Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kebudayaan India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taj Mahal, Agra. Tanda peringatan Shah Jahan tahun 1648 untuk isteri beliau Mumtaz
Mahal, yang dipuji sebagai "permata kesenian Islam di India" dan salah sebuah karya agung
yang dikagumi ramai dalam warisan dunia pada tahun 1983."[1]

Rabindranath Tagore - Penerima Hadiah Nobel dari Asia yang pertama[2][3] dan penggubah
lagu kebangsaan India, memainkan peranan penting dalam membangkitkan semula gaya
kesenian tertentu seperti tarian Manipuri.[4]

Budaya India dicirikan dengan sinkretisme yang tinggi[5] dan kemajmukan budaya.[6] Budaya
India mampu memantapkan tradisi lama sambil menyerap adat resam, tradisi dan idea baru
dari para penjajah dan pendatang. Kepentingan kepelbagaian budaya telah lama menyatakan
sejarah dan tradisi, perlembagaan dan penyusunan politik India.[7]

Monumen-monumen yang penting seperti Taj Mahal dan contoh seni bina Mughal yang lain
serta seni bina India Selatan merupakan kesan tradisi-tradisi yang menggabungkan unsur-
unsur dari merata tempat di dalam dan luar negara. Seni bina vernakular India pula
menunjukkan perbezaan ketara antara rantau.

Muzik India meliputi beraneka tradisi dan gaya rantauan. Muzik klasiknya terbahagi kepada
muzik klasik Hindustan India Utara dan muzik Karnatik India Selatan. Bentuk-bentuk muzik
popular yang banyak disetempatkan termasuklah muzik filmi dan muzik rakyat seperti
bhangra. Wujudnya banyak jenis tarian klasik, termasuk bharatanatyam, kathakali, kathak,
kuchipudi, manipuri, odissi dan yakshagana; yang sering disertakan bentuk naratif dan
disemai dengan unsur-unsur kesalihan dan mitos.

Karya-karya kesusasteraan India terawal disebarkan secara lisan dan hanya lama kemudian
didapati dalam bentuk bertulis.[8] Ini termasuklah karya-karya kesusasteraan Sanskrit, seperti
epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama Pengiktirafan Śakuntalā,[8] serta juga karya-
karya kesusasteraan Sangam dalam bahasa Tamil.[9] Antara pengarang India zaman moden
yang giat mengarang dalam bahasa-bahasa India atau Inggeris, Rabindranath Tagorelah yang
paling terkenal. Antologi lagu kesalihan beliau, Gitanjali, membantu Tagore meraih Hadiah
Nobel pada tahun 1913.

Industri perfileman India, yang lahir pada tahun 1913 melalui Raja Harishchandra oleh
Dadasaheb Phalke, kini merupakan industri perfileman terbesar di dunia, dengan perfileman
bahasa Hindi komersial Bollywood yang bertapak di Mumbai sebagai wajahnya yang paling
dikenali.[10] juga wujudnya tradisi-tradisi mantap dalam perfileman bahasa serantau, termasuk
Bangla, Kannada, Malayalam, Marathi, Tamil, dan Telugu. Pather Panchali (1955), filem
pertama auteur Satyajit Ray mengenai zaman kanak-kanak dan kematian di kawasan
perkampungan Bengal, merupakan satu mercu tanda perfileman sedunia.[11][12]

Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah
yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan
gandum (terutamanya di utara).[13]

Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi
warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya pakaian
yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki.

Sungguhpun sukan kebangsaan India ialah hoki, namun kriket ialah sukan paling popular. Di
beberapa negeri, terutamanya yang di timur laut dan negeri-negeri Bengal Barat, Goa, dan
Kerala, bola sepak juga popular.[14] Dewasa ini, tenis juga kian laris. Catur yang disangka
ramai berasal dari India, juga melihat peningkatan popularitinya serentak dengan peningkatan
bilangan grandmaster dari India. Sukan tradisi termasuklah kabaddi, kho-kho, dan gilli-
danda, yang dimain di seluruh India. India merupakan tampat lahir seni yoga dan seni
mempertahankan diri, iaitu Kalarippayattu dan Varma Kalai.

Kebanyakan perayaan India berbentuk keagamaan, namun ada yang disambut oleh rakyat
tanpa mengira kasta atau kepercayaan. Perayaan yang paling banyak disambut termasuk
Diwali, Holi, Onam, Dussehra, Bihu, Durga puja, kedua-dua Hari Raya, Krismas, Ugadi, dan
Vaisakhi. India mempunyai tiga cuti kebangsaan. Setiap negeri juga mempunyai set sembilan
hingga dua belas hari cuti yang tersendiri. Amalan keagamaan adalah sebahagian penting
dalam kehidupan seharian dan dijadikan perkara awam. Nilai kekeluargaan tradisi Indian
masih disanjung tinggi, meskipun keluarga-keluarga di bandar kini lebih menggemari
keluarga asas atas sebab kekangan-kekangan sosioekonomi yang dikenakan sistem keluarga
bergabung.

You might also like