Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

LENCANA KEAHLIAN

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapatkan Lencana Keahlian, seseorang budak akan diuji
dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-
makna tiap-tiap satunya

1. Lambang Pengakap Malaysia & Sedunia


2. Persetiaan & Undang-Undang Pengakap
3. Lima Prinsip Rukun Negara
4. Tabik, Hormat & Cogankata Pengakap
5. Permulaan Pergerakan Pengakap
6. Cerita Hutan
7. Laung Agung

LENCANA WAJIB

Setelah mendapatkan Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-kanak
itu wajib mendapat salah SATU dari Lencana Wajib di bawah:

LENCANA AHLI PENUNGGANG BASIKAL


1. Undang-undang Jalanraya semasa berbasikal
2. 10 peraturan menunggang basikal
3. Isyarat Tangan semasa berbasikal
4. Berbasikal sejauh 20 meter berpakaian seragam
5. 10 perkara menyebabkan kemalangan
6. Membaiki kerosakan dan menjaga basikal

1|P a ge
LENCANA AHLI BERENANG

1. Peraturan Keselamatan di air


2. Keselamatan diri dan cara-cara berenang
3. Cara junam / terjun / meluncur / gerak tangan
4. Berenang sejauh 20 meter berpakaian seragam
5. Berenang menyeberang dengan cara telangkup
6. Cara mengendalikan Jaket Keselamatan di air

Kedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini
dipakai di bahagian atas lengan sebelah kiri baju di bawah nama sekawan.

LENCANA KERIS GANGSA

A. KESETIAAN
1. Menyanyi Lagu Kebangsaan Negaraku
2. Bendera Malaysia & Bendera Negeri
3. Lambang Pengakap
4. Nama kuasa penganjur / Guru Besar / Pemimpin
5. Agama-agama di Malaysia

B. KESIHATAN DAN KESELAMATAN


1. Kesihatan & kebersihan diri
2. Bahaya menelan pil dan gula-gula tanpa mengetahuinya
3. Bahaya bermain benda-benda tajam
4. Bahaya bermain mercun, bunga api
5. Pertolongan jika berlaku kemalangan
6. Peraturan keselamatan jalanraya

2|P a ge
C. KECEKAPAN
1. Latihan asas Kawad Kaki
2. Memanjat tali 3 meter
3. Tempat-tempat awam.
4. Menjaga pakaian seragam pengakap
5. Isyarat sulit pengakap
6. Simpulan Buku Sila

D. PENYERTAAN
1. Ahli perpustakaan sekolah / awam
2. Permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang
3. Persembahan pentas / membuka akaun

E. PERKHIDMATAN
1. Membantu ibubapa di rumah setiap hari
2. Membantu menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

LENCANA KEGEMARAN

Setelah lulus Lencana Keris Gangsa, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 dari Lencana
Kegemaran di bawah:

LENCANA KEGEMARAN

1. Koleksi Hobi (C 03)


2. Kraftangan (C 04)
3. Peladang Kecil (C 05)
4. Pelukis (C 06)
5. Pembaca Buku (C 07)
6. Penghibur ( C 08)

3|P a ge
LENCANA KERIS PERAK

A. KESETIAAN
1. Nama Penuh Yang Di Pertuan Agong / Raja Permaisuri Agong / Sultan dan Sultanah / Yang Di
Pertua Negeri dan Isteri
2. Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerah
3. Tahu rukun sembahyang agama masing-masing

B. KESIHATAN DAN KESELAMATAN


1. Tahu jaga kebersihan diri dan persekitaran
2. Tahu faedah senaman
3. Tahu cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung
4. Tahu bahaya aliran elektrik dan gas
5. Tahu isi kandungan peti pertolongan cemas

C. KECEKAPAN
1. Latihan Asas Perbarisan (buka/tutup barisan)
2. Simpulan : Buku Sila, Bunga Geti dan Simpul Sentak
3. Mengetahui memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera

D. PENYERTAAN
1. Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat khususnya.
2. Cara tumbuhan mendapatkan makanan.
3. Cara mengelakkan makanan tercemar.
4. Asas penggunaan computer.
5. Penggunaan telefon awam.

