1.0 Penghargaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0 PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat ilahi kerana atas limpah dan rahmat-Nya, akhirnya
saya dapat menyelesaikan tugasan kursus MPU 3053 Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Saya juga menjulang setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Nor Ildahayati binti Ilias,
pensyarah kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia, atas kesudian beliau memberikan
tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu dengan memberikan banyak
penerangan,tunjuk ajar dan nasihat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya, segala kerjasama dan bantuan beliau saya dahului dengan setinggi-tinggi
penghargaan.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya dalam memberikan idea-idea dan
pendapat yang bernas berkenaan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi
penghargaan ditujukan kepada ahli keluarga saya yang tidak pernah jemu memberikan
sokongan moral walaupun hanya dari jauh serta semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan
tugasan ini.

Banyak ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswa terutama bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai bidang pendidikan
di negara ini. Akhir sekali, sekali lagi saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Segala jasa tuan puan akan saya kenangi.

1
2.0 ISI PENULISAN

Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka
merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka
adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan
wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang
berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.

Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi
Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan
dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak
perempuan disebut Nyonya.

2
2.1 SEJARAH PENGHIJRAHAN BABA DAN NYONYA KE TANAH MELAYU

Menurut Liang Liji (1996), hubungan antara negeri China dengan Alam Melayu telah
lama wujud sebelum abad pertama lagi, iaitu pada abad kedua sebelum Masihi sejak zaman
Dinasti Han (140-177 S.M). Namun begitu, ramai sarjana berpendapat bahawa kemuncak
kepada hubungan antara China dan Nusantara berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Perubahan dasar luar Dinasti Ming kemudiannya telah memulihkan kembali
hubungan China dengan negara-negara lain sama ada dalam bentuk jalinan politik mahupun
perdagangan. Pada tahun 1403 bermulalah persahabatan secara diplomatik antara Melaka
dan China apabila utusan daripada Maharaja Ming iaitu Yong Le Ke-1 diutuskan ke Melaka
dengan membawa bersama sutera dewangga, kunci emas, tabir-mabir dan lain-lain sebagai
cenderamata. Kiriman utusan tersebut dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1405
dengan persembahan uftinya di samping menyatakan kesediaan Melaka membina
persahabatan dan menerima perlindungan China. Serentak dengan itu, Raja China
mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah Melaka dan memberikan titah bertulis di
sebuah batu bersurat yang mencatat kata pujian tentang hubungan antara kedua kuasa
ekonomi ini. Catatan titah bertulis Dinasti Ming ini hanya diberikan kepada empat negara
sahabat iaitu Melaka, Jepun, Brunei dan Cochin (India) dan Melaka merupakan negara
pertama mendapat penghormatan tersebut. Namun sayang sekali, batu bersurat berukir puisi
Raja China tersebut telah hilang dan yang ada hanyalah cacatan buku sejarah China yang
menceritakan sejarah penting dalam hubungan yang sangat bermakna untuk kedua-dua
kerajaan.

Kesan pengaruh budaya Cina ke dalam peradaban Melayu agak ketara dengan
kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya, khususnya di Melaka dan komuniti Cina Peranakan
di Kelantan dan Terengganu. Asal usul masyarakat Baba dan Nyonya bermula dengan
hubungan dan sejarah awal antara masyarakat Cina dengan penduduk tempatan khususnya
orang Melayu Semenanjung Malaysia, Indonesia dan masyarakat Thai. Proses akulturasi
menjadi mudah melalui perkahwinan campur pada zaman awal pembinaan komuniti
Peranakan Cina. Orang Cina mula menetap di Melaka, Pulau Pinang dan terdapat juga yang
berhijrah ke Singapura seterusnya membentuk komuniti mereka sendiri pada awal kurun ke-
17 dan abad ke-19. Di Semenanjung Malaysia pada hari ini, hanya Melaka mempunyai
perkampungan komuniti Baba. Mereka didapati menetap di Melaka Tengah dan Bandar
Melaka antaranya Klebang Besar, Ujong Pasir, Jalan Tan Cheng Lock, Bandar Hilir, Batu
berendam, Bukit Rambai di samping di Daerah Jasin, Alor Gajah, Sungai Udang dan Masjid
Tanah. Sehingga tahun 1977, seramai 5,000 orang Baba di Melaka atau bersamaan 3 peratus
daripada keseluruhan masyarakat Cina di Melaka (Lee Kam Hing & Tan Chee Beng 2000:49-
51).

