PESANAN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

AKTIVITI :

1. Guru menyatakan objektif pelajaran kepada murid.


2. Murid – murid membaca dan memahami teks yang ditayang oleh guru di hadapan kelas.
3. Berpandukan teks tersebut, guru menyampaikan pesanan kepada murid – murid.
4. Murid – murid mendengar dan memahami pesanan yang disampaikan oleh guru.
5. Dalam kumpulan, murid – murid berbincang dan menulis respons yang perlu disampaikan
kepada ibu bapa mereka dalam bentuk pesanan.(PAK21)
6. Setiap kumpulan, menyampaikan respons yang telah dibincangkan secara bergilir-gilir.
7. Murid – murid dan guru berbincang tentang respons yang betul.
8. Murid – murid menulis respons yang tepat dalam lembaran yang diedar oleh guru.
9. KBAT(memahami): Selain daripada 3 aktiviti yang dinyatakan dalam teks, berikan satu lagi
contoh aktiviti lagi yang boleh menceriakan kawasan sekolah
10. Murid – murid membuat refleksi terhadap isi pelajaran pada hari ini.

Pengayaan :
Memberi respons secara lisan terhadap situasi yang terdapat dalam Kad Pesanan

Pemulihan :
Menyampaikan semula respons yang telah dipelajari dengan betul secara lisan.

PESANAN (GURU)
Murid – murid, sampaikan pesanan cikgu kepada ibu bapa kamu. Beritahu mereka
bahawa mereka dijemput untuk menyertai aktivti mesra alam yang diadakan oleh pihak
sekolah. Aktiviti mesra alam akan diadakan pada hari Sabtu iaitu pada pukul 8.30 pagi
hingga 11.00 pagi. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah :
1. Menanam pokok bunga
2. Mengecat pagar sekolah
3. Mengutip sampah dan membersih longkang
Semua bahan dan alatan untuk aktiviti mesra alam akan disediakan oleh pihak
sekolah.
Jangan lupa sampaikan pesanan cikgu kepada ibu bapa kamu.

RESPONS (MURID)

Ibu/Ayah, di sekolah tadi cikgu mengingatkan saya untuk menyampaikan pesanan


beliau kepada ibu/ayah. Beliau menjemput ibu/ayah untuk menyertai aktivti mesra alam
yang diadakan oleh pihak sekolah. Aktiviti mesra alam akan diadakan pada hari Sabtu
iaitu pada pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan pada hari
tersebut ialah :
1. Menanam pokok bunga
2. Mengecat pagar sekolah
3. Mengutip sampah dan membersih longkang
Untuk pengetahuan ibu/ayah, semua bahan dan alatan untuk aktiviti mesra alam
akan disediakan oleh pihak sekolah.
Harap ibu/ayah dapat menyertai aktiviti mesra alam tersebut.
KAD PESANAN :
Tolong sampaikan pesanan cikgu kepada rakan –
rakan kamu. Pada hari Sabtu minggu hadapan, kita
akan mengadakan aktivti membersihkan kelas.
Aktiviti membersihkan kelas ini bertujuan untuk
memastikan kelas kita sentiasa bersih dan ceria.
Pesan juga kepada rakan – rakan kamu untuk
membawa kain lama dan baldi kecil.

RESPONS:

You might also like