E. PERKHIDMATAN
1. Mengetahui dan memahami Isyarat Wisel.
2. Mendengar syarahan / ceramah.
3. Tahu cara memberikan pertolongan di air dengan alatan.

4|P a ge
LENCANA PENGETAHUAN

Setelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana
Pengetahuan di bawah:

LENCANA PENGETAHUAN
1. Ahli Olahraga (C 09)
2. Ahli Pasukan Permaiana (C 10)
3. Ahli Sains (C 11)
4. Pencinta Alam Sekitar (C 12)
5. Pembaca Peta (C 13)
6. Pemelihara Alam Sekitar (C 14)
7. Pengembara (C 15)

LENCANA KERIS EMAS

A. KESETIAAN
1. Menyanyi 2 buah lagu patriotik.
2. Mengenali Jata Negara Malaysia dan Lambang Negeri Perak.
3. Mengetahui nama dan Mengenali tokoh tempatan.
4. Tahu nama dan kenal Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
5. Mengamalkan rukun agama masing-masing.

5|P a ge
B. KESIHATAN DAN KESELAMATAN
1. Mengetahui 5 Peraturan hidup sihat & bahagia.
2. Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya.
3. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan
4. Mengetahui bagaimana membuat anduh (Kepala, Tangan, Tapak Tangan, Lutut dan Kaki)
5. Menghasilkan buku skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet tentang Anti Dadah
atau Bahaya Merokok atau Keracunan Makanan.

C. KECEKAPAN
1. Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Keris Gangsa dan Perak dan tahu perintah “Langkah
ke Sebelah”, “Cepat Jalan”, “Berhenti” dan “Hormat”.
2. Tahu latihan asas Ala Komando seperti: Merangkak, merangkak di bawah jarring, bergayut
pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet.
3. Mengukuhkan kemahiran ikatan: Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak
(Keris Perak). Tahu cara ikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta
kegunaannya.
4. Demontrasi mendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan.

D. PENYERTAAN
1. Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaannya kepada manusia.
2. Membuat salah Satu daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan PKK sendiri:
a) Buat sebuah kotak untuk alat-alat Pertolongan Cemas atau kotak untuk surat-surat atau
tabung. ATAU
b) Membuat patung sarung jari puppet / patung puppet bertali yang boleh digerak dan
membuat panggung puppet. ATAU
c) Membuat layang-layang yang boleh terbang. ATAU
d) Mengetahui memperbaiki satu jenis permainan berbateri
3. Menyanyi sekurang-kurang DUA buah lagu Pengakap Malaysia.

E. PERKHIDMATAN
1. Bersama sekawan / pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat
awam.
2. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / Perkhemahan.
3. Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri.

6|P a ge
LENCANA PERKHIDMATAN

Setelah lulus Lencana Keris Emas, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana dari
Lencana Perkhidmatan di bawah:

LENCANA PERKHIDMATAN

1. Pekerja Am (C 16)
2. Pengurus Rumah (C 17)
3. Penyelamat Nyawa (C 18)
4. Ahli Pertolongan Cemas (C 19)

RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK

Pengakap Kanak Kanak yang telah mendapat Lencana Keris Emas & 6 Lencana Kepandaian (2
Lencana Kegemaran, 2 Lencana Pengetahuan & 2 Lencana Perkhidmatan) LAYAK untuk memakai
Rambu Pengakap Kanak Kanak dengan syarat Pengakap Kanak Kanak itu:

1. Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan


2. Berkelakuan baik
3. Mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi
Disediakan Oleh:
Abdul Aziz Bin Yapak
ADC UNIT PKK
PPM LMS

7|P a ge

You might also like