C06-6-Kertas Penerangan PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)

SELANDAR
LOT 1468, JALAN BATANG MELAKA,
77500 SELANDAR, MELAKA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / IT-020-3:2013 COMPUTER SYSTEM OPERATION
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / IT-020-3:2013 – C06 COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY
COMPETENCY UNIT NO. SET-UP
AND TITLE

1. ANALYSE COMPUTER NETWORK CONFIGURATION


SPECIFICATION
NO. DAN PENYATAAN
2. CARRY OUT COMPUTER NETWORK CONFIGURATION
AKTIVITI KERJA /
3. PERFORM COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY
WORK ACTIVITIES NO.
TEST
AND STATEMENT
4. CARRY OUT COMPUTER NETWORK TROUBLESHOOT
5. PREPARE COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY
REPORT

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(6/14) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 8

TAJUK / TITLE:

JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang definisi topologi rangkaian, pengertian topologi bas, pengertian topologi
bintang, pengertian topologi cincin dan pengertian topologi mesh dengan lebih
terperinci.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013:C06/P(5/14) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 8

PENERANGAN / INFORMATION :

Topologi rangkaian adalah susunan pelbagai elemen (link, nod dan lain-lain) daripada
komputer atau rangkaian biologi. Pada asalnya ia adalah struktur rangkaian, dan mungkin
digambarkan secara fizikal atau secara logic.

1. DEFINISI TOPOLOGI RANGKAIAN

Topologi rangkaian merujuk bagaimana komputer-komputer tersebut


disambungkan secara pemetaan. Topologi rangkaian terbahagi kepada dua iaitu
topologi fizikal dan topologi logical.

Topologi fizikal merupakan suatu rangkaian merujuk pada suatu bentuk


konfigurasi rangkaian yang terdapat pada kabel komputer dan lain-lain peripheral.
Manakala topologi logical pula merupakan kaedah yang digunakan untuk
memindahkan informasi atau maklumat diantara satu komputer dengan satu
komputer yang lain dalam stesen kerja.

Topologi rangkaian juga merupakan corak penyambungan yang digunakan


antara nod-nod dalam sesuatu rangkaian. Topologi yang berlainan akan
mengendalikan permintaan perkhidmatan client dengan cara yang berlaian dan ia
juga mempengaruhi beberapa perkara iaitu :
i. Peranti yang diperlukan
ii. Pretasi rangkaian
iii. Perkembangan rangkaian.

Pada amnya terdapat 4 jenis topolgi iaitu :


1. Topologi Bas
2. Topologi Bintang
3. Topologi Cincin
4. Topologi Mesh
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013:C06/P(5/14) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 8

2. PENGERTIAN TOPOLOGI BAS (BUS)

Topologi bas merupakan satu kabel panjang yang menyambungkan


kesemua sumber di dalam network tersebu seperti Rajah 1. Mesej atau data yang
dihantar akan pergi kepada semua komputer yang berada di dalam sistem
rangkaian tersebut sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data
atau mesej tersebut.

Rajah 1 : Topologi bas

2.1 KELEBIHAN TOPOLOGI BAS


i. Pemasangan amat mudah dan murah.
ii. Mudah untuk menambah nod iaitu dengan menyambungkan nod baru
secara bersiri.
iii. Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

2.2 KEKURANGAN TOPOLOGI BAS


i. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut
berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
ii. Titik pemula atau penutup (terminator) diperlukan pada kedua-dua
penghujung tulang belakang kabel tersebut (backbone cable).
iii. Sukar untuk mengenali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan
sistem rangkaian itu gagal berfungsi.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013:C06/P(5/14) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 8

3. PENGERTIAN TOPOLOG BINTANG (STAR)

Topologi bintang menggunakan perkakasan pertengah yang dipanggil hub


seperti Rajah 2. Semua sumber di dalam network atau sistem rangkaian akan
bercantum dengan menggunakan hub yang menjadi penghubung di antara
sumber-sumber tersebut. Semua mesej yang disampaikan akan melalui hub
sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Rajah 2 : Topologi Bintang

3.1 KELEBIHAN TOPOLOGI BINTANG


i. Mudah untuk ditempatkan dan dipasang kabel.
ii. Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada sumber
dialihkan.
iii. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan
memindahkan perkakasan yang rosak.

