Kertas Kerja Bilik Gerakan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Jawatankuasa Menaiktaraf Bilik Mesyuarat

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI BILIK GERAKAN

KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi menaiktaraf dan
mengubahsuai Bilik Gerakan Kolej Vokasional (P) Teluk Intan.
1.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan atasan untuk tujuan pertimbangan selanjutnya dan
memberi persetujuan bagi peruntukan tersebut demi memastikan kelancaran pengurusan
mesyuarat-mesyuarat sekolah.
1.3 Keadaan Bilik Gerakan ini agak lama dan berada dalam keadaan yang tidak selamat. Justeru
itu, sudah tiba masanya bilik ini dinaiktaraf dan diubahsuai.
1.4 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua guru dan kakitangan serta pelawat akan lebih
selesa dalam menjalankan semua mesyuarat serta perbincangan bagi semua aktiviti yang
telah dirancangkan untuk sepanjang tahun 2018 dan tahun seterusnya.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Bilik Gerakan KV(P)TI telah wujud sejak tahun 2003. Imej sesebuah institusi bukan terletak
pada prestasi dan pencapaian akademik sahaja malah Bilik Gerakan juga merupakan nadi
dan imej sesebuah institusi. Suasana bilik yang ceria , cantik dan selesa akan mencerminkan
imej dan kualiti kolej kita pada pihak luar.
2.2 Bilik Gerakan yang terletak di bangunan utama bersebelahan Pejabat Kolej merupakan bilik
yang digunakan bagi semua mesyuarat serta perbincangan di antara guru-guru serta pihak
pengurusan.
2.3 Bilik Gerakan ini juga merupakan bilik yang digunakan untuk menerima tetamu serta
mengadakan perbincangan di antara pihak kolej dan pihak luar.
2.4 Bilik ini tidak mampu menampung pertambahan guru sedia ada. Maka pihak kolej terpaksa
memindahkan semua mesyuarat ke bilik lain yang lebih sesuai. Walau bagaimanapun bilik
ini merupakan lokasi strategik untuk mengadakan sebarang mesyuarat, perjumpaan,
mahupun menempatkan para tetamu yang hadir ke kolej kita dalam jumlah yang terhad.
2.5 Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa peruntukan amat ini diperlukan bagi
tujuan di atas.
2.6 Dengan adanya sebuah bilik mesyuarat yang lebih selesa, diharap segala mesyuarat dan
perbincangan dapat diadakan dengan lebih selesa dan kondusif.

3.0 IMPLIKASI KEWANGAN

1
Jawatankuasa Menaiktaraf Bilik Mesyuarat
3.1 Implikasi kewangan terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

Anggaran Kos Menaiktaraf dan Mengubahsuai Bilik Gerakan KV(P)TI

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

1. Penghadang cahaya RM1500.00

2. Skirting meja RM800.00

3. Sarung kerusi RM600.00

4. Cermin meja RM500.00

Bingkai gambar Diraja dan Pemaisuri Agong, Perdana RM300.00


5. Menteri, Menteri Besar Negeri Perak, Pengarah
terkini.

6. Jam dinding RM 250.00

Lain-lain belanja runcit RM 600.00


-manila kad
-kertas warna
-riben
7.
-cat
-double sided (heavy duty)
-thumb tack
-wall paper

TV RM300.00
8. -pendawaian baru
-tv bracket

ANGGARAN JUMLAH KOS RM4850.00

3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM4850.00

4.0 PERTIMBANGAN
4.1 Oleh hal yang demikian, saya memohon daripada pihak pengurusan agar dapat meluluskan
kertas kerja ini supaya semua aktiviti pengubahsuaian dapat dilaksanakan mengikut jangka
masa yang telah ditetapkan.
4.2 Dengan kelulusan ini, diharap semua aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan
untuk merealisasikan visi dan misi KV(P)TI dengan jayanya.

2
Jawatankuasa Menaiktaraf Bilik Mesyuarat
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Dipersetujui oleh:

__________________________ _______________________________
(PUAN SITI HATIJAH BT. MANSOR) (PUAN FAUZIAH BT. KAMARUDDIN)
KETUA JAMINAN KUALITI

You might also like