Professional Documents
Culture Documents
Teknik Mengarang
Teknik Mengarang
Sesi perbincangan guru murid adalah sesi di mana guru meminta murid
memberitahu isi utama dalam karangan mereka. Dalam sesi ini, kelemahan
tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan selepas perbincangan
isi kandungan. Draf akhir dihantar bersama-sama dengan semua nota dan
lampiran.
Perubahan sikap dan minat ini berlaku dalam tempoh yang singkat. Kajian
juga dijalankan ke atas 27 orang guru sekolah rendah di tiga buah sekolah
di Australia. Hasilnya didapati kemajuan yang dicapai oleh kanak-kanak
dalam bidang penulisan amat menggalakkan. Seterusnya pendekatan ini
diperkenalkan kepada guru-guru lain. Pendekatan ini juga didapati
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru. Ia
kemudiannya diperkenalkan dan diamalkan di sekolah-sekolah di Australia.
Selain itu, Lane dan Perrin (1984) dalam satu tinjauan ke atas pengajaran
kelas Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang menggunakan
penulisan cepat mendapati bahawa 17 peratus pelajar-pelajar yang
didedahkan kepada pendekatan itu suka kepada penulisan cepat dan 88
peratus mengatakan ia membantu mereka mengeluarkan idea-idea dengan
lebih baik dalam penulisan mereka.
Begitu juga dengan kajian Mohd. Nor Ishak (1987), berkenaan dua strategi
penulisan karangan jenis ekspositori iaitu strategi karangan terarah dan
strategi karangan bebas. Kajian beliau ini dilakukan terhadap dua kumpulan
pelajar-pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Alor Setar.
Dalam strategi karangan terarah, beliau menambahkan penggunaan model
karangan untuk digunakan dalam penulisan karangan sebagai satu kawalan
ke atas karangan. Dapatan kajian beliau ialah pelajar yang mendapat
rawatan strategi karangan terarah menunjukkan kemajuan yang lebih baik
daripada kumpulan yang menerima rawatan strategi karangan bebas. Ini
beerti penyediaan model karangan sangat penting untuk diberikan kepada
pelajar dalam penulisan karangan.
Selain itu terdapat juga satu pendekatan lain utuk mengajar kemahiran
menulis ini. Pendekatan tersebut ialah pendekatan menulis merentas
kurikulum. Fulwiler (1988) dalam kajiannya telah mendapati bahawa
program tersebut membantu pelajar untuk menggunakan fikiran ketika
belajar dan mengkaji bahasa. Kajian beliau ini menumpukan perhatian
kepada kebaikan dan kelemahan penulisan merentasi kurikulum.
Flower dan Hayes (1980a) telah mengemukakan sebuah model yang dapat
memberikan gambaran yang eksplisit tentang proses karang-mengarang.
Proses tergambar dalam rajah diperturunkan di sebelah.
Struktur Model Proses Mengarang
Begitu juga dengan Krashen (1982) yang mengatakan dalam usaha untuk
menyediakan pelajar untuk menjadi penulis yang baik, fokus yang lebih
sepatutnya diberikan kepada apa yang hendak diperkatakan dan bukannya
bagaimana sesuatu itu diperkatakan. Penulis harus mengetahui isi
pelajaran dengan cukup baik supaya boleh memberi penerangan, membuat
soalan dan memberi pendapat dan hujah ke atas kandungan tajuk tersebut.
Kajian oleh Pearl (1980), Pianko (1979) dan Zamel (1983) mendapati
bahawa pelajar-pelajar seringkali melakukan kesalahan tatabahasa dan
ejaan semasa menulis yang memerlukan diadakan proses penyemakan.
Begitu juga dengan kajian Scardamalia dan Bereiter (1981) yang mendapati
bahawa penulis-penulis muda melibatkan terlalu sedikit proses
penyemakan dan proses berfikir. Mereka juga telah mengkaji hubungan di
antara menulis dengan proses untuk memikirkan tajuk-tajuk yang berkaitan.
Mereka mendapati bahawa penulis-penulis muda menghadapi masalah
untuk mengingat kembali maklumat yang pernah mereka perolehi. Pelajar-
pelajar gred 4 dan 6 yang disuruh menamakan tajuk-tajuk yang diketahui,
sama ada banyak atau sedikit menemui kesulitan untuk berbuat demikian.
Karangan mereka juga didapati kekurangan keherensi.
