Eko1 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

LATIH TUBI 10

BAB 2: PASARAN BARANG DAN HARGA.

STPM 2007

1. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X diberikan sebagai


Qd = 200 –Px
Qs = -40 + Px
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2]
(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM40 perunit atas barang X, hitung pada
keseimbangan,
(i) Harga dan kuantiti ditawar selepas cukai dikenakan. [3]
(ii) Jumlah cukai yang dibayar oleh firma. [2]
(iii) Jumlah cukai yang dibayar oleh pengguna. [1]
(iv) Jumlah hasil yang diterima oleh firma selepas ditolak cukai. [2]

(a) Qd = Qs
200 – Px = -40 + Px
240 = 2Px
Px = 240 / 2 = RM120
Q = 200 – 120
Q = 80 unit.
Harga dan kuantiti keseimbangan = RM120 dan 80 unit. [2]

(b) (i) Qs selepas cukai = - 40 + (Px – 40)


Qs1 = - 80 + Px
Qd = Qs
200 – Px = - 80 + Px.
Px = RM140
Q1 = - 80 + Px
Q = - 80 + 140
Q = 60 unit
Harga dan kuantiti ditawar selepas cukai dikenakan ialah RM140 dan 60 unit. [3]

(ii) Jumlah cukai yang dibayar oleh firma = RM20 x 60 = RM1200 [2]

(iii) Jumlah cukai yang dibayar oleh pengguna = RM20 x 60 = RM1200 [1]

(iv) . Jumlah hasil yang diterima oleh firma selepas T = RM100 x 60 unit = RM6000. [2]
STPM 2007

2. Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga. [6]

Faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga:


(i) Barang pengganti.
Semakin banyak barang pengganti semakin anjal permintaan, contoh the dan kopi anjal permintaan.[1]
Manakala semakin kurang barang pengganti semakin tidak anjal permintaan, contohnya emas dan
petrol. [2]
(ii) Bahagian perbelanjaan daripada pendapatan pengguna.
Semakin besar bahagian pendapatan yang dibelanjakan semakin anjal permintaan, contohnya
perbelanjaan membeli rumah.[1] Manakala semakin kecil bahagian pendapatan yang dibelanjakan
semakin tidak anjal permintaan, contohnya perbelanjaan membeli garam. [1]
(iii) Kegunaan barang tersebut.
Semakin banyak / pelbagai kegunaan semakin anjal permintaan , contohnya getah.[1] Manakala
semakin sedikit kegunaan semakin tidak anjal permintaan, contohnya emas.[1]
(iv) Kepentingan sesuatu barang.
Barang yang bersifat penting seperti petrol permintaannya adalah tidak anjal.[1] Manakala barang yang
kurang penting permintaannya anjal. [1]
(v) Jangkamasa.
Jangkamasa panjang permintaan adalah anjal kerana mudah mencari barang pengganti.[1] manakala
jangkamasa pendek permintaan tidak anjal kerana sukar mencari barang pengganti.[1]
(vi) Penangguhan penggunaan sesuatu barang,
Barang yang tidak boleh ditangguhkan penggunaannya, contoh barang pertanian maka permintaannya
tidak anjal [1] manakala barang yang boleh ditangguhkan penggunaannya, contohnya barang
perindustrian maka keanjalan permintaan anjal. [1]
(vii) Jenama.
Barang yang bersifat ketagihan dan setia kepada sesuatu jenama permintaan tidak anjal [1] manakala
barang yang bersifat bukan ketagihan dan ketidaksetiaan kepada sesuatu jemana permintaannya
anjal.[1]

[Pilih mana-mana 3 fakta di atas]

STPM 2008

3. Dengan menggunakan gambar rajah, tunjukkan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan apabila
(a) Pertambahan permintaan dan pertambahan penawaran adalah sama besar.[5]
(b) Pertambahan penawaran lebih besar daripada pertambahan permintaan.[5]

(a) Harga

So
S1

Eo E1
Do
[Rajah 2 markah]
D1
Do Kuantiti
0 Q1
Qo
Keseimbangan asal pada Eo, apabila keluk Do bersilang dengan So menentukan harga Po dan kuantiti Qo. [1]
Pertambahan dalam permintaan menyebabkan keluk Do beralih ke D1.
Pertambahan dalam penawaran menyebabkan keluk So beralih ke S1.[1] Kesannya, harga keseimbangan tetap
di Po. Kuantiti keseimbangan meningkat dari Qo ke Q1.[1]

