Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 DALAM TAJUK BAHAGI MENGGUNAKAN

KAEDAH SILANG

Oleh
Siti Aisah Binti Ruzelan
Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent
Johor Bahru

Abstrak

Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk menambahbaik amalan pengajaran guru di
samping meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk Bahagi menggunakan Kaedah
“Silang”. Kaedah ini menggabungkan penggunaan asas sifir murid dalam
menyelesaikan masalah bahagi.. Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 3 di
sebuah sekolah daerah Johor Bahru. Pemerolehan data kajian ini adalah melalui
pemerhatian dan analisis hasil kerja murid. Dapatan analisis mendapati bahawa
Kaedah “Silang” membantu menambahbaik amalan pengajaran guru di samping
meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk bahagi . Paling bermakna lagi apabila
kajian ini memberikan saya pengalaman dan pendedahan kepada keseluruhan proses
kajian tindakan.

1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik tahun 3, Cabaran yang
didapati oleh saya adalah apabila pelbagai kaedah dari sumber yang saya gunakan di mana
kebanyakannya diperoleh dari muat turun dari internet kurang berjaya memberikan kefahaman
kepada murid saya. Masalah ini lebih jelas dan ketara lagi bila dilihat dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran saya berkaitan tajuk Bahagi yang mana secara jelas murid menyatakan bahawa
mereka sukar untuk memahami tajuk berkenaan apabila selesai sesi pengajaran bersama saya.

Masalah yang dihadapi oleh murid apabila tiba pada bahagian bahagi adalah murid sukar
menentukan nombor yang sesuai untuk dipilih pada bahagian hasil darab nombor untuk diletakkan
pada bahagian bahagi. Saya dengan ini mula meneliti masalah murid yang mana melibatkan
gambaran mental murid yang lemah dan kurangnya kefahaman murid untuk memilih nombor yang
sesuai (paling dekat) dengan nombor yang sepatutnya dibahagi bagi mendapatkan jawapan hasil
bahagi.

Asas darab iaitu sifir yang telah dikuasai oleh murid sukar untuk mereka aplikasikan dalam
tajuk bahagi . Saya dapati, gambaran mental murid yang mana bahagi adalah pembalikan darab tidak
dapat dilakukan secara pemikiran sahaja. Saya dapati satu kaedah harus digunakan dalam usaha
memberikan gambaran secara jelas kepada murid berkaitan wujudnya satu hubungan kefahaman
yang kukuh antara darab dan bahagi.

Dengan yang demikian, saya mula menganalisis dan mencari kaedah yang boleh
diimplimentasikan dalam bilik darjah berkaitan dengan tajuk bahagi dalam usaha saya menambah
baik amalan pengajaran saya di samping membina kefahaman yang kukuh bagi murid saya akan
tajuk ini.

1
2. Fokus Kajian

Menurut Barry, B. (2003), pendidik harus bijak dalam mengaplikasikan sumber dalam membina
bahan yang boleh digunakan sebagai alat pengajaran yang bermakna yang dapat dijadikan sumber
yang lebih realistik dan hidup berbanding bahan yang dicetak. Setelah meneliti masalah yang wujud
dalam sesi pengajaran saya, saya ingin mencabar diri saya untuk menghasilkan satu kaedah yang
dapat dilaksanakan secara amali yakni menggunakan lokomotor dan visual dalam menyelesaikan
kelemahan murid dalam tajuk bahagi.
.Goldman et al (2004) menyatakan bahawa kajian telah membuktikan bahawa visual boleh menjadi
medium pembelajaran yang efektif berbanding penggunaan buku dan teks. Pandangan ilmiah ini
saya jadikan pendorong dalam memikirkan kaedah yang sesuai untuk memanfaatkan asas darab
yang sudah sedia kukuh dalam diri murid dalam membantu murid memahami tajuk bahagi. Idea inilah
yang mencetuskan permulaan kepada intervensi yang diberi nama Kaedah Silang yang mana
menggabungkan asas darah yang ditulis dan diubah secara lokomotor oleh murid.