3
Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi
penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan
diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara,
apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan
traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka
sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.

Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya
Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang
mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya
pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin
campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada faktor pengikut-
pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana
Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara
keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik
Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan
mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda
Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.

2.2 AGAMA DAN AMALAN

Baba dan Nyonya tiada ketetapan pegangan agama. Hal ini bermaksud, mereka bebas untuk
mengamalkan apa sahaja agama. Sebagai contoh, pasangan yang berkahwin tidak terikat
untuk bertukar agama. Orang Kristian yang berkahwin dengan Baba yang beragama Budha
tidak wajib untuk menganut agama Buddha.

Tetapi, majoriti kaum Baba dan Nyonya menganut agama Buddha. Baba dan Nyonya
mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan
Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis,
Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya
Peranakan.Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama Buddha.
Mereka memilih untuk membakar mendiang. Cara upacara membakar mendiang tidak
terpengaruh sama sekali dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah. Bagi masyarakat
Baba dan Nyonya yang menganut agama Islam, mereka akan diuruskan dengan cara Islam.
Jenazah dimandikan,dikafankan, disembahyangkan, dan akhirnya dikebumikan.

4
Baba dan Nyonya juga mempunyai satu tuhan yang bernama “Zaojun” iaitu Tuhan
Dapur. Mereka mempercayai dengan adanya tulisan tersebut akan membuatkan makanan
yang dimasak di dapur akan lebih elok dan memberi kesihatan kepada mereka.

Nama ataupun papan “Zaojun” di dapur rumah Baba Nyonya

Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Tujuan
mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau
membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka. Ibu yang hamil tidak
boleh keluar rumah pada waktu senja. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung
anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu
tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau
untuk menakutkan hantu. Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan
tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau
‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

2.3 BUDAYA DAN BAHASA

Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Baba dan Nyonya amat unik dan mempunyai
perbezaan dengan budaya Melayu ataupun budaya Cina. Seorang Baba boleh mempunyai
empat hingga enam orang isteri pada satu-satu masa. Isteri pertama berkuasa atas isteri-
isteri yang lain. Untuk menjadi isteri yang pertama, seorang Nyonya akan dikahwinkan seawal
umur 14 tahun.

Sama seperti masyarakat Melayu, adak merisik adalah perlu. Wakil dari pihak lelaki
biasanya seorang wanita tua akan pergi ke rumah pihak perempuan. Ini adalah kerana pihak

5
lelaki ingin mengetahui sama ada gadis yang hendak dipinang mempunyai budi pekerti yang
baik, bersopan-santun dan pandai menguruskan rumah tangga. Jika keluarga pihak lelaki
berkenan dengan calon tersebut, satu rombongan meminang akan dihantar. Peminangan ini
diketuai oleh 'Mueynang'.

Upacara perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya akan berlangsung selama 12


hari berturut-turut sepersalinan setiap hari. Pada hari keenam upacara perkahwinan,
pasangan Baba dan Nyonya akan melakukan persetubuhan. Kain putih akan diletakkan diatas
katil dan satu pasangan ayam jantan dan betina berbulu merah yang berada di dalam sangkar
di tepi katil. Pasangan ayam jantan dan betina tersebut bertujuan bagi menilik jantina anak
yang akan dilahirkan oleh Nyonya. Jika ayam jantan keluar dahulu apabila sangkar dibuka
pada keesokan pagi, maka anak lelaki yang akan dilahirkan begitulah sebaliknya. Kedua-dua
ekor ayam tadi tidak boleh disembelih atau dijual. Ayam tersebut hendaklah dipelihara selagi
ada hayatnya. Jika semakin banyak ayam tersebut membiak, maka semakin ramai anak yang
akan diperolehi. Ayam-ayam tersebut dipercayai membawa kemakmuran dan kebahagian
kepada keturunan kedua-dua pangantin tersebut.