(b). Harga

So
S1
Eo
Po
E1
P1
D1 [Rajah 2 markah]
Do
0 Kuantiti
Qo Q1
Keseimbangan asal pada Eo, apabila keluk Do bersilang dengan So menentukan harga Po dan kuantiti
Qo. [1]
Pertambahan dalam permintaan menyebabkan keluk Do ke D1.
Pertambahan dalam penawaran menyebabkan keluk So ke S1. [1]
Kesannya harga keseimbangan turun dari Po ke P1 dan kuantiti keseimbangan meningkat dari Qo ke
Q1. [1]

STPM 2008
4. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran minyak sawit akibat kenaikan harga
minyak kacang soya. [6]

So
So
So
E1 Eo
Po [Rajah 1 M]

0 So
Q1 Qo
Minyak kacang soya adalah barang pengganti kepada minyak kelapa sawit. [1]
Bila harga minyak kacang soya meningkat, firma menambahkan pengeluaran minyak soya dan
mengurangkan pengeluaran minyak kelapa sawit. [1]
Kesannya penawaran minyak kelapa sawit berkurangan.
Keluk penawaran minyak kelapa sawit beralih ke kiri daro So ke S1. [1]
Pada harga yang sama, kuantiti penawaran minyak kelapa sawit merosot dari Qo ke Q1. [1]
STPM 2008
5. (a)Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana sesuatu pasaran mencapai
keseimbangan apabila berlaku lebihan penawaran. [4]
(b)Barang X dan barang Y adalah barang penggenap. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan
apa yang berlaku pada harga dan kuantiti keseimbangan barang Y jika penawaran barang X
meningkat. [6]

(a) .
Harga

S
P1
Po [Rajah 1M]

D
Kuantiti
0 Q1 Qo Q2

Apabila wujud lebihan penawaran sebanyak Q1Q2, pengeluar akan menurunkan harga. [1]
Kesannya kuantiti penawaran akan kembali ke Qo.[1]
Pada keseimbangan, harga Po tidak cenderung naik dimana kuantiti diminta sama dengan kuantiti
ditawar. [1]

(b) .
Harga

E1
P1 [Rajah 1 M]
Eo
Po
D1
Do
0 Kuantiti
Qo Q2
Keseimbangan asal barang Y pada Eo dengan harga Po dan kuantiti Qo. [1]
Apabila penawaran barang X meningkat, kuantiti diminta barang X bertambah,[1] permintaan
ke atas barang Y juga bertambah kerana X dan Y barang penggenap.[1] Keluk permintaan
barang Y beralih ke kanan dari Do ke D1.[1] Harga barang Y meningkat dari Po ke P1. Kuantiti
barang Y meningkat dari Qo ke Q2.[1]

BAB 3: TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN.


STPM 2006.
6. Jelaskan mengapa sebuah firma tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka
masa pendek berbanding dalam jangka masa panjang. [6]
Jangka masa pendek terdapat input tetap dan input berubah. [1]
Hanya input berubah sahaja boleh diubah untuk meningkatkan keluaran.[1]
Pengeluaran boleh bertambah sedikit apabila input berubah ditambah ke atas input tetap.[1]
Jangka masa panjang terdapat input berubah sahaja.[1]
Firma boleh membesarkan skala pengeluaran.[1]
Cara mengubah skala pengeluaran ialah penggunaan teknologi, R&D dan pertambahan modal.[1]

BAB 4: STRUKTUR PASARAN DAN PENENTUAN HARGA.

STPM 2007.

7. Jelaskan mengapa harga di pasaran persaingan bermonopoli lebih tinggi berbanding dengan harga di
pasaran persaingan sempurna.[10]

(i) Mempunyai kuasa menentukan harga.[1]


Pasaran bermonopoli menghadkan keluaran dan harga yang lebih tinggi dari kos sut kerana
mempunyai kuasa menentukan harga.[1]
(ii) Kos pengiklanan.[1]
Aktiviti pengiklanan menyebabkan AC meningkat, peningkatan kos ini akan ditanggung oleh
pengguna melalui harga yang tinggi dikenakan.[1]
(iii) Ketidak cekapan pengeluaran.[1]
Pasaran bermonopoli merupakan firma yang tidak cekap kerana beroperasi pada AC sedang
menurun dan bersaing dengan firma lain melalui persaingan bukan harga.[1]
(iv) Kos R&D.[1]
Firma dalam Pasaran bermonopoli perlu membelanjakan kos untuk R&D yang lebih tinggi untuk
melariskan barang jualannya. Kos R&D ini akan ditanggung oleh pengguna melalui harga barang
yang tinggi.[1]
(v) Kos membezakan keluaran.[1]
Barang yang dikeluarkan oleh Pasaran bermonopoli perlu dibezakan sama ada melalui jenama,
pembungkusan, reka bentuk,rupa fizikal dan sebagainya memerlukan kos, kos ini perlu
ditanggung oleh pengguna melalui jualan barang dengan harga yang tinggi.[1]