3. Objektif Kajian

a. Objektif umum
Menambah baik amalan pengajaran guru dalam tajuk bahagi bagi murid Tahun
3 menggunakan Kaedah Silang

b. Objektif Spesifik

Kajian ini dilaksanakan bagi menambahbaik dan memenuhi objektif :

i. Membimbing murid mengaplikasikan kemahiran asas darab dalam tajuk


bahagi .
ii. Mendorong meningkatkan minat murid mempelajari mata pelajaran
matematik.
iii. Menyedarkan murid bahawa bahagi adalah pembalikan kepada operasi
darab.
iv. .Meningkatkan kefahaman murid bagi tajuk bahagi nombor lingkungan 10000
bagi tahun 3.

4. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi kajian saya adalah terdiri daripada 5 murid yang berumur 9 tahun dari
sebuah sekolah sekitar daerah Johor Bahru yang menghadapi masalah dalam memahami tajuk
Bahagi.. Murid ini juga dipilih berdasarkan syor dari guru subjek di mana murid ini sering
mengamalkan tingkah laku yang menunjukkan kurang berminat dan udah putus asa dalam
mempelajari sesuatu yang bersifat ‘luar dari kotak pemikiran mereka”. Tiada unsur pilih kasih dan niat
untuk menjatuhkan maruah mana – mana pihak dalam usaha saya menambahbaik amalan
pengajaran dan pembelajaran saya dalam tajuk bahagi bersama mereka.

2
5. Pelaksanaan Kajian

Dalam mengenal pasti dan menjalankan kajian yang telah dinyatakan, kaedah yang saya
gunakan dalam kajian ini adalah seperti di bawah ;

c. Mengenal pasti Masalah :


Dua kaedah digunakan dalam mengumpul data semasa pengenalpastian masalah
kajian ;
i. Pemerhatian dalam bilik darjah
Murid –murid ini dilihat sukar untuk menyelesaikan masalah bahagi
melibatkan nombor dalam lingkungan 10000. Namun, asas darab murid – murid ini
agak kukuh di mana murid berupaya membaca sifir (telah menghafal sifir), tetapi,
saya dapati murid ini sukar untuk mengaplikasikan asas darab untuk dikaitkan
dengan penyelesaian bahagi.
Mereka juga kurang fokus di dalam kelas ketika sesi perbincangan. Fokus
mereka lebih ke arah visual dan pergerakan motor halus.

ii. Analisis Hasil kerja Murid


Melalui penyemakan hasil kerja murid, saya dapati murid sukar membalikkan
darab kepada bahagi yang nombor yang sesuai untuk dipilih dalam operasi bahagi
adalah nombor yang tiada ataupun tidak wujud dalam sifir yang dinyatakan. Dengan
yang demikianlah saya dapat mendapati bahawa murid berkenaan sukar
menyelesaikan masalah bahagi jika tidak ada satu kaedah yang menjadi panduan
sebagai permulaan asas mereka memahami tajuk bahagi.

d. Analisis Masalah

i. Pemerhatian dalam bilik darjah

Pemerhatian yang pada mulanya berfokus kepada semua murid saya


arahkan kepada 5 murid yang mengalami masalah dalam usaha untuk memahami
tajuk bahagi. Salah satu kekuatan mereka yang saya dapati adalah satu kerugian jika
saya tidak mengambil apa –apa langkah dalam membantu mereka adalah murid ini
mahir dalam asas darab yakni berupaya untuk menyatakan secara lisan dan menulis
hasil darab nombor dalam masa yang singkat tanpa bantuan buku sifir.
Oleh yang demikian , saya berazam untuk menghasilkan satu kaedah yang
ringkas namun dirasakan perlu untuk didedahkan kepada mereka dalam usaha saya
membantu murid agar lebih berhati hati dan mampu menyelesaikan masalah bahagi
dengan betul berdasarkan asas darab mereka yang telah kukuh.

ii. Analisis Hasil Kerja Murid

Pada penyemakan hasil kerja murid, saya dapati murid dapat menulis hasil
darab bagi sifir yang perlu digunakan oleh mereka dalam menyelesaikan masalah
bahagi. Namun, kecuaian mereka berlaku apabila nombor yang disoal tiada dalam
hasil darab. Oleh yang demikian , hasil darab yang terdekat dengan nombor pada
soalan tidak dapat dikenal pasti oleh mereka dalam usaha mereka untuk menjawab
soalan bahagi dengan betul.