3.2 KEKURANGAN TOPOLOGI BINTANG


i. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbandingan topologi
bas.
ii. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal
untuk menjalankan tugasnya.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013:C06/P(5/14) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 8

iii. Kos diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas
kerana melibatkan kos concentrator yang agak mahal.
iv. Apabila komputer host rosak, semua komputer akan terjejas
menyebabkan kehilangan besar kuasa pengkomputeraan.

4. PENGERTIAN TOPOLOGI CINCIN (RING)

Topologi cincin memerlukan beberapa sumber yang dicantumkan menjadi


satu bentuk bulatan seperti Rajah 3. Mesej atau data dari satu komputer pada yang
lain dengan satu arah. Apabila sesebuah komputer menerima mesej atau data
yang dihantar kepadanya, ia kemudianya akan mengubahsuai dan
mengembalikanya untuk menunjukan yang ia tekah menerima mesej tersebut.

Rajah 3 : Topologi Cincin

4.1 KELEBIHAN TOPOLOGI CINCIN


i. Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu
lintasan alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.
ii. Mudah ditempatkan dan dikabelkan peralatan.
iii. Mudah mengesan kesilapan dan kerosakan dan mengasingkan
peralatan yang rosak.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013:C06/P(5/14) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 8

4.2 KEKURANGAN TOPOLOGI CINCIN


i. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.
ii. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, node berkenaan juga
turut gagal berfungsi.

5. PENGERTIAN TOPOLOGI MESH

Topologi mesh atau mudahnya dinamakan topologi jala adalah bentuk


topologi rangkaian dimana semua workstation boleh terhubung antara satu sama
lain secara teratur atau tidak teratur seperti Rajah 4. Workstation langsung
terhubung dengan workstation yang dituju maka arus data boleh dilakukan dengan
cepat tanpa perlu melalui workstation lain. Masing-masing workstation setidaknya
memiliki 2 sambungan iaitu sambungan kabel yang terhubung dengan workstation
lain dan terakhir terhubung dengan file server. Topologi mesh ini sesuai digunakan
pada rangkaian komputer skala kecil.

Rajah 4 : Topologi Mesh


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013:C06/P(5/14) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 8

4.1 KELEBIHAN TOPOLOGI MESH


i. Lalu lintas data cepat diantara topologi rangkaian yang lain kerana
memiliki laluan masing-masing.
ii. Terjamin dengan kapasiti channel komunikasi.
iii. Jika ada gangguan pada satu sambungan rangkaian, maka tidak
menganggu sambung rangkaian komputer lain.
iv. Selamat dan bersifat peribadi kerana dapat mengakses maklumat
antara dua komputer tanpa melibatkan komputer lain.
v. Mudah untuk mengenalpasti masalah.

4.2 KEKURANGAN TOPOLOGI MESH


i. Kos yang diperlukan sangat mahal.
ii. Pembaziran dalam pemasangan kabel kerana semua komputer atau
workstation memerlukan sekurang-kurangkan 2 kabel.
iii. Memrlukan ruangan yang lebih besar dalam membangunan
rangkaian komputer.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013:C06/P(5/14) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 8

SOALAN / QUESTIONS:

1. Apakah maksud topologi rangkaian?


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Berikan dua (2) jenis topologi rangkaian.


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

3. Terangkan empat (4) kelebihan topologi mesh.


a. _________________________________________________________________
b. _________________________________________________________________
c. _________________________________________________________________
d. _________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:
1. Topologi rangkaian
http://mtp6014-fazlymustapha.blogspot.com/p/topologi-rangkaian.html, 14 July 2018,
9.37 am

2. Jenis-jenis protokol
https://hidupsimpel.com/macam-macam-topologi-jaringan/, 14 July 2018, 12.00 pm.

You might also like