Katil untuk pasangan pengantin Baba Nyonya

Kain putih bertujuan melihat kesucian wanita tersebut. Jika tiada kesan darah pada
kain putih itu, maka wanita tersebut akan dihantar semula pada keluarganya dan upacara
perkahwinan terbatal. Jika terdapat kesan darah upacara perkahwinan akan terus
berlangsung. Pada hari ketujuh perkahwinan, mereka aan dihidangkan nasi lemak.

Nyonya perlu pandai menjahit manit kasut untuk berkahwin. Ibu mertua akan menguji
dahulu kemahiran menjahit manik kasut tersebut sebelum berkahwin. Di samping itu, Nyonya
juga perlu pandai memasak.

6
Busana Baba Nyonya Melaka sangat unik dan indah. Busana kaum minoriti ini telah
berasimilasi antara kebudayaan tulen masyarakat Cina seawal zaman dinasti Ming dengan
kebudayaan masyarakat era Kesultanan Melayu Melaka. Busana Baba Nyonya Melaka agak
serupa dengan pakaian tradisi Melayu yang mana terdiri daripada baju kebaya, sarung batik
serta kerongsang berangkai. Penggunaan material yang hampir sama, coarak serta bentuk
busana mereka dengan bangsa Melayu tidak jauh beza namun terdapat ciri-ciri yang unik dan
mencerminkan identiti mereka.

Pakaian tradisi kaum Nyonya

Bagi pakaian pula pakaian tradisi bagi kaum Nyonya adalah baju kebaya. Kebaya
tersebut disekalikan dengan kerongsang. Kerongsang yang besar, atau kerongsang ibu,
menunjukkan wanita itu sudah berkahwin. Kerongsang kecil pula menunjukkan wanita yang
masih bujang. Mereka juga memakai perhiasan yang bermotifkan corak labah-labah. Hal ini
kerana, labah-labah mempunyai lapan kaki dan nombor lapan membawa maksud yang baik
dalam kepercayaan Baba dan Nyonya.

7
Kerongsang ibu untuk Nyonya yang sudah berkahwin

Kerongsang kecil untuk Nyonya yang masih bujang

Perhiasan kaum Nyonya

8
Jika berlaku kematian, kaum Baba dan Nyonya akan berpakaian hitam atau putih.
Perhiasan emas juga tidak boleh dipakai di majlis pengebumian dan digantikan dengan
perhiasan perak.

Bahasa yang digunakan dalam pertuturan bagi Baba dan Nyonya adalah bahasa
Melayu-Baba. Menurut kajian, bahasa ini merupakan bahasa yang telah digabungkan dari
Bahasa Melayu dan Hokkien. Penyesuaian golongan Baba-Nyonya terhadap budaya
masyakarat setempat memberi kelebihan kepada mereka untuk mahir dalam dua atau
lebih bahasa, seperti bahasa Melayu-Baba, Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris.

2.4 SISTEM BERMASYARAKAT

Kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun
mereka telah lama terpisah daripadakomuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui
aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka
masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan
Machu serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang
tidakbertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resambudaya
Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yanglain, seperti adat
istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-duapengantin memakai
pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah
Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelantradisional Cina berbanding dengan Melayu.

Sistem bermasyarakat yang unik telah wujud akibat perkahwinan campur yang diamalkan
oleh masyarakat Baba Nyonya. Hubungan antara pihak lelaki dari China dengan wanita
tempatan menjadikan satu sistem bermasyarakat lebih meluas dalam masyarakat Baba
Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya lebih mengutamakan anak lelaki atau nasab sebelah
bapa dalam sistem kekeluargaan mereka. Hal ini kerana, pihak lelaki lebih bertanggungjawab
dalam mengembangkan zuriat masyarakat mereka.

