Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Bahasa Melayu SPM

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Campuran

Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Pancangan


Relatif Komplemen Keterangan

1. Ayat Majmuk Gabungan

i. Ayat Majmuk Gabungan ialah beberapa ayat tunggal digabungkan menjadi satu
dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, sambil, maka,
serta dan sebagainya.

ii. Contoh ayat :

(a) Saya dan Hamid mengulang kaji pelajaran di sekolah.

(b) Kakak sedang menjahit sambil mendengar radio.

2. Ayat Majmuk Pancangan


i. Ayat Majmuk Pancangan ialah gabungan satu ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil.
ii. Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk
pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen, dan ayat majmuk
pancangan keterangan.

a. Ayat Majmuk Pancangan Relatif terbentuk melalui cantuman dua ayat dengan
menggunakan kata relatif iaitu yang.
Contoh ayat
(a) Ramli dan Syarif yang ponteng sekolah semalam.
(b) Ayah membeli sebuah kereta yang ditawarkan dengan harga yang murah.

b. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen ialah ayat yang terbentuk melalui


pencantuman dua ayat yang menggunakan penanda komplemen iaitu bahawa,
supaya, untuk, agar dan sebagainya.

Disediakan oleh : Meganathan Lachimanan 1


Panitia Bahasa Melayu Tahun 2015
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Bahasa Melayu SPM

Contoh ayat

(a) Pesalah yang disyaki itu memberikan keterangan bahawa bukan beliau yang
melakukan kesalahan tersebut.

(b) Guru memberikan peringatan kepada pelajar-pelajarnya supaya mengulang kaji


pelajaran agar memperoleh kejayaan yang cemerlang.

c. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan ialah cantuman ayat induk dengan ayat kecil
yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Kata hubung yang digunakan
ialah apabila, jika, kerana, ketika, sehingga, semasa, setelah, sewaktu,
sekiranya, lantaran, oleh sebab, hingga, andai kata, jikalau, jika, kalau, sejak,
semenjak, sementara, tatkala, walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau
bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan, supaya, agar, seperti, macam,
bagaikan, bukan sahaja, dengan dan sebagainya.
Contoh ayat
(a) Setiap remaja akan melakukan kesalahan moral apabila terpengaruh dengan
rakan-rakan.
(b) Pencuri itu memasuki rumah Encik Burhan dengan memotong jeriji besi.

3. Ayat Majmuk Campuran


i. Ayat Majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau
deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.

Contoh
(i) Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih
lesu telah lama tidur.

Ayat tunggal :
(a) Ahmad sedang membaca buku.
(b) Kawan-kawannya sudah letih lesu telah lama tidur.

(ii) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting dan mereka
menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengan peraturan
yang dibuat, peraturan itu mesti dipatuhi.

Disediakan oleh : Meganathan Lachimanan 2


Panitia Bahasa Melayu Tahun 2015

You might also like