Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Topik 3: Alat Suis (Switch Gear)

TOPIK 3: ALAT SUIS (SWITCH GEAR)

1.1 PENGENALAN
1.1.1 KEPERLUAN ALAT PERLINDUNGAN

Sesebuah sistem bekalan kuasa yang telah direkabentuk selalunya direka khas bagi menampung
keperluan beban sedia ada dan termasuk juga keperluan beban pada masa yang akan datang. Alat
perlindungan merupakan peranti yang penting bagi memastikan kelangsungan operasi sistem
bekalan kuasa kepada pelanggan tanpa sebarang gangguan. Berikut adalah merupakan 3 fungsi
utama alat perlindungan:
i. Melindungi keseluruhan sistem di samping memastikan kelangsungan bekalan kuasa.
ii. Mengurangkan kerosakan dan kos pembaikan di tempat berlakunya kerosakan.
iii. Memastikan keselamatan pekerja yang menguruskan kerja-kerja pembaikan.

1.1.2 JENIS-JENIS ALAT PERLINDUNGAN

Rajah 3.1 menunjukkan carta jenis-jenis alat perlindungan. Alat perlindungan yang diwarnakan merah
adalah merupakan alat yang sering digunakan bagi sistem bekalan kuasa tiga fasa voltan rendah.
Kesemua alat ini dipasang dan diletakkan bersama-sama di dalam papan suis utama (main switch
board/MSB).

1.2 PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH/LV MSB

Di dalam sesebuah papan suis utama bagi sistem bekalan kuasa voltan rendah, pemutus litar
udara/ACB adalah merupakan alat pelindung primer beban milik pengguna. Kemudian diikuti dengan
alat perlindungan yang lain seperti MCCB, MCB, EFR, OCR, ELR dan lain-lain seperti yang
disorotkan di dalam Rajah 3.1.
Topik 3: Alat Suis (Switch Gear)

Alat Perlindungan

Perlindungan Arus Perlindungan Voltan


Perlindungan Arus
Bocor Lampau
Lampau
(Residual current (Overvoltage
(Overcurrent protection)
device/RCD) protection)

Peranti Perlindungan
Geganti Kerosakan Alat Suis Gas
Lonjakan
Pembumian (Gas insulated
(Surge protection
(Earth fault relay/EFR) switchgear/GIS)
device/SPD)

Geganti Kebocoran Penggunting dan


Pemutus Litar Vakum
Pembumian Pengepit Voltan
(Vacuum circuit
(Earth leakage (Voltage clipper and
breaker/VCB)
relay/ELR) clamper)

Pemutus Litar Arus


Bocor Pemutus Litar Udara
(Residual current circuit (Air circuit breaker/ACB)
breaker/RCCB)

Pemutus Litar
Pemutus Litar Teracu
Kebocoran Pembumian
(Moulded case circuit
(Earth leakage circuit
breaker/MCCB)
breaker/ELCB)

Pemutus Litar Mini


(Miniature circuit
breaker/MCB)

Geganti Beban Lampau


(Overload relay/OLR)

Geganti Arus Lampau


(Overcurrent relay/OCR)

Rajah 3.1. Carta jenis-jenis alat perlindungan


Topik 3: Alat Suis (Switch Gear)

1.2.1 JENIS-JENIS LV MSB

Terdapat beberapa jenis LV MSB yang boleh didapati dan digunakan mengikut kesesuaian. Jadual
3.1 menunjukkan jenis LV MSB mengikut aplikasinya yang tersendiri.

Jadual 3.1. Jenis LV MSB dan aplikasinya

Bil. Jenis Aplikasi


1 Jenis dipasang pada dinding (Wall-mounted) Untuk pepasangan bekalan
kuasa beban kecil, kehendak
maksimum < 100A
2 Jenis bilik kecil (Cubicle) Untuk pepasangan bekalan
kuasa beban tinggi, kehendak
maksimum > 100A

1.2.2 KELAS-KELAS LV MSB

Terdapat 3 kelas LV MSB yang boleh didapati. Jadual 3.2 menunjukkan kelas LV MSB mengikut
kesesuaian kegunaannya.

Jadual 3.2. Kelas LV MSB dan ciri-cirinya

Bil. Kelas Ciri-ciri


1 Tiada ruangan ruang pemisah (Compartment) Tidak mempunyai dinding pemisah di
antara komponen-komponen di dalamnya.
2 Terpisah sebahagian (Half compartment) Hanya sebahagian komponen sahaja
yang diletakkan dinding pemisah
3 Terpisah sepenuhnya (Full compartment) Semua komponen dipisahkan di antara
satu sama lain

1.2.3 LOKASI PEMASANGAN LV MSB

Terdapat beberapa jenis lokasi yang menjadi pilihan untuk pemasangan LV MSB. Jadual 3.3
menunjukkan lokasi dan kriteria pemilihan lokasi tersebut.

Jadual 3.3. Lokasi pemasangan LV MSB dan kriteria pemasangan

Bil. Lokasi Kriteria Pemasangan


1 Bilik MSB di dalam bangunan pencawang Atas permintaan pemilik projek. Bertujuan
elektrik menjimatkan ruangan di dalam premis
pemilik.
2 Bilik MSB di dalam bangunan pemilik Atas permintaan pemilik projek. Bertujuan
menjimatkan kabel penyuap.
3 Dinding premis pengguna sambungan terakhir Premis atau bangunan yang tidak
penyuap/feeder dilengkapi pencawang elektrik
Topik 3: Alat Suis (Switch Gear)

1.3 ALAT SUIS

Di dalam pepasangan elektrik bagi sesebuah premis yang mempunyai kehendak maksimum yang
melebihi 300A – 600A dan ke atas, alat suis jenis ACB menjadi pilihan sebagai alat pelindung primer
kemudian diikuti dengan perkakasan perlindungan yang lain sebagai perlindungan sekunder.
Pemasangan alat suis ACB memerlukan perumah yang besar dan kukuh. Oleh itu, MSB jenis cubicle
sering menjadi pilihan bagi melengkapi pepasangan elektrik jenis ini.

1.3.1 PERSIAPAN SEBELUM PEMASANGAN ALAT SUIS JENIS ACB

Sebelum memulakan pemasangan alat suis ACB, MSB sedia ada perlu dilengkapi dengan perumah
alat suis ACB terlebih dahulu. Setiap model dan jenama ACB mempunyai dimensi yang berbeza.
Oleh itu, perumah bagi ACB tersebut hendaklah memenuhi spesifikasi dimensi ACB yang dipilih.
Jenama-jenama ACB yang popular dan mudah didapati di pasaran adalah seperti yang berikut:
i. ABB
ii. Schneider
iii. Tamco
iv. LS
v. Terasaki

ACB selalunya dipasang sekali bersama-sama dengan MSB. Hal ini adalah kerana pemasangan ini
berlaku di kilang pembuatan MSB. Jarang sekali MSB dan ACB dipasang secara berasingan bagi
mengelakkan kekeliruan terutamanya dalam memastikan setiap komponen peralatan perlindungan
yang dipilih dan dipasang dapat disesuaikan dengan saiz/dimensi ruangan yang telah direkabentuk
oleh pembuat MSB. Rajah 3.4 menunjukkan proses pemasangan ACB .
Topik 3: Alat Suis (Switch Gear)

You might also like