STPM 2007
8. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos untuk setiap tingkat keluaran dalam jangka panjang bagi sebuah firma
PPS.
Keluaran (unit) Jumlah kos (RM)
0 -
1 105
2 145
3 180
4 210
5 245
6 285
7 330
8 385
9 450
10 525
(a) Sediakan jadual yang menunjukkan kos purata dan kos sut firma tersebut? [3]
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk purata jangka panjang dan keluk kos sut jangka panjang firma
tersebut. [3]
(c) Jika firma tersebut berada dalam keseimbangan jangka panjang, berapakah harga dan kuantiti
keseimbangan? [2]
(d) (i) Berapakah jumlah untung yang diperolehi oleh firma tersebut? [1]
(ii)Apakah jenis untung yang diperolehi oleh firma tersebut? [1]
(a)
Keluaran (unit) Jumlah Kos (RM) Kos Purata (RM) Kos Sut (RM)
0 - - -
1 105 105.00 105.00
2 145 72.50 40.00
3 180 60.00 35.00
4 210 52.50 30.00
5 245 49.00 35.00
6 285 47.50 40.00
7 330 47.14 45.00
8 385 48.13 55.00
9 450 50.00 65.00
10 525 52.50 75.00
[1] [1] [1]

(b). Rujuk Graf

Kos (RM)

MC

AC

47

30

Keluaran
3.5 6.7

(c) Dalam jangka panjang memperolehi untung normal = (P = AC min) @ (AR = AC min), maka Q = 6.5
– 6.9 dan harga = RM46.5 - RM47.5
(d) (i) Untung = Jumlah hasil – jumlah kos.
= (P x Q) – (AC x Q)
= (6.7 x 47) – (6.7 x 47)
= RM0.00
(ii) Firma mendapat untung normal.
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI.
STPM 2007
9. Jelaskan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah:
(a) Penggunaan sumber. [3]
(b) Pengeluaran barang. [4]
(c) Pengagihan barang kepada masyarakat. [3]

(a) Penggunaan sumber secara cekap / optimum. [1]

Menggunakan sumber yang sedikit untuk menghasilkan keluaran yang banyak.[1]


Menggunakan sumber murah berbanding sumber yang mahal / kos > AC minimum. [1]

(b) Apa yang dikeluarkan ditentukan oleh sistem harga / mekanisme harga.[1]
Bergantung kepada permintaan barang oleh pengguna.[1]
Penawaran ditentukan oleh kos pengeluaran.[1]
Beberapa banyak kuantiti barang hendak dikeluarkan bergantung kombinasi DD dan SS.[1]
(c) Bergantung kepada kuasa beli pengguna.[1]
Kuasa beli bergantung kepada pendapatan.[1]
Semkin banyak pendapatan, semakin banyak barang @ sumber yang dapat dimiliki. [1]

STPM 2008
10. Jelaskan tiga sebab kerajaan perlu campurtangan dalam kegiatan ekonomi. (6)
Tiga sebab kerajaan perlu campurtangan dalam kegiatan ekonomi ialah:
(a) Menyediakan barang awam.[1]
Kerajaan perlu menyediakan barang awam seperti sekolah kerajaan kerana pihak swasta tidak
mahu menyediakan kerana tidak memberi keuntungan.[1]
(b) Mengawal eksternaliti negatif.[1]
Kerajaan perlu campurtangan untuk mengurangkan mengatasi kesan pencemaran yang wujud
akibat daripada proses pengeluaran tak terkawal. Contohnya kerajaan mengenakan denda
dan peratura yang ketat.[1]
(c) Mengawal kuasa monopoli.[1]
Kerajaan perlu campurtangan untuk mengelakkan kuasa monopoli terhadap barang yang
penting daripada berlakunya kenaikan harga yang tinggi dengan tujuan menjaga kebajikan
orang miskin. [1]

You might also like