3
Dengan yang demikian, saya mula mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh mereka secara lebih jelas dan masalah ini adalah berkait rapat dengan
pemerhatian yang telah saya dapati daripada mereka.

e. Metodologi Kajian

Dengan ini secara jelas dapat saya nyatakan bahawa murid yang dipilih untuk
ditambahbaik amalan pembelajaran mereka mengalami masalah untuk
menyelesaikan masalah bahagi.

Oleh yang demikian, tiga langkah pelaksanaan telah diambil dalam menambahbaik
amalan pengajaran dan pembelajaran guru serta meningkatkan kefahaman murid
dalam tajuk bahagi.

Langkah pertama : Memastikan setiap murid dapat mengingat sifir dan menulis sifir
mengikut format kaedah silang dalam masa yang singkat dan pantas.

Langkah dua : Membantu murid memahami kandungan ataupun ayat matematik


bahagi berdasarkan soalan yang diberikan (nombor dalam lingkungan 1000) dan
seterusnya menukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim.

Langkah tiga : Membimbing murid menyelesaikan masalah bahagi menggunakan


“kaedah silang”.

Ujian menggunakan lembaran kerja dilaksanakan dengan menguji kefahaman dan


kesesuaian kaedah yang telah diimplimentasikan kepada murid dalam usaha
membantu murid menyelesaikan soalan bahagi menggunakan intervensi yang telah
disediakan.

Semua instrumen dan kaedah intervensi yang dijalankan dan digunakan dalam kajian
ini adalah direka oleh saya (guru) berdasarkan keperluan murid.

Guru mereka kaedah


Guru memilih bahan yang berkisarkan Guru menerangkan
yang sesuai dengan tentang bahagi yang Guru mengedarkan aktiviti penyelasian
kandungan tajuk bertepatan dengan soalan bahagi yang dengan kedah silang
bahagi untuk kandungan yang perlu boleh menggunakan dengan jelas kepada
diimplementasikan difahami dan kaedah silang . setiap murid dalam
kepada murid dipelajarai oleh kumpulan sasaran.
kumpulan sasaran

Sesi temubual ringkas


dan pemerhatian Murid menyemak Murid menyelesaikan solan
dilaksanakan bersama jawapan dengan rakan yang diedarkan guru dengan
murid dengan disusuli kumpulan sasaran mengaplikasikan intervensi
dengan semakan hasil yang lain kaedah silang
kerja murid

4
Memperkenal kaedah

Murid diberikan soalan (cpntoh): 6492 ÷ 6 = ____________________

Penyelesaian :

Langkah 1 : Murid perlu menukarkan ayat metematik kepada bentuk lazim.

6 6492

Bagi menyelesaikan operasi bahagi,


murid perlu membina / menulis sifir 6
dengan kaedah kajian

Langkah 2 :

Murid perlu membina sifir 6 mengikut cara yang diperkenalkan oleh guru.

X 6 ÷
0 0 1)
1 6 6÷6=1
2 12 Lihat dari kiri ke kanan
3 18
4 24
5 30 2)
6 36 Lihat dari kiri ke kanan
48 ÷ 6 = 8 dipilih bagi 7 42 4 terletak antara 6 ÷ 6 = 1
digunakan pada nilai 49 8 48 dan 0 ÷ 6 = 1.
÷ 6. * pilih nombor yang lebih
9 54
kecil dari nombor pada
10 60 soalan

Pengetahuan sama
diaplikasikan kepada
nombor yang lain .

