Pembentangan Kumpulan - Isu Isu Perancangan Bahasa Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Isu-Isu Dalam Perancangan Bahasa Melayu Dalam Sektor Awam

(Kementerian Kesihatan)

Pengenalan

Istilah perancangan bahasa (language planning) itu mula digunakan oleh E. Haugen (1959) di
dalam penulisannya apabila dia merancangkan bahasa Norway. Di dalam usaha tersebut,
Haugen telah mendefinisikan perancangan bahasa sebagai merangkumi usaha-usaha yang
dijalankan oleh pertubuhan atau jawatankuasa tertentu, mencakupi segala usaha yang
dijalankan oleh pertubuhan tersebut untuk penyuburan bahasa dan melibatkan usaha-usaha
pembinaan, pengubahsuaian dan pembakuan yang dilakukan kepada sesuatu bahasa yang
berkenaan (Abdullah Hassan, 1987).

Sebenarnya telah ramai ahli bahasa yang penah membincangkan perancangan bahasa
ini dan ada pula antara mereka yang menggunakan istilah yang berlainan untuk
memaksudkan aktiviti yang sama. R.A Hall Jr. (1951) telah menggunakan istilah politik
bahasa (glottopolitics) yang merujuk kepada penerapan ilmu linguistik kepada dasar kerajaan
untuk menentukan kaedah tertentu yang dipilih untuk mewujudkan keadaan dwibahasa di
dalam kawsan jajahan yang mempunyai budaya yang berbeza. G.P Springer (1956)
menggunakan istilah penjuruteraan bahasa (language engineering) dan merujuk kepada usaha
pengabjadan dan pembakuan bahasa yang belum baku di soviet. Sutan Takdir Alishjahbana
(1961) juga telah menggunakan istilah penjuruteraan bahasa untuk merujuk kepada aktiviti
yang dilakukan secara sedar bagi mengembangkan bahasa dalam konteks sosial, budaya, dan
perubahan tenologi yang lebih luas. Juga, ada sarjana lain yang pernah menggunakan istilah
penjuruteraan bahasa untuk merujuk kepada aktiviti yang terancang mealui sekolah, gereja,
radio, akhbar dan juga perancangan rasmi untuk mempengaruhi penggunaan bahasa. R. Noss
(1967) menggunakan istilah pembangunan bahasa (language development) dan perancangan
bahasa (language planning) di dalam membincangkan keadaan penggunaan bahasa dalam
pendidikan di Asia Tenggara. Istilah perancangan bahasa juga telah digunakan oleh J. Rubin
dan B.H Jernudd (1971) untuk merujuk kepada usaha satu-satu pertubuhan yang bertujuan
untuk menjalankan perubahan kepada kod-kod atau pertuturan bahasa atau kepada kedua-
duanya sekali. J.A Fishman (1968) juga telah menggunakan istilah perancangan dan
pembangunan bahasa untuk merujuk kepada langkah-langkah yang dirancang untuk mecari
penyelesaian kepada masalah kebahasaan yang lazimnya dilaksanakan pada peringkat
kebangsaan.

Di dalam kes bahasa Malaysia, istilah perancangan bahasa digunakan secara umum
seperti yang dimaksudkan oleh E.Haugen. Di samping itu, menurut J.V Neustupny (1974)
pula, perancangan bahasa ini melibatkan dua aspek perancangan iaitu perancangan taraf dan
perancangan bahan. Perancangan taraf adalah melibatkan segala aktviti atau usaha yang dapat
meningkatkan taraf sesuatu bahasa tersebut. Umpamanya bahasa (Melayu) Malaysia telah
diberikan taraf sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia menurut artikel 152 Perlembagaan
Malaysia. Selepas itu, banyak lagi langkah lain yang dilakukan seperti penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar dan pentadbiran, Kempen Bahasa Kebangsaan, penentuan
kelulusan bahasa Malaysia sebagai syarat untuk kelulusan dalam Sijil Persekolahan Malaysia
dan keperluan kelulusan bahasa Malaysia sebagai syarat mendapatkan pekerjaan atau
penetapan dalam jawatan. Perancangan bahan pula melibatkan aktiviti menyusun ejaan
baharu, penentuan sebutan, pembentukan istilah, tatabahasa dan seterusnya. Aktiviti
demikian itu adalah perancangan bahan iaitu dilakukan terhadap bahsa sebagai bahan yang
dirancangkan.

