Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SEGMEN KETAHANAN FIZIKAL

Stesen Pertama

Permainan : “Passing getah menggunakan penyedut minuman”

Peralatan:

1. Straw 4 batang setiap kumpulan


2. Getah 10 gelang setiap kumpulan
3. Penanda 2 bagi setiap kumpulan

Pemain: 4 orang murid

Langkah-langkah:

1. Permainan bermula di penanda pertama.


2. Pemain pertama dikehendaki mengambil satu gelang getah menggunakan penyedut minuman.
Kemudian, pemain pertama perlu memberikan getah tersebut kepada pemain yang kedua
menggunakan penyedut minuman dan begitulah seterusnya sehingga kesemua getah tersebut
habis diberikan kepada pemain terakhir di penanda terakhir.

Peraturan:

1. Tiada had masa.


2. Pemain hanya dibenarkan untuk mengambil satu gelang getah sahaja.
3. Sekiranya getah terjatuh, peserta tidak perlu mengulangi permainan tetapi markah akan ditolak.
4. Tidak dibenarkan menggunakan tangan ketika mengambil ataupun memberi getah kepada
pemain lain.

Markah:

1. 10 markah penuh untuk setiap pemain.


2. Setiap kesalahan akan ditolak markah (Maksimum 3 markah ditolak bagi setiap pemain)
3. Markah keseluruhan bagi kumpulan ialah 40 markah.
PELAN PERMAINAN

Tamat

Penanda
Mula Peserta

Stesen Kedua

Permainan: Lari bawa belon

Peralatan :

1. 3 biji belon bagi setiap kumpulan


2. 2 Penanda bagi setiap kumpulan

Pemain: 4 orang murid

Langkah-langkah:

1. Setiap kumpulan perlu meniup 3 biji belon.


2. Pemain pertama dikehendaki berlari membawa belon (dua belon dikepit di tangan kiri dan di
tangan kanan, manakala satu belon lagi dikepit di kelangkang kaki) ke penanda kedua dan berlari
semula ke penanda pertama.
3. Kemudian, belon-belon tersebut diserahkan kepada pemain kedua. Pemain kedua mengulangi
langkah 2 sehinggalah ke pemain keempat.

Peraturan:

1. Tiada had masa.


2. Sekiranya belon terjatuh, pemain tidak perlu mengulangi permainan tetapi markah akan ditolak.

Markah:

1. 10 markah penuh untuk setiap pemain.


2. Setiap kesalahan akan ditolak markah (Maksimum 3 markah ditolak bagi setiap pemain)
3. Markah keseluruhan bagi kumpulan ialah 40 markah.
PELAN PERMAINAN

(patah balik)

Mula/ Tamat

Penanda

Semua Peserta

Peserta
Stesen Ketiga

Permainan: Bawa bola ping pong menggunakan sudu

Peralatan :

1. 1 bola ping pong setiap kumpulan.


2. 4 sudu getah setiap kumpulan.
3. Dua penanda setiap kumpulan.

Pemain: 4 orang murid

Langkah-langkah:

1. Pemain pertama dikehendaki berlari atau berjalan dengan membawa bola ping pong di dalam
sudu dan sudu tersebut dibawa menggunakan mulut ke penanda kedua. Kemudian, pemain
pertama menyerahkan bola ping pong kepada pemain kedua.
2. Pemain kedua mengulangi langkah pertama tetapi bermula dari penanda kedua menuju ke
penanda pertama dan seterusnya sehingga pemain keempat menyelesaikan permainan.

Peraturan:

1. Tiada had masa.


2. Sekiranya bola ping pong terjatuh, peserta tidak perlu mengulangi permainan tetapi markah akan
ditolak.
3. Sudu dibawa menggunakan mulut.
4. Penggunaan tangan hanya dibenarkan ketika mengambil bola yang terjatuh dan ketika
memberikan bola ping pong kepada pemain yang seterusnya.

Markah:

1. 10 markah penuh untuk setiap pemain.


2. Setiap kesalahan akan ditolak markah (Maksimum 3 markah ditolak bagi setiap pemain)
3. Markah keseluruhan bagi kumpulan ialah 40 markah.
PELAN PERMAINAN

(patah balik)

Mula/ Tamat

Penanda

Semua Peserta

Peserta
Stesen empat

Permainan: Menggelecek bola menggunakan kayu hoki

Peralatan:

1. 1 Kayu hoki bagi setiap kumpulan.


2. 1 biji bola bagi setiap kumpulan.
3. 3 buah skital bagi setiap kumpulan.
4. Dua penanda bagi setiap kumpulan.

Pemain: 4 orang murid

Langkah-langkah:

1. Pemain pertama perlu menggelecek bola secara zig zag melepasi skital dan menjaringkan gol di
garisan penamat seterusnya berlari membawa bola dan kayu hoki menuju garisan permulaan.
2. Seterusnya pemain kedua mengulangi langkah pertama sehinggalah pemain keempat
menyelesaikan permainan.

Peraturan:

1. Tiada had masa.


2. Hanya tiga kali percubaan menjaringkan gol, sekiranya tidak berjaya tidak perlu ulang tetapi
markah akan ditolak.
3. Bola dibawa mesti secara zig zag, jika tidak markah akan ditolak.

Markah:

1. 10 markah penuh untuk setiap pemain.


2. Setiap kesalahan akan ditolak markah (Maksimum 3 markah ditolak bagi setiap pemain)
3. Markah keseluruhan bagi kumpulan ialah 40 markah.
PELAN PERMAINAN

Tamat

6 Kumpulan

Mula

Mula/Tamat

Penanda

Semua Peserta

Peserta

Skital
Borang Pemarkahan Segmen Ketahanan Fizikal

Kumpulan : _________________________________________

Kategori : Sekolah Menengah ( ) Sekolah Rendah ( )

Nama Sekolah: _________________________________________

Nama Hakim Pengiring : ____________________________________________

Nama Hakim Segmen :_____________________________________________

Pemain 1 Pemain 2 Pemain 3 Pemain 4 Markah Catatan


(10 markah) (10 markah) (10 markah) (10 markah) keseluruhan

Stesen /40
pertama

Stesen /40
kedua

Stesen /40
ketiga

Stesen /40
keempat

Markah Klu Utama /10


(10 markah)

/170

Markah Keseluruhan

Pengesahan Hakim

________________

( BRENDON JIKAL )

Hakim Statik,

Segmen Ketahanan Fizikal

You might also like