Kajian Tindakan KMK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1.0 Nama Sekolah

SMK Ceneh Baru,


Bandar Cheneh Baru,
24000 Kemaman, Terengganu

2.0 Tajuk kajian

Awak Siapa?

3.0 Nama Penyelidik

4.0 Refleksi
Kajian ini dijalankan selepas saya mendapati pelajar-pelajar agak sukar untuk
mengingat peranan watak-watak yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin dalam
sukatan Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 2. Ada pula pelajar yang tidak
dapat mengingati nama tokoh dan keliru dengan nama-nama yang terdapat dalam
teks tersebut. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tidak dapat membezakan nama-
nama sultan yang memerintah Melaka pada ketika itu.
Pelajar kerap kali hanya membaca dan kurang keyakinan diri semasa
pembentangan kumpulan dijalankan di dalam kelas. Sepatutnya mereka sudah
dapat menguasai keseluruhan teks memandangkan teks tersebut hanya
mengandungi peristiwa-peristiwa. Kalau diteliti dari segi bahasa teks klasik yang
digunakan, pada pandangan saya kemahiran membaca teks bahasa klasik sudah
didedahkan melalui KOMSAS semasa dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Oleh hal yang demikian, saya mengambil langkah yang proaktif dengan
mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini disebabkan oleh para
pelajar kerap kali gagal mengemukakan contoh yang sesuai apabila sesi PDPC
berlangsung. Selain itu, kajian ini dirasakan boleh membantu pelajar-pelajar untuk
menguasai keseluruhan teks dengan memberi penekanan terhadap peranan dan
sumbangan watak-watak utama dalam Sulalatus Salatin. Saya telah mengatur dan
mengwujudkan pendekatan Awak Siapa? dalam mengatasi masalah yang melanda
para pelajar.
5.0 Fokus Kajian
Saya akan memfokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan topik
pemerintahan sultan-sultan di Melaka. Beberapa orang pelajar yang bermasalah
telah diberikan nama baharu iairu nama-nama sultan di Melaka iaitu Sultan
Muhamad Shah, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alaudin Riayat
Shah dan Sultan Mahmud Syah. Pelajar-pelajar lain dipecahkan mengikut kumpulan
sultan-sultan tersebut dan ahli kumpulan tersebut dikehendaki membantu ’sultan”
dalam membina perwatakan sultan tersebut. Walaupun iakan mengambil masa yang
agak lama, namun impaknya pasti dapat mengatasi kelemahan pelajar dalam
mengenalpasti peranan watak-watak sultan dalam teks Sulalatus Salatin. Andainya
hal ini dapat diiatasi, saya yakin bahawa keputusan peperiksaan KMK STPM
Penggal 2 ini akan dapat ditingkatkan dari segi kuantiti dan kualiti.

6.0 Objektif Kajian


Selepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif yang
berikut:

6.1. Objektif Am
Pelajar dapat menjawab soalan esei Kesusasteraan Melayu Komunikatif Penggal 2
STPM.

6.2. Objektif Khusus


6.2.1 menguasai peranan watak sultan-sultan Melaka,
6.2.2 menguasai teks Sulalatus Salatin,
6.2.3 menarik minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan

7.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 6SP2 akan menduduki peperiksaan


STPM Penggal 2 pada bulan Mei 2018 nanti. Responden kajian terdiri daripada 12
orang pelajar yang berbangsa Melayu . Kajian ini dijalankan berdasarkan keputusan
markah Ujian Pengesanan Penggal 2 yang kurang memberangsangkan. 12 orang
pelajar itu terdiri daripada pelajar tingkatan 6SP2 yang berpencapaian sederhana
dan rendah dalam ujian tersebut.

8.0 Tindakan yang Dicadangkan

8.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat dengan tujuan untuk memahami
masalah ini dengan lebih mendalam. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data
melalui cara yang berikut:
8.1.1 Latihan topikal dan soalan tutorial mingguan.
8.1.2 Pemerhatian terhadap respons pelajar di dalam kelas.

8.2 Langkah-langkah yang Dijalankan


8.2.1 Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan kecil dan setiap kumpulan
mempunyai pelajar berpencapaian sederhana dan rendah. Guru meminta ketua
setiap kumpulan memilih sebuah sampul yang di dalamnya mengandungi nama
sultan Melaka.
8.2.2 Guru menamakan pelajar yang berpencapaian rendah dalam setiap kumpulan
dengan nama sultan yang telah mereka pilih.
8.2.3 Semua ahli dalam kumpulan perlu berkerjasama untuk membentuk watak
sultan berdasarkan teks Sulalatus Salatin.
8.2.4 Setiap kali waktu pdpc (5 minit pertama), sultan-sultan akan memperkenalkan
siapa mereka melalui Awak Siapa?
8.2.5 Pelajar-pelajar lain diminta untuk memberikan pandangan dan menegur
kesalahan yang dilakukan oleh rakan semasa sesi Awak Siapa?
9.0 Jadual Pelaksanaan
Bil. Aktiviti Tarikh
1. Sesi penerangan dan penjelasan Minggu pertama Februari
2. Membuat Tinjauan Awal/Ujian pra Minggu kedua Februari
3. Menyediakan proposal Minggu ketiga Februari
4. Merancang tindakan Minggu keempat Februari
5. Melaksanakan tindakan/rawatan Minggu kelima Februari
6. Melaksanakan tindakan/rawatan Minggu pertama Mac
7. Melaksanakan tindakan/rawatan Minggu kedua Mac
8. Melaksanakan tindakan/rawatan Minggu ketiga Mac
9. Melaksanakan tindakan/rawatan Minggu keempat Mac
10. Melaksanakan tindakan/rawatan Minggu kelima Mac
11. Melaksanakan tindakan/rawatan Minggu pertama April
12. Melaksanakan tindakan/rawatan Minggu kedua April
13. Mengumpul data dan membuat Minggu ketiga April
analisis
14. Menulis Laporan Minggu keempat April

10.0 Perbelanjaan

Tiada

11.0 Kesimpulan

Kajian ini penting untuk membantu dan membimbing pelajar dalam menguasai
pembangunan insan, masyarakat dan negara berasaskan sukatan KMK Penggal 2.
Selain itu, kajian ini diharapkan dapat menyuburkan budaya menyelidik, membuat
rujukan, perbincangan dengan rakan-rakan dan menyelesaikan masalah secara
sistematik dan berkesan. Kajian ini juga akan dikongsi bersama dengan guru-guru
KMK dari sekolah yang lain.

You might also like