Asas Pengenalan Piling

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Asas Pengenalan Piling.

Piling adalah salah satu cara untuk memindahkan beban (Load) sesebuah bangunan ke
bawah tanah. Piling perlu dibina menggunaka bahan yang tahan sebagai contoh, RC
Pile menggunakan konkrit Gred 45 minimum supaya ianya tahan dan tidak mudah
retak atau pecah jika ditanam di dalam tanah. Selain itu, Besi tetulang juga diperlukan
supaya binaan piling menjadi lebih kukuh.

Rajah dibawah menunjukkan keratan tipikal bagi Pile.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis Piling yang biasa digunakan iaitu

1) Timber Pile
2) RC Pile
3) Bore Pile
4) Spun Pile
5) Prestressed Concrete Pile
6) Sheet Pile
7) Steel Pile

1) Timber Pile

Piling ini merupakan piling yang paling jimat kerana digunakan untuk struktur binaan
yang ringan atau load yang struktur yang ringan seperti rumah satu tingkat. antara
jenis kayu yang digunakan adalah Bakau. Ini kerana Bakau adalah kayu yang tahan
dengan air. Akan tetapi, Timber Pile kini tidak sesuai lagi digunakan di Industri
pembinaan di Malaysia

2) RC Pile
Reinforced Concrete Pile

RC Pile adalah singkatan kepada Reinforced Concrete Pile yang kebanyakan industri
pembinaan di Malaysia digunakan. Ini kerana ianya murah dan mudah didapati. Ini
kerana struktur tanah kebanyakan di Malaysia yang sederhana menyebabkan
kebolehan menggunakan Cara piling ini. Terdapat beberapa saiz standard yang biasa
digunakan dalam Industri pembinaan iaitu:-

a) 150mm x 150mm
b) 200mm x 200mm
c) 250mm x x250mm
d) 275mm x 275mm
e) 300mm x 300mm

Panjang yang biasanya ada dipasaran adalah sepanjang 3m, 6m, 9m dan 12m. Pile ini
dimasukkan didalam tanah dengan menggunakan beberapa mesin iaitu Pile Hammer
dan juga Vibrator (jika di kawasan bandar)
3) Bore Pile

Piling jenis ini merupakan antara Piling yang popular di Malaysia kerana harganya
yang mahal. Cara pembinaannya juga sukar. Piling ini biasa digunakan jika ditempat
yang mempunyai struktur tanah yang keras dan berbatu.

4) Spun Pile

Piling jenis ini adalah seperti RC Pile akan tetapi ianya berbentuk Silinder. Cara
menanam piling ini adalah melalui hentakan menggunakan Hammer dan juga
menggunakan bore. Terdapat beberapa saiz standard yang biasanya digunakan di
Malaysia iaitu:-

a) 450mm Diameter
b) 500mm Diameter
c) 600mm Diameter

Panjang yang biasanya ada dipasaran adalah sepanjang 3m, 6m, 9m dan 12m. Piling
ini dikatakan lebih tahan berbanding RC Pile berdasarkan strukturnya yang kosong
ditengah.

5) Prestressed Concrete Pile

Piling Jenis ini pula masih lagi kurang diaplikasikan di Malaysia. Piling jenis ini
merupakan antara Piling yang paling mahal berdasarkan cara pembuatannya sama ada
dari kilang, mahupun di tapak. Biasanya, mereka yang bergelar ‘Specialist’ dan
mempunyai lesen sahaja yang boleh menggunakan piling jenis ini. Biasanya, Spun
Pile adalah dari Jenis Pile ini.

6) Sheet Pile

Piling jenis ini biasanya digunakan untk menahan tanah dan juga air. Ianya juga
digelar ‘Retaining Wall’ berdasarkan bentuk rupanya. Sheet pile bole digunakan
secara sementara mahupun kekal. Sheet Pile sangat mahal tetapi sangat tahan dan
berkesan dalam menahan tanah mahupun air. Cara pembinaan Piling ini juga melalui
cara Hentakan menggunakan Hammer ataupun Vibrator. Ianya sangat sesuai dalam
pembinaan Basement dan juga dinding penahan Ombak.

7) Steel Pile

Antara Piling yang paling jarang digunakan kerana mahal dan tidak ekonomikal. Cara
pembinaannya sama seperti RC Pile.

You might also like