Dual Relationships Dalam Perhubungan Kaunseling

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Hubungan Seksual dalam Kaunseling

1.0. PENGENALAN

Menjalinkan hubungan yang teraputik antara kaunselor dan klien merupakan salah etika
yang wajib dipatuhi seorang kaunselor terlatih. Merujuk Etika Persatuan Kaunseling Malaysia
(PERKAMA), dalam perhubungan kaunseling, ahli (kaunselor) harus sedar akan bentuk
perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti
yang memenuhi kehendak peribadi sendiri dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien.
Seorang kaunselor itu harus sedar dan mengawasi agar hubungan yang dibina dalam proses
kaunseling itu tidak melanggar adat dan agama, etika professional kaunselor dan harus menjaga
hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.

Berdasarkan kod etika inilah, seorang kaunselor kena menjaga dan sedar bentuk
perhubungan profesional yang dijalinkan bersama klien dan tidak melebihi hubungan professional.
Kebiasaanya masalah berkaitan etika professional terjadi apabila seorang kaunselor mempunyai
perhubungan dua hala ataupun dual-relationship bersama klien selain dari perhubungan
professional iaitu perhubungan yang lebih bersifat peribadi. Sebagai contoh, seorang kaunselor
yang juga merupakan seorang kekasih kepada kliennya, rakan sekampung, adik-beradik, jiran
tetangga, rakan niaga, ataupun perhubungan sulit.

Isu berkaitan perhubungan dua hala ini telah muncul sejak tahun 1970-an lagi, pelbagai isu
telah dibincangkan berkaitan perhubungan yang berbentuk dua hala ini. Antara isu yang sering
dibincangkan ialah ialah perhubungan sulit ataupun tarikan yang berbentuk seksual antara klien
dan kaunselor.

2.0. DEFINISI TARIKAN SEKSUAL

Hubungan yang teraputik antara kaunselor dan klien amat penting dalam proses kaunseling.
Dalam membina hubungan yang teraputik ini, kemampuan klien untuk mempercayai seorang
kaunselor amat penting untuk seorang kaunselor membantu klien tersebut. Namun, kadangkala
kepercayaan ataupun hubungan yang dibina yang pada asalnya mempunyai tujuan positif boleh
bertukar kepada negatif apabila hubungan antara kaunselor dan klien yang pada asalnya bersifat
professional bertukar kepada hubungan seksual.

1
Hubungan Seksual dalam Kaunseling

Tarikan seksual dalam diri seseorang individu itu boleh timbul melalui cara pemakaiannya,
raut wajah, lirikan mata, bentuk badan, mulut, warna lipstick yang mengiurkan, kepertahan
berkata-kata, dan sebagai. Kebiasaannya tarikan kepada seseorang yang berbentuk seksual adalah
umum. Contohnya, ada yang mengatakan bahawa lelaki yang botak itu seksi. Semuanya
bergantung kepada individu tersebut.

Oleh itu bolehlah didefinisikan bahawa tarikan seksual seseorang kepada seseorang yang
lain bergantung kepada kedua-dua individu. Mengikut pada tahap-tahap tertentu, terdapat
persetujuan umum bahawa seseorang itu mempunyai daya penarik seksual tetapi bagi sesetengah
yang lain ianya mungkin lebih merupakan soal citarasa.

3.0. TARIKAN SEKSUAL DALAM PERHUBUNGAN KLIEN DAN KAUNSELOR.

Kaunselor yang mempunyai perasaan tarikan terhadap seorang klien akan menunjukkan
kelakuan yang tidak sepatutnya dan kelakuan-kelakuan ini terbahagi kepada beberapa peringkat.
Antaranya pada peringkat awal seorang kaunselor mungkin mempunyai fantasi seksual bersama
klien mereka. Mereka berfantasi atau berangan sedang menjalinkan hubungan seks bersama klien
mereka,

Kedua seorang kaunselor mungkin menunjukkan kelakuan yang mengoda kepada klien
mereka semasa sesi kaunseling sedang dijalankan seperti memengang bahagian anggota badan
klien yang sulit seperti paha, memakai baju yang seksi, dan menunjukkan aksi-aksi yang mengoda.