Dalam konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Agensi ini melaksanakan tiga buah tugas iaitu perancangan, pelaksanaan dan
penilaian seperti dalam model yang dikemukakan F.X Karam (1974) tentang pelaksanaan
perancangan bahasa seperti berikut:

Penilaian

Perancangan Pelaksanaan Masyarakat Pengguna

Bagi beliau, penilaian adalah sangat penting di dalam memastikan langkah-langkah


yang dijalankan itu berjaya atau sebaliknya. Jadi dapat kita lihat bahawa perancangan bahasa
melibatkan usaha mengumpulkan data daripada penyelidikan baik dari segi bahasa atau
budaya bahasa dan membentuk rancangan yang mungkin dilakukan, dan membuat rancangan
awal yang diperlukan dalam menentukan keputusan mengenai pemilihan dan pembentukan
dasar bahasa. Usaha-usaha ini dilakukan setelah sebuah bahasa itu telah dipilih menjadi
bahasa kebangsaan. Pelaksanaan melibatkan pengekodan norma dan usaha penyebaran kod-
kod ini. Penilaian pula akan melibatkan penafsiran terhadap hasil dari kegiatan perancangan
dan rancangan pelaksanaannya. Proses ini melibatkan perancangan dan pembinaan bahasa
dan akan memberi maklum balas kepada agensi berkenaan mengenai aktivit tersebut. Budaya
sesuatu masyarakat bahasa akan berubah mengikut perkembangan dan keperluan masa. Ini
akan menghasilkan perkembangan bahasa masyarakat tersebut.perkara yang berlaku ialah
satu kitaran baharu dalam proses perancangan bahasa akan bermula iaitu penentuan norma,
pengekodan dan penyebaran akan berlaku seperti model berikut:

Pengenalpastian Pengekodan Penyebaran


Norma Awal

Pengenalpastian Masyarakat
Norma Bahasa

Perubahan
Bahasa Dan
Budaya

Perancangan Bahasa

Perancangan Bahasa dalam Sektor Awam

Sungguhpun bahasa Melayu/Malaysia diperuntukkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa


rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi masih ada kekecualian tertentu yang
mengizinkan penggunaan bahasa Inggeris untuk urusan rasmi tertentu selepas 1 September
1967. Dalam hal ini, Yang Di-Pertuan Agong telah menetapkan melalui peruntukan P.U
410/67, bahawa perkara berikut dibenarkan dijalankan dalam bahasa Inggeris sehingga
diputuskan kelak peruntukan lain mengenainya.
a) Nasihat atau pendapat undang-undang dan surat-menyurat berkenaan dengan nasihat
atau pendapat undang-undang berhubung dengan mana-mana undang-undang yang
naskah sahihnya dalam bahasa Inggeris.
b) Perutusan dengan kerajaan luar negeri atau badan-badan antarabangsa jika
penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat dielakkan.
c) Perutusan dengan pakar-pakar atau perunding-perunding yang berkhidmat atau yang
bekerja dengan mana-mana kerajaan atau badan berkanun dalam Malaysia.
d) Latihan atau peperikasaan jika kursus yang diluluskan atau naskhah yang diluluskan
bagi sesuatu mata pelajaran ialah bahasa Inggeris.
e) Latihan yang dijalankan oleh pakar-pakar luar negeri.
f) Perutusan dengan kakitangan kedutaan-kedutaan Malaysia yang diambil bekerja dari
tempat itu.
g) Dalam Kementerian Kesihatan, laporan atau arahan berkenaan

dengan orang-orang sakit, penentuan ubatan dan arahan selepas


pembedahan.
h) Panduan atau arahan dasar kepada wakil-wakil Malaysia manakala di luar negeri jika
penggunaa bahasa Inggeris tidak dapat dielakkan.
i) Dalam Jabatan Hasil Dalam Negeri, kerja-kerja berkenaan dengan penaksiran,
komputer dan kira-kira pemungutan dan penyiasatan.

