Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Angkara arak ‘beracun

19 maut 14 kritikal selepas minum bir, wiski berjenama

2
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Naimah Mohd. 
Dan Muhammad Azrul 
Mohd. Radi

19 September 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 18 SEPT. - Muntah, sakit perut, pengsan dan


meninggal dunia dalam tempoh lapan hingga 12 jam.

Itu simptom yang dipercayai dialami kesemua 19 mangsa yang


meninggal dunia selepas dipercayai meminum arak jenama Kingfisher
Beer, Mandalay Whisky serta Grand Royal Whisky buatan India dan
Myanmar di sekitar Lembah Klang sejak semalam.

Simptom yang timbul dalam masa tidak sampai sehari selepas


mengambil minuman mengandungi alkohol sebanyak lapan hingga 40
peratus itu.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada arak yang diminum


kesemua mangsa adalah tiruan, telah tamat tempoh atau telah
dicampur dengan benda asing sehingga berubah menjadi racun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,
jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat ialah 51 orang dengan 45
orang di Selangor dan enam lagi di Kuala Lumpur.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga individu merupakan warga


tempatan manakala 48 lagi terdiri daripada warga Myanmar, Nepal,
Bangladesh dan India.

“Selain 19 yang maut, 14 pesakit berada dalam keadaan kritikal,


sembilan dimasukkan ke wad untuk rawatan manakala sembilan lagi
dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noor Hisham, kesemua mangsa menunjukkan tanda-tanda


keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala,
kabur penglihatan, sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri.

Jelas beliau, tanda-tanda dan gejala awal keracunan akan dialami


bermula sehari atau dua hari selepas tarikh akhir mengambil minuman
tersebut.

“Laporan polis telah dibuat oleh pihak kementerian untuk mengenal


pasti pengedar, pengilang dan punca keracunan sekaligus menyekat
pembekalan minuman keras yang tercemar di pasaran,” katanya.

Sementara itu menurut sumber, bir jenama Kingfisher kerap dirampas


di pelabuhan kerana cuba lari daripada cukai, manakala dua jenis lagi
dipercayai dibotolkan di negara ini.

“Dua lagi jenis minuman keras itu dibotolkan di negara ini dengan
campuran bahan yang lain, oleh kerana itu, jumlah peratusan
alkoholnya lebih tinggi daripada yang dibenarkan,” katanya kepada
Utusan Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor pula berkata, punca


sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun berdasarkan
keterangan yang diambil daripada mangsa, kesemua mereka
dimasukkan ke hospital selepas meminum tiga jenis minuman keras
berkenaan.

You might also like