun vagina sewaktu lahir, dan vagina

berseptum. Selain itu, keadaan kongenital juga menjadi satu faktor yang tidak dapat

dielakkan seperti Sindrom Turner, dan juga barah ovary, posista ovary dan barah

kelenjar pituitary. Sesetengah kes boleh dirawat melalui pembedahan kepada pesakit

yang mengalami hymen imperforated.

Di samping itu, dalam kes kehamilan dan pra matang menopause, tiada sebarang

rawatan akan diberikan kerana ia merupakan proses fisiologi yang normal bagi tubuh

badan wanita. Keadaan ini tidak mendatangkan sebarang kerosakan dan kemudaratan

terhadap diri wanita tersebut.

Akhir sekali, pendidikan kesihatan haruslah diambil kira bagi kes-kes amenorrhea yang

dapat memberi kesan negatif ke atas diri pesakit. Antaranya ialah pengurusan stress

dalam kehidupan harian, mengambil makanan yang mempunyai nutrisi yang seimbang,

dan mengurangkan berat badan kepada berat badan yang ideal, mengambil ubat ubatan

mengikut masa yang ditetapkan.

9
RUJUKAN

1. Pinkerton, J. V, & Stuenkel, C. A. (2011). Amenorrhea. The Journal of

Clinical Endocrinology &Metabolism,96(5),35A.

https://doi.org/10.1210/jcem.96.5.zeg35a1

2. American Psychiatric Association. Diagnostic and Statistical Manual of

Mental Disorders, 5th, American Psychiatric Association, Arlington 2013.

3. Shangold MM. Athletic amenorrhea. Clin Obstet Gynecol 1985; 28:664.

4. Frisch RE, Wyshak G, Vincent L. Delayed menarche and amenorrhea in ballet

dancers. N Engl J Med 1980; 303:17.

5. Giles DE, Berga SL. Cognitive and psychiatric correlates of functional

hypothalamic amenorrhea: a controlled comparison. Fertil Steril 1993;

60:486.

6. Williams NI, Berga SL, Cameron JL. Synergism between psychosocial and

metabolic stressors: impact on reproductive function in cynomolgus monkeys.

Am J Physiol Endocrinol Metab 2007; 293:E270.

7. Otis CL, Drinkwater B, Johnson M, et al. American College of Sports Medicine

position stand. The Female Athlete Triad. Med Sci Sports Exerc 1997; 29:i.

8. Gordon CM. Clinical practice. Functional hypothalamic amenorrhea. N Engl J

Med 2010; 363:365.

9. Santoro N, Filicori M, Crowley WF Jr. Hypogonadotropic disorders in men and

women: diagnosis and therapy with pulsatile gonadotropin-releasing hormone.

Endocr Rev 1986; 7:11.

10. Perkins RB, Hall JE, Martin KA. Neuroendocrine abnormalities in

hypothalamic amenorrhea: spectrum, stability, and response to

neurotransmitter modulation. J Clin Endocrinol Metab 1999; 84:1905.

10

You might also like