Kek Lumut - 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEK LUMUT

 10 biji telur gred A


 450 gram mentega berkualiti tinggi seperti jenama Anchor
 3/4 cawan gula kastor
 2 cawan nestum (dikisar halus)
 1 cawan serbuk almond
 1 cawan serbuk horlicks
 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
 2 sudu kecil esen vanilla
 60 ml pes pandan
 1 cawan susu pekat manis

Cara – Cara Penyediaan Kek Lumut


Tips – Resepi ini adalah untuk loyang yang bersaiz 8 X 8 inci

Pertama: Panaskan pengukus dengan mendidihkan air di dalam pengukus, loyang


8 x 8 inci digris dengan sedikit mentega dan tepung.

Kedua: Gula kastor dipukul dengan mentega dan masukkan esen vanila sehingga
adunan menjadi kembang dan berkrim. Guna kelajuan hand mixer paling laju.
Selepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji pada kelajuan perlahan.

Ketiga: Masukkan pula susu pekat dan pewarna pandan tadi. Putar lagi pada
kelajuan perlahan sehingga sebati. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit
bersama horlick, serbuk almond dan nestum. Kacau lagi sehingga sebati adunan.

Keempat: Adunan yang telah siap dituang ke dalam loyang dan tutup permukaan
loyang dengan aluminium foil yang telah disapu sedikit butter untuk elakkan melekat.
Kukus selama 4 jam pada api sedehana. Jika air berkurangan, boleh tambah air
dalam pengukus. Siap.

You might also like