Memandang kepada peruntukan ini, kita tentu dapat memahami bahawa ada dua sebab
utama ini berlaku. Pertama, peristilahan dan pengungkapan di dalam bidang mungkin belum
lengkap dan kedua, pegawai-pegawai yang berkenaan tidak mahir di dalam bahasa Melayu.
Oleh itu, kekecualian ke atas perkara-perkara yang disebut di atas adalah perlu supaya
tindakan untuk menggunakan bahsa Melayu/Malaysia dalam bidang-bidang ini tidaklah
berlaku sehingga menjejaskan pengurusan dan pentadbirannya. Kesemua bidang ini, sama
ada melibatkan system undang-undang, subjek teknikal dan ikhtisas, perubatan, ataupun yang
melibatkan perhubungan dengan orang asing. Walau bagaimapun , kerajaan telah mengambil
langkah-langkah untuk menggantikan penggunaan bahasa Inggeris dengan bahasa
Melayu/Malaysia dalam bidang-bidang ini walaupun progress ini tidak sama majunya. Hal ini
juga kemungkinan berlaku apabila ramai tenaga profesional di Malaysia melanjutkan
pelajaran di peringkat tertinggi seperti diploma, ijazah dan peringkat seterusnya di luar
negara dan kemudian bekerja semula di dalam negara. Penggunaan bahasa selain bahasa
Malaysia pastinya digunakan di luar negara dan apabila bertugas di dalam negara, istilah-
istilah yang digunakan dalam pekerjaan adalah yang telah dipelajari di luar negara.

Pada tahun 1978, peperiksaan Am Kerajaan telah diperkenalkan dan pegawai dikehendaki
mempunyai kelulusan dalam peperiksaan ini sebelum disahkan dalam jawatan ataupun
dinaikkan pangkat. Adanya syarat kelulusan peperiksaan yang tertentu seperti ini, maka dasar
dan pelaksanaan bahasa Malaysia menjadi lebih berkesan, dan kemajuan dicapai dengan
pesatnya.

Penggunaan bahasa Malaysia di sektor awam kini jelas lebih baik. Peratusan penggunaan
bahasa Malaysia dalam urusan pentadbiran jabatan kerajaan, adalah tinggi iaitu lebih
daripada 84%, malah, terdapat sesetengah perkhidmatan menggunakan bahasa Malaysia
100% (Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia di sektor Kerajaan,
1980). Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Malaysia masih boleh dipertingkatkan lagi
dari segi mutunya. Penggunaan bahasa Malaysia di dalam mesyuarat dan sidang rasmi,
penulisan laporan, penyata, kertas kajian dan borang-borang masing boleh dipertingkatkan
baik dari segi luasnya dan juga dari segi mutunya.

Latar Belakang Kajian

Kajian ini dibuat berdasarkan peruntukan P.U 410/67 yang telah ditetapkan oleh Yang Di-
Pertuan Agong berkaitan dengan frasa g) yang menyebut “Dalam Kementerian Kesihatan,
laporan atau arahan berkenaan dengan orang-orang sakit, penentuan ubatan dan
arahan selepas pembedahan”. Oleh hal yang demikian, kami ingin mengkaji sejauh mana
perancangan bahasa yang telah dilaksanakan sehingga hari ini dalam bidang perubatan dan
sejauh mana perkembangannya dari segi penggunaan istilah, penulisan laporan, bahasa lisan
kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan.

Batasan Kajian

Kajian ini hanya akan menumpukan isu-isu perancangan bahasa dalam sektor awam yang
berkaitan dengan Jabatan Kesihatan, penggunaan bahasa Melayu dalam urusan di Jabatan
Kesihatan dan cabaran-cabaran dalam perancangan bahasa Melayu di Jabatan tersebut.
Definisi istilah

Menurut Asmah (1993:3), perancangan bahasa adalah satu proses yang dilakukan oleh
sesebuah negara untuk menentukan satu sistem bahasa yang mampu digunakan dalam semua
bidang terutama dalam bidang pendidikan, pentadbiran, ekonomi, dan yang lebih penting
sekali adalah proses penyatuan negara. Awang Sariyan (1996:6) pula mentakrifkan
perancangan bahasa sebagai satu tindakan merancang sesuatu bahasa yang tertentu secara
sedar untuk memenuhi fungsi-fungsi yang tertentu. Kamus dewan edisi keempat
mendefinisikan perancangan sebagai perbuatan (tindakan, usaha) atau merancang sesuatu
bahasa.