Ketiga, seorang kaunselor mungkin akan mempengaruhi kliennya untuk memberi fokus
terhadap perasaan seksual atau tarikan yang dihadapi oleh kaunselor tersebut. Seterusnya yang
terakhir, kaunselor dan klien tersebut mungkin sudah terlibat dalam perhubungan seksual yang
melibatkan fizikal yang bertujuan untuk membangkitkan atau memuaskan nafsu mereka.

Oleh itu bolehlah disimpulkan bahawa tarikan seksual seorang kaunselor terhadap klien
mungkin akan menjurus seorang kaunselor itu untuk melakukan gangguan seksual terhadap
kliennya ataupun sebaliknya.

4.0. PERHUBUNGAN SEKSUAL: ETIKA DAN PERUNDANGAN

2
Hubungan Seksual dalam Kaunseling

Merujuk kepada kajian lepas yang dilakukan oleh Pope, Keith-Spiegel, dan Tabachnick
(1986) pada 585 responden yang terdiri daripada kaunselor, hanya 77 reponden yang dicatatkan
tidak pernah lansung tertarik dengan klien mereka. Selebihnya bersetuju bahawa mereka pernah
tertarik dengan klien mereka. Hal ini membuktikan bahawa isu kaunselor tetarik kepada klien
mereka sendiri adalah perkara biasa dalam kalangan kaunselor lelaki ataupun perempuan.

Oleh itu, bolehlah ditekankan bahawa isu tarikan seksual dalam perhubungan klien dan
kaunselor bukan perkara baru dalam institusi kaunseling, ianya sudah belaku sejak dari dahulu lagi.
Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa kes yang telah dilaporkan.

Antaranya kes yang telah dilaporkan ialah kes seorang kaunselor yang bernama Preston
Carbery pada tahun 2005. Beliau dilaporkan telah memperkosa kliennya sebanyak 3 kali. Oleh itu,
Oleh itu Jabatan Kesihatan telah menahan Carbery yang memiliki ‘license of Mental Health’(CLH
00006880) di atas kesalahan melakukan hubungan seksual semasa mengendalikan kaunseling.
Carbery juga disabitkan kesalahan pada 7 September 2005 di Steven County Supervisor Court.
Tuduhan ini juga menyatakan bahawa Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua orang
klien perempuannya yang lain semasa menjalankan perkhidmatan kaunseling. Carbery juga
didapati bersalah kerana cuba menakut-nakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya kejadian
tersebut dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial, Carbery akan mengancam nyawa anak-
anak kliennya.

Daripada kes tersebut, kita dapat lihat bahawa Carbery yang merupakan seorang kaunselor
telah menyalahi etikanya sebagai seorang kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod
Etika Kaunselor 2005, batasan seksual, bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan
pertuturan. Contohnya, kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Justeru itu,
gangguan seksual akan menyebabkan ahli-ahli kelompok tidak selamat dan kebolehpercayaannya
terhadap seorang kaunselor akan tergugat.

3
Hubungan Seksual dalam Kaunseling

5.0. CARA MENANGANI TARIKAN SEKSUAL TERHADAP KLIEN

Menurut pandangan Pope (1998), perasaan tertarik terhadap klien tidak dapat dihindari.
Namun sebagai seorang kaunselor kita hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga untuk
mengatasi perasaan sebegini seperti mendekatkan diri kepada tuhan ataupun agama. Bagi yang
telah terjebak dalam isu tertarik kepada kliennya sehingga membawa kepada ganguan seksual
Bennett, Bryant, VandenBos, and Greenwood (1990) telah mengeluarkan beberapa cadangan yang
boleh digunakan oleh para kaunselor dalam menangani perasaan tarikan seksual terhadap klien.

Antaranya ialah seorang kaunselor hendaklah meneroka sebab-sebab mengapa dirinya


tertarik kepada pelanggan tersebut dengan bertanya kepada diri, jika ada sesuatu tentang pelanggan
ini yang memenuhi keperluannya seperti keperluan fisiologi iaitu seks.