5
6 Implimentasi kajian dan pemerhatian

I. Pemerhatian guru

Perlakuan Kehadiran Perlakuan


Interaksi 1 Interaksi 2
Positif

Menerang dan menunjuk cara 2 5


KOMUNIKASI

Mengutarakan soalan terbuka kepada guru 5 6


Negatif

Tidak menjawab soalan 2 0


Bercakap sewaktu pdp 3 1

Kecenderungan menyelesaikan masalah 1 5


Positif
KAEDAH SILANG
PENGGUNAAN

menggunakan kaedah
Penggunaan berulang untuk soalan yang berbeza 3 10
Negatif

Kurang motivasi untuk menjawab dan melibatkan diri 5 0


serta menyelesaikan soalan menggunakan kaedah
silang

ii. Refleksi

Daripada pemerhatian yang dijalankan oleh guru sewaktu dua interaksi pengajaran dan
pemudahcaraan yang digunakan dalam melaksanakan intervensi bagi tajuk bahagi,
didapati , murid dalam kumpulan sasaran mula melibatkan diri secara komunikasi dalam
pdpc di mana mula menerang dan menunjuk cara kepada rakan dan guru serta mula
menunjukkan minat untuk mengutarakan soalan terbuka kepada guru apabila tidak
memahami intervensi yang diperkenalkan.

Bukan itu sahaja, pemerhatian yang dilaksanakan sewaktu pelaksanaan intervensi


yang dijalankan adalah murid mula cenderung untuk menyelesaikan masalah
menggunakan kaedah yang diperkenalkan dan mengulang tindakan dalam soalan yang
berbeza. Selain itu, kehadiran sikap kurang motivasi untuk menjawab dan melibatkan diri
serta menyelesaikan soalan menggunakan intervensi yang diperkenalkan adalah
berkurang yang mana menunjukkan murid mula menunjukkan minat setelah mula
memahami kelainan yang dibawa oleh kaedah ini dan keberkesanan kaedah yang
membantu mereka menjawab soalan bahagi menggunakan kaedah ini.

6
iii Analisis hasil kerja murid

Rajah di atas menunjukkan implementasi ataupun pelaksanaan dan penggunaan


kaedah intervensi dalam menjawab soalan. Dengan ini dapat dinyatakan bahawa asas
darab murid yang kukuh mahunpun tidak dapat diasah dan seterusnya ditukar guna
menggunakan kaedah silang dalam usaha murid menjawab soalan bahagi.

Iv Refleksi

Perbezaan ketara dapat


dilihat apabila tahap Pengghunaan kaedah
Rajah menunjukkan kecuaian murid dapat silang bukan sahaja Penggunalangan
murid menggunakan di\kurangkan apabila mengukuhkan asas penggunaan kaedah
kaesah silang dalam murid menggunakan darab dalam diri murid intervensi dapat dilihat
mejawab soalan bahagi intervensi berbanding bahkan meningkatkan apabila murid menjawab
tahun 3 murid tidak kefahaman murid dalam soalan bahagi yang lain.
menggunakan intervensi tajuk bahagi
dalam menjawab soalan

f. Cadangan Tindakan Seterusnya.

Berdasarkan semakan hasil kerja murid dan pemerhatian yang dijalankan sepanjang aktiviti
pengukuhan dalam bilik darjah, saya mendapati murid yang lemah (kurang mahir operasi
bahagi ) dapat menyelesaikan operasi bahagi dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja,
jawapan yang diperoleh juga adalah tepat. Hasil temu bual secara tidak langsung antara
pengkaji dan murid mendapati murid selesa menggunakan kaedah yang dijalankan.

Kekangan lain yang masih dihadapi oleh murid adalah masa yang agak lama diambil oleh
murid bagi menulis sifir ekoran sikap murid yang tidak disiplin menghafal sifir(sesetengah
sifir yang sukar dan jarang digunakan).

Cadangan kajian tindakan saya yang seterusnya adalah memastikan setiap murid dapat
mendisiplinkan diri yakni menguasai sifir untuk melancarkan dan memudahkan murid
menguasai mana – mana topik yang melibatkan penggunaan sifir .

7
BIBLIOGRAFI :

Buzan, T. & Barry, B. (2003). Tony & Barry Buzan The Mind map Book. BBC Worldwide Limited:
London.
Goldman C, Corley R, Piaskoski M (2004). Proceed with caution: The application of antitrust to
innovation-intensive markets. J. Inform. Law Tech. 1:1-52.

You might also like