Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Rumah peserta PPRT kami bina secara bergotong-royong.

2. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.

3. Perintah itu dititahkan oleh sultan kepada Laksamana Khoja Hassan.

4. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.

5. Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera kami hulurkan.

6. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.

7. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini kami hargai dalam usaha
meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.

8. Dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu dicantas oleh beberapa orang pekerja
Jabatan Kerja Raya.

9. Untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat berbagai-bagai cara telah dilakukan oleh
kerajaan.

10. Kadar faedah yang tinggi ditawarkan oleh syarikat itu kepada pelabur yang ingin melabur dalam projek
yang dijalankan itu.

11. Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu digilapnya sehingga berkilat.

12. Orang ramai telah diperingatkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri agar menjelaskan cukai
pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.

13. Masyarakat diseru oleh kerajaan agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan kegiatan
cetak rompak .

14. Lagu-lagu kegemaran pendengar selalu disiarkan oleh juruhebah kesukaan ramai itu sehingga rancangan
yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang menggalakkan.

15. Ahmad diisytiharkan oleh Canselor Universiti Teknologi Malaysia sebagai Graduan Terbaik Fakulti
Kejuruteraan.

16. Segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan itu dipandang sepi
oleh jawatankuasa pertandingan wau itu.
1. Rumah peserta PPRT kami bina secara bergotong-royong.

Kami membina rumah peserta PPRT secara bergotong-royong.

2. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.


Ramli membeli sebentuk cincin berlian untuk Jamilah.

3. Perintah itu dititahkan oleh sultan kepada Laksamana Khoja Hassan.


Sultan menitahkan perintah itu kepada Laksamana Khoja Hassan.

4. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.


Dia menjalankan tugas itu dengan penuh tanggungjawab.

5. Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera kami hulurkan.


Kami menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera.

6. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.


Kamil menghadiahi Elesa sebuah kamera digital yang mahal.

7. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini kami hargai dalam usaha
meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.
Kami menghargai segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini dalam usaha
meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.

8. Dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu dicantas oleh beberapa orang pekerja
Jabatan Kerja Raya.
Beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya mencantas dahan-dahan pokok yang menghalang laluan
kenderaan berat itu.

9. Untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat berbagai-bagai cara telah dilakukan oleh
kerajaan.
Kerajaan telah melakukan berbagai-bagai cara untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat.

10. Kadar faedah yang tinggi ditawarkan oleh syarikat itu kepada pelabur yang ingin melabur dalam projek
yang dijalankan itu.
Syarikat itu menawarkan kadar faedah yang tinggi kepada pelabur yang ingin melabur dalam projek yang
dijalankan itu.

11. Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu digilapnya sehingga berkilat.
Dia menggilap barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu sehingga berkilat.

12. Orang ramai telah diperingatkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri agar menjelaskan cukai
pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mengingatkan orang ramai agar menjelaskan cukai pendapatan bagi
tahun taksiran 2007 dengan segera.
13. Masyarakat diseru oleh kerajaan agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan kegiatan
cetak rompak .
Kerajaan menyeru masyarakat agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan kegiatan cetak
rompak .

14. Lagu-lagu kegemaran pendengar selalu disiarkan oleh juruhebah kesukaan ramai itu sehingga rancangan
yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang menggalakkan. Juruhebah kesukaan ramai itu selalu
menyiarkan lagu-lagu kegemaran pendengar sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat
sambutan yang menggalakkan.

15. Ahmad diisytiharkan oleh Canselor Universiti Teknologi Malaysia sebagai Graduan Terbaik Fakulti
Kejuruteraan.
Canselor Universiti Teknologi Malaysia mengisytiharkan Ahmad sebagai Graduan Terbaik Fakulti
Kejuruteraan.

16. Segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan itu dipandang sepi
oleh jawatankuasa pertandingan wau itu.
Jawatankuasa pertandingan wau itu memandang sepi segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta
terhadap pengendalian pertandingan itu.

You might also like