Selain itu, kaunselor tersebut hendaklah mencari rakan sejawat yang berpengalaman yang
dapat membantunya untuk membuat keputusan berkenaan isu ini. Sokongan rakan sejawat amat
penting dalam membantu seseorang itu keluar dari kepompong masalahnya. Rakan yang
mempunyai bidang yang sama dengan kaunselor itu, dapat membantu kaunselor tersebut berdepan
dengan masalahnyasecara rasional berbanding rakan yang mempunyai latar belakang berbeza.
Selain itu dengan bertanya kepada rakan sejawat yang pernah mempunyai masalah yang sama
dapat memberi sedikit sebanyak celik akal kepada kaunselor dalam membuat keputusan berkenaan
perasaannya terhadap klien.

Selain itu, kaunselor tersebut hendaklah mendapat khidmat kaunseling peribadi untuk
membantu kaunselor tersebut menyelesaikan perasaannya terhadap klien tersebut dan juga untuk
merungkaikan isu-isu dalam kehidupan anda yang masih tersimpan dan masih tidak diselesaikan
(unfinished business).

Jika seorang kaunselor itu masih tidak dapat menyelesaikan perasaannya setelah menjalani
proses-proses yang telah dinyatakan, kaunselor tersebut hendaklah menamatkan hubungan
professional dengan klien tersebut dan merujuk klien tersebut dengan kaunselor yang lain.

4
Hubungan Seksual dalam Kaunseling

6.0. IMPAK HUBUNGAN SEKSUAL ANTARA KAUNSELOR DAN KLIEN

Kajian telah membuktikan perhubungan dual-relationship yang berbentuk seksual lebih


mendatangkan keburukan kepada klien berbanding kebaikan. Hal ini kerana sesetengah kaunselor
mungkin akan meletakkan kepentingan peribadinya sendiri lebih daripada keperluan klien.
Kaunselor yang mempunyai hubungan dua hala dengan klien mungkin akan cuba untuk memenuhi
keperluannya sendiri dari segi kewangan, sosial, ataupun keprluan emosi.

Terdapat pelbagai kesan atau impak yang bakal dihadapi kaunselor yang menjalinkan
hubungan seksual ataupun sulit bersama kliennya sekiranya dapat dihidu oleh pihak-pihak tertentu
seperti PERKAMA. Kesan atau impak ini boleh dilihat sama ada dari segi kerjaya seorang
kaunselor itu atau pun peribadinya. Dari segi kerjaya professionalnya sebagai kaunselor, kaunselor
yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang, dikenakan penjara,
lesen sebagai pengamal kaunseling akan ditarik, dan akan dibuang kerja dari organisasi
professional. Sekiranya kaunselor tersebut masih boleh untuk meneruskan amalan kaunselingnya,
kaunselor itu akan diletakkan dibawah pemerhatian pihak tertentu dan dikenakan untuk
menghadiri sesi kaunseling bersama kaunselor yang lain.

Dari segi peribadi, masyarakat akan mula tidak mempercayai kaunselor tersebut,
masyarakat akan takut untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Sesungguhnya dalam islam, Allah
melarang sekerasnya perbuatan zina itu dalam firmannya dalam surah al-israk ayat 32.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji (fahisyah) dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

7.0. KESIMPULAN

Tarikan seksual yang menjurus kepada hubungan seksual antara kaunselor dan klien
merupakan hubungan dua hala (dual relationship) yang harus dielakkan kerana lebih
mendatangkan kesan negatif kepada klien. Kaunselor yang melanggar etika ini telah melanggar
salah satu prinsip etika kaunseling iaitu nonmaleficence iaitu tidak mendatangkan kecederaan
kepada klien sama ada dari segi fizikal mahupun emosi.

5
Hubungan Seksual dalam Kaunseling

8.0. RUJUKAN

Corey, Corey & Callanan. (1992).Ethical and Professional Issues in Helping Relationship. USA:
Thomson Higher Education.

Anonymous. (2003). Fizikal pengaruhi tarikan seksual. Utusan Online. Retrieved from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&
sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Ferdi Djajadisastra. (2012). Hubungan Seksual antara Psikolog dan Klien. Blog Tugas Ferdi.
Retrieved from http://blogtugasferdi.blogspot.com/2012/10/hubungan-seksual-antara-
psikolog-dan.html

You might also like