Nilai kekeluargaan telah dipupuk oleh kaum Baba Nyonya in dengan mengkalkan
nama tengah atau nama akhir dengan ahli keluarga mereka. Mereka percaya dengan
perkongsian nama tersebut akan membuatkan mereka lebih akrab.

2.5 SENI BINA RUMAH DAN TEMPAT IBADAH

Rumah kaum Baba dan Nyonya dibina memanjang. Hal ini kerana, pada zaman dahulu
terdapat cukai kelebaran rumah. Jadi, untuk mengelakkan membayar cukai yang mahal.

9
Kebanyakan rumah Baba dan Nyonya terdapat perigi di pertengahan rumah. Perigi tersebut
berfungsi untuk mengisi air hujan dan dipercayai air tersebut melambangkan kekayaan.
Mereka juga percaya bahawa ikan boleh membawa tuah kepada keluarga. Oleh itu,
kebanyakan mereka mengukir corak ikan di sekeliling perigi.

Rumah Baba dan Nyonya Perigi di dalam rumah Baba Nyonya

Rumah mereka terdiri daripada tiga bahagian yang mana bahagian pertama adalah ruang
tamu, kedua pula untuk saudara yang terdekat, ketiga adalah untuk gadis yang belum
berkahwin. Gadis tidak dibenarkan keluar menjemput atau menyambut tetamu. Kaum Nyonya
sering berjudi di dalam rumah kerana semua kerja rumah seperti memasak, mengemas
rumah, melayan tetamu dan sebagainya dibuat oleh orang gaji dan mereka tidak perlu
bekerja. Hal ini kerana mereka tidak boleh menonjolkan muka mereka kepada dunia luar.
Terdapat lubang kecil di antara pintu penghalang untuk gadis-gadis menjenguk keadaan di
luar, contohnya semasa peminangan dilakukan, anak-anak gadis boleh melihat rupa paras
bakal suami mereka melalui lubang kecil tersebut.

Rumah kaum Baba dan Nyonya tiada alamat rumah. Mereka menulis nama keluarga mereka
di atas tanglung yang menjadi alamat rumah mereka. Ruang untuk tetamu akan dihiasi
dengan kain sutera yang mahal dan berkualiti untuk menunjukkan kekayaankeluarga tersebut.
Antara ukiran corak adalah seperti burung phoenix, bunga dahlia, bunga mawar, lipan,
gabungan lapan jenis benda berharga serta bunga boyan

Di dalam rumah Baba dan Nyonya, terdapat satu ruang khas untuk menyembah Tuhan ruang
tersebut mempunyai dua pintu yang saling berhubung. Mengikut kepercayaan Baba dan
Nyonya, mereka perlu masuk ke ruang penyembahan mengikut arah jam. Hal ini kerana,
mereka percaya bahawa perkara tersebut akan membawa nasib yang baik. Jika sebaliknya,
percara yang buruk akan berlaku.

10
Tempat penyembahan di rumah Baba Nyonya

Terdapat perbezaan dalam alat penyembahan kaum Baba dan Nyonya. Alat penyembahan
yang berwarna biru dan putih digunakan untuk penyembahan nenek moyang dan upacara
pengkebumian. Manakala, alat penyembahan yang berwarna merah jambu dan hijau
digunakan untuk menyembah Tuhan (untuk yang beragama Buddha).

2.6 PEKERJAAN DAN PERGANTUNGAN EKONOMI

Secara amnya, masyarakat Baba Nyonya pada zaman dahulu telah dinyatakan bahawa
kedatangan pedagang dari China ke Tanah Melayu adalah untuk menjalankan perdagangan.
Masyarakat Baba Nyonya juga tidak terlepas daripada aktiviti ini. Sebagai contoh, mereka
menjual hasil seni halus seperti sulaman kain dan membuat arca daripada tembikar. Aktiviti
perniagaan ini telah menjadi budaya oleh masyarakat China sendiri dan dibawa budaya ini ke
Tanah Melayu serta masih terserap dalam diri Peranakan.

