Kertas Kerja Pembinaan Bilik RMT

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PEMBINAAN BILIK MAKANAN


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR
BINTANGOR
MERADONG, BINTANGOR

DISEDIAKAN OLEH:

JAMES LIMA
SK BANDAR BINTANGOR
MUKADDIMAH

Sekolah Kebangsaan Bukit Papit merupakan sebuah sekolah di


kawasan pedalaman dan terletak jauh dari kemajuan bandar. Jumlah
keseluruhan bilik darjah ialah sebanyak 7 kelas dan tidak termasuk makmal
sains, makmal komputer, pusat sumber dan bengkel kemahiran hidup.
Jumlah muridnya adalah seramai 62 orang. Oleh yang demikian, timbul
keperluan kepada sebuah astaka yang selesa untuk kegunaan murid-murid
ketika aktiviti sukan dan kokurikulum. Hal ini selaras dengan kehendak
kerajaan yang menitiberatkan pembangunan kokurikulum untuk melahirkan
murid aktif dan sihat.
Adalah dimaklumkan bahawa setiap kali acara sukan diadakan di
padang sekolah, masalah sering timbul. Maka pihak sekolah dan PIBG
sekolah terpaksa menyewa kanopi yang mahal. Maka timbulah hasrat untuk
membina sebuah astaka kekal di padang sekolah. Astaka yang dirancang ini
dibina ini bersaiz 36 kaki x 24 kaki dan peruntukannya sememangnya
mengharapkan jasa baik dan sumbangan daripada Yang Berhormat. Untuk
makluman YB juga, kewangan PIBG pada masa ini berada dalam keadaan
yang kritikal.Pembinaan astaka tersebut akan dibina secara gotong-royong
oleh pihak PIBG.
Justeru itu juga, pihak sekolah juga amat-amat memerlukan sebuah
Portable PA System untuk kelangsungan dan kelancaran aktiviti sekolah.
Kemudahan tersebut sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan aktiviti
dan program sekolah yang sememangnya memerlukan sebuah PA System
yang mudah dan ringkas untuk dikendalikan.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan satu tempat pengurusan aktiviti kokurikulum dan sukan
yang berlangsung di padang.
2. Mewujudkan tempat yang selesa untuk tetamu dan guru untuk
kelangsungan aktiviti di padang sekolah.
3. Melahirkan murid-murid yang aktif
4. Menjimatkan kos apabila ada acara padang.
5. Merapatkan jurang antara pihak sekolah dengan komuniti setempat.

JAWATANKUASA PEMBINAAN ASTAKA SKBP

Penasihat
En. Semanto Bin Ahi ( Guru Besar)

Pengerusi
En Augustine Pau (YDP PIBG)

Setiausaha
En. Abdul Syukur Sobri (Setiausaha Kokurikulum)

Bendahari
Puan Asmah Bt. Samion ( Bendahari PIBG)

Ahli Jawatankuasa
En. James Lima (PK. 1)
Cik Noor Zaimah (PK HEM)
En. Abdul Syukur Sobri ( PK KOKU)
Cik Sofiana Ozy (Setiausaha Sukan)
Encik Jamalludin (PIBG)
Encik Wong Alek (PIBG)
Encik Seman Lamat (PIBG)

ITEM PEMBINAAN DAN KOS

Kapasiti Muatan
20 orang

Saiz Astaka
36 kaki x 24 kaki 36 FT
ASTAKA 24 FT

ITEM PEMBINAAN DAN KOS PEMBINAAN

BIL KETERANGAN ITEM KUANTITI JUMLAH


1. Portable PA System 1 unit RM 2,000
2. Tiang Belian 4 x 4 x12 = 4 batang RM 1,200
4 x 4 x 11 = 4 batang RM 1,120
4 x 4 x 10 = 4 batang RM 2,500
2 x 4 x 12 = 2 batang RM 100
3. Tiang 2 x 3 x 12 = 5 batang RM 225
4. 2 x 3 x 14 =10 batang RM 600
5. 2 x 4 x 20 = 4 batang RM 720
6. 2 x 3 x 12 = 36 batang RM 1,620
7. 2 x 2 x 12 = 40 batang RM 600
8. Bolt Nut 10 kg x RM 7.50 RM 75
9. Paku Atap Spendek 10 kg x RM 10 RM 100
10. Paku Biasa 10 kg x RM 6 RM 60
11. Wiring RM 3,000
12. Papan 1 x 6 x 12 = 60 keping RM 300
13. Atap Spendek (G25) 2.5 x 30 = 38 keping RM 2,850
14.
Jumlah RM 17,070
PENUTUP

Pembinaan astaka ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan


oleh semua warga sekolah ini. Ini kerana, dengan adanya astaka ini aktiviti
padang akan dapat diuruskan dengan lebih baik. Sumbangan dari pihak YB
amatlah kami harapkan serta dialu-alukan demi mencapai impian warga
sekolah ini. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya berusaha
agar pembinaan astaka ini dapat disiapkan dengan seberapa segera demi
kemudahan semua murid khususnya dan warga sekolah amnya jika
mendapat sokongan daripada pihak YB. Pihak jawatankuasa sekolah dengan
ini mengucapkan jutaan terima kasih.
Sekian.

Disediakan oleh:

………………………………
(James Lima)
PK1
Sek. Keb. Bukit Papit,
Meradong.

You might also like