Kaedah kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti isu-isu berkaitan perancangan bahasa dalam
sektor awam dan telah diperincikan lagi kepada Jabatan Kesihatan. Pengkaji telah
menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur
seperti buku-buku ilmiah, jurnal, artikel seminar dan maklumat-maklumat yang dimuat turun
daripada internet.

Kaedah kepustakaan ini amat berguna untuk mengumpul dan menghuraikan isu-isu
yang dikenal pasti dalam perancangan bahasa di negara ini. Kajian kepustakaan ini penting
kerana melalui kaedah ini, para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip,
konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian fokus kajian.
Secara keseluruhannya, kaedah kajian kepustakaan ini sememangnya membantu pengkaji dan
bersesuaian dengan pemfokusan yang lebih menjurus kepada kajian kepustakaan untuk
menganalisis hasil dapatan yang telah dibuat.

Kesimpulan
Proses perancangan bahasa ini adalah terbit daripada falsafah yang menganggap bahawa
bahasa itu adalah lakuan manusia yang serupa dengan alat. Sesuatu alat boleh dirancangkan
untuk diperbaiki, dan sesuatu alat itu boleh dibaiki dari segi ejaannya, tatabahasanya,
istilahnya, dan penggunaan bahasa itu secara umumnya untuk menjadi lebih efisien. Ini
berpandukan kepada norma ideal yang telah dikenal pasti dan direkodkan. Sesungguhnya,
perancangan bahasa terutamanya dalam sektor awam di Malaysia telah mencapai tahap yang
untuk lebih daripada 60 tahun lalu.
Sebenarnya usaha merancangkan bahasa Malaysia ini berlaku begitu pesat sekali
sehingga menimbulkan banyak perubahan kepada bahasa Malaysia. Pendek kata, Malaysia
terlibat di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang
dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini,
Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini
perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk
memenuhi tujuan tersebut. Dengan pelaksanaan akta dan Dasar Bahasa Kebangsaan, secara
langsung penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara telah dimartabatkan.
Kajian demi kajian yang telah dibuat dan adalah tidak mustahil bahasa Melayu akan menjadi
bahasa yang perlu dipelajari oleh rakyat aluar seperti di Britain, Korea, Jepun, Cina yang
mempunyai kekuatan bahasa yang menyebabkan kita terpaksa mempelajari bahasa mereka
apabila belajar, bertugas mahupun melancong ke sana.

Sebagai cadangan, penulisan ilmiah di dalam bahasa Malaysia harus diperbanyakkan


lagi dalam bidang-bidang yang kekurangan sumber rujukan berbahasa Melayu. Masyarakat
Malaysia yang semakin kurang mampu membaca dan memahami bahasa Inggeris akan secara
automatic terputus dan terasing daripada dunia ilmu, sekiranya bahasa Malaysia tidak dapat
menyediakan penggantinya dalam bahasa Maaysia sendiri. Hal ini amat serius kerana
keadaan ini mungkin akan melahirkan masyarakat Malaysia yang kekosongan dari segi ilmu.
Tabiat berbahasa kita semua yang terbiasa mencampur adukkan bahasa inggeris dalam
percakapan bahasa Malaysia juga sedikit sebanyak memberi gambaran kelaziman tabiat
berbahasa kita semua. Selagi kita tidak dapat mendisiplinkan diri, dan menggunakan bahasa
Malaysia dengan baik dan teratur dalam sesuatu konteks, mungkin masalah kita akan
berpanjangan. Segala usaha perancangan dan pelaksanaan yang telah dijalankan dengan
penuh kesungguhan ini mungki dicairkan dengan sikap-sikap sebegini. Kita pasti mahu bukan
sahaja bahasa Malaysia digunakan di dalam pentadbiran dan pendidikan, tetapi juga bahasa
itu perlu hidup sebagai alat komunikasi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dicadangkan juga, sikap keterbukaan bahasa yang diamalkan dalam bahasa Melayu perlu
dipertingkatkan aagar penggunaannya tidak terbatas dalam sektor tertentu sahaja dan boleh
diguna pakai dalam sektor yang lebih luas seperti perubatan dan sains teknologi.
Bibliografi

Abdullah Hassan, 1987. Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdullah Hassan, 1987. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Asmah Haji Omar, 2015. Dasar Bahasa Kebangsaan, Sejarah Memartabatkan Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Awang Sariyan, 1996. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like