Bagi pekerjaan khusus Baba, mereka berkhidmat untuk British. Hal ini menyebabkan
mereka kaya raya. Menjelang pertengahan abad ke-20, kebanyakan kaum Baba Nyonya
menerima pendidikan Inggeris atau Belanda, kesan penjajahan kepulauan Melayu oleh
kuasa-kuasa Barat. Masyarakat Baba Nyonya ini mengikuti pendidikan Inggeris sebagai cara
memajukan diri mereka dari segi ekonomi. Oleh itu, jawatan-jawatan pentadbiran dan
perkhidmatan awam selalu diisi oleh kaum Baba Nyonya terkemuka. Ramai orang Baba dan
Nyonya memeluk agama Kristian kerana menganggap agama itu lebih berprestij dan amat
rapat dengan kebudayaan sekutu mereka yang berbangsa British dan Belanda. Justeru,
masyarakat Baba Nyonya menjadi amat berpengaruh di Melaka dan Singapura, sehingga
diberi gelaran King's Chinese kerana kesetiaan mereka kepada pihak British. Hasil dari
perhubungan mereka dengan pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan orang Peranakan

11
fasih berbahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Antara kerjaya-kerjaya yang banyak diceburi
mereka termasuk saudagar, pedagang, dan orang tengah yang menguruskan perhubungan
antara China, Tanah Melayu dan kuasa-kuasa Barat yang amat dihargai oleh British dan
Belanda.

Antara tokoh yang terkenal adalah Tun Dato’ Sri Tan Cheng Lock. Beliau merupakan
presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA). Beliau juga pernah bertugas sebagai
Pesuruhjaya Majlis Melaka serta Jaksa Pendamai Melaka.

Bagi kaum Nyonya, mereka hanya duduk di rumah dan tidak bekerja. Hiburan mereka
hanyalah bermain kad dan mah-jong. Aktiviti ini tidak boleh disertai oleh kaum Baba.

Tempat Nyonya bermain kad

3.0 RUMUSAN

Cina Peranakan yang digelar Baba Nyonya ini merupakan satu masyarakat yang unik.
Walaupun zaman kedatangan mereka sudah lama ditelan zaman, namun budaya dan jati diri
mereka masih segar untuk dimalkan. Dari aspek bahasa yang dipertuturkan, mereka tidak
asing atau kekok lagi untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu malah lebih fasih. .
Kesimpulan yang boleh dibuat petikan dari Wanita Pertama, Datin Seri Endon Mahmood:

“Saya hanya sedar bahawa banyak aspek budaya kolektif Malaysia sedang terkikis
dan mungkin hilang sama sekali jika langkah-langkah tidak diambil untuk memelihara atau
merekodkannya mereka sebagai suatu keturunan yang berharga. Saya rasa penting bahawa
kita tidak kehilangan kita sendiri. Sudah ada anda bahawa kita telah kehilangan sebahagian
besar warisan ini.”

Akhir sekali, dapat diringkaskan bahawa kewujudan budaya masyarakat Baba adalah
berasal dari asmilasi dua pengaruh yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang
mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat

12
Baba. Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan
sehingga kini.

13
4.0 RUJUKAN

Buku

Hanapi Dollah. (1986). Asimilasi Budaya. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Liang Liji. 1996. Hubungan empayar Melaka-Dinasti Ming abad ke-15. Bangi: UKM

Tan Chee Beng. (1988). The Baba Of Malacca: Culture and Identity of a Chinese Community
in Malaysia. Petaling Jaya : Pelanduk Publications.

Lee Kam Hing dan Tan Chee-Beng (2000). The Chinese in Malaysia. Shah Alam: Oxford
University Press.

Internet

Tourism Malacca (2004). Famous Malaccan: Tun Tan Cheng Lock (1883 to 1960). Dimuat
turun pada 23 Mac 2018, daripada http://www.tourism-
melaka.com/emelakainfo/TUN%20TAN%20CHENG%20LOCK.pdf

Jurnal

Clammer, J.R. (1975). Overseas Chinese Assimilation and Risingnification. Southeast Asian
Journal of Social Science, Vol. 3No. 2, 9-12

Rakaman

Audio Rakaman dari Muzium Baba Nyonya Melaka (2018).

14

You might also like