Begitu juga dengan kajian Johns (1986) yang telah menggunakan teori
skema untuk membolehkan pelajar-pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua mengulangkaji dan menyemak karangan mereka. Kajian beliau ini
telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Cina. Beliau mendapati pelajar-
pelajar yang dikajinya tidak mementingkan proses penyemakan.
Kajian-kajian lain pula meninjau tentang perbezaan cara penulis menyemak
karangan. Penulis-penulis kurang mahir lebih berminat untuk memeriksa
karangan hanya ke atas kesilapan-kesilapan kecil dalam tatabahasa atau
pemilihan kata. Bridwell (1980) mengatakan tugas itu ialah tugas
menyemak (editing) dan bukan penulisan semula (rewriting). Beliau
mendapati ramai penulis bukan sahaja menyemak karangan mereka tetapi
juga menggunakan banyak masa ke atas keseluruhan isi kandungan untuk
melihat apa yang ingin mereka perkatakan dalam bentuk yang difahami
pembacanya.
Menurut Hallisay dan Hasan (1976), satu lagi proses yang berlaku ketika
menulis yang menerima perhatian para penyelidik ialah pautan ataupun
kohesi dan keteraturan fikiran (koherensi). Menurut Halliday dan Hasan
(1976), pautan dimaksudkan sebagai ciri-ciri linguistik yang membantu
menyambungkan atau mengikatkan ayat-ayat dengan menggunakan kata
penghubung, kata ganti dan artikel. Manakala isitilah keteraturan fikiran
atau koherensi diperkenalkan pula oleh Asmah Hj. Omar (1987) untuk
merujuk kepada susunan fikiran secara logis.
Berhubung dengan pautan ini, Wong Khek Seng (1993) telah membuat
tinjauan awal terhadap pautan dan pembinaan teks menggunakan novel
Daerah Zeni dan Hujan Pagi karya A. Samad Said. Analisis beliau
mendapati pautan dapat dilakukan melalui pelbagai cara seperti perujukan,
kolokasi dan reiterasi leksikal dan penghujung ayat.
Britton, Burgess, Martin, Mcleod dan Rosen (1975) telah mengkaji proses
menulis dalam pelbagai teknik. Mereka telah mengumpulkan sampel
karangan yang terdiri daripada lima ratus orang pelajar dan mengrekodkan
sampel karangan untuk mengetahui siapakah pembaca yang ada dalam
fikiran pelajar semasa mereka menulis. Hasil kajiannya, beliau mendapati
bahawa 40 peratus pelajar memilih guru sebagai pembaca iaitu pada
pelajar gred enam di Amerika Syarikat dan kemudiannya meningkat kepada
60 peratus kepada pelajar gred 12. Justeru, dengan menggalakkan pelajar
meluaskan pembacaan ke atas tajuk-tajuk karangan mereka, dapat
menggalakkan pelajar menulis pelbagai bentuk penulisan.
a. Melihat kesan dua pendekatan latihan menulis iaitu yang dianggap sebagai
latihan biasa dan latihan kerap.
b. Melihat kesan dua kaedah pengajaran menulis karangan iaitu kaedah bebas dan
kaedah perbincangan.
Kaedah bebas yang dimaksudkannya adalah kaedah pengajaran yang
memberikan banyak kebebasan tanpa gangguan dalam penulisan. Pelajar-
pelajar digalakkan menulis karangan seberapa banyak yang boleh. Apabila
guru membaca karangan pelajar, guru tidak menandakan sebarang
kesalahan, tidak membuat catatan atau komen dan tidak juga memberi
markah di kiri kanan karangan tetapi pada penghujung karangan diberikan
komen-komen yang positif sahaja. Kaedah perbincangan pula dimaksudkan
kepada setiap karangan akan dibincangkan selama 30 - 50 minit di dalam
kelas. Selepas karangan diperiksa akan dipulangkan kepada pelajar-pelajar
dengan komen-komen positif dan negatif. Hasil kajiannya beliau mendapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik di antara
kumpulan-kumpulan eksperimennya. Ini beerti menambahkan kekerapan
menulis tidak menampakkan kesan kepada keberkesanan ekspresi. Bagi
Ujian menulis esei, Buxton mendapati kaedah perbincangan telah
menunjukkan kualiti barangan yang lebih baik.
a. Aktiviti prapenulisan
b. Draf Pertama
c. Penulisan semula
d. Draf akhir