Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PADANG PEKAN 2018

LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM


SK PADANG PEKAN
DENGAN
KERJASAMA INSTITUT PERGURUAN KAMPUS
DARULAMAN

TARIKH : 28 JUN 2018 – 29 JUN 2018

1.0 PENGENALAN
Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap
sekolah. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Padang Pekan di mana telah
berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah
berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 4 badan
beruniform iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pengakap, Tunas Kadet
Remaja Sekolah dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-
masing. Perkhemahan ini diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Padang Pekan,
Jitra Kedah. Aktiviti ini berlangsung pada 28 & 29 Jun 2018 (Khamis &
Jumaat). Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat,
disiplin serta jati diri yang kental dikalangan pelajar.Selain daripada itu ia juga
dapat mewujudkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya
kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar ke arah
kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia
kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan
serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid.

2.0 KEKUATAN PROGRAM


2.1 Program perkhemahan ini mendapat kerjasama yang baik daripada
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
2.2 Penglibatan yang ramai daripada murid-murid
2.3 Kerjasama baik antara guru-guru SK Padang Pekan
2.4 Kerjasama baik antara murid sepanjang aktiviti dijalankan
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PADANG PEKAN 2018

2.5 Aktiviti yang dijalankan dapat mencungkil bakat murid

3.0 KELEMAHAN PROGRAM


3.1 Terdapat peserta program yang tidak membawa peralatan yang diminta
untuk aktiviti yang dijalankan
3.2 Bagi aktiviti memasak, masa yang diambil agak lama memandangkan kayu
api lambat dinyalakan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


4.1 Peralatan aktiviti disediakan oleh pihak sekolah
4.2 Mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran pelajar
4.3 Mempelbagaikan aktiviti murid

5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Padang Pekan
ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar serta mendapat kerjasama yang padu
daripada pihak-pihak yang terlibat. Program ini dapat meningkatkan kemahiran
pelajar seterusnya memberi pengalaman dan pengetahuan yang bernilai kepada
pelajar. Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan dan diberi
penambahbaikan pada masa akan datang demi kecemerlangan pelajar.

Disediakan oleh:

Nor Faizah Binti Hashim


Guru SK Padang Pekan

You might also like