Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 SALASILAH PERGURUAN

Silat Cekak dipercayai berasal daripada negeri Kedah, ia juga dipercayai bermula selepas
kedatangan agama Islam di negeri tersebut. Namun timbul juga beberapa persoalan yang
berkaitan kewujudan seni mempertahankan diri ini sama ada ia hasil daripada individu
ataupun ia wujud hasil permuafakatan guru- guru silat yang ada di nusantara pada ketika itu.
Silat ini juga telah diajar kepada para panglima di Kedah bagi tujuan untuk mempertahankan
negeri itu daripada penceroboh luar yang mampu mengugat ketenteraman.

Pada era pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, Panglima Ismail yag berkhidmat
sebagai panglima di bawah Sultan Ahmad Tajuddin, dipercayai individu yang paling lama
mempelajari silat cekak ini. Selain itu, beliau juga dipercayai telah berjaya mengalahkan
seorang Batak bernama Tuah di Kubang Kerian, di negeri Perak.

Apabila peredaran masa berlaku, ilm u Silat Cekak ini telah diturun kepada Panglima
Tok Rashid, namun setelah berlaku bencana, iaitu wabak taun yang merebak ditemapat
tinggal beliau, beliau telah berhijrah ke Perak. Setelah sekian lama memegang ilmu silat
cekak ini. Panglima Tok Rashid telah mengamanahkan silat in kepada Yahya Said. Dengan
amanah yang telah diberikan, Yahya Said telah menjaga amanah ini sehingga ia dikembali
kepada individu yang mempunyai hak.

Setelah memegang amanah menjaga seni bela diri 40 tahun, Yahya Said telah
memberi amanah yang beliau simpan ini kepada Ustaz hanafi Bin Haji Ahmad. Pada tarikh
28 Disember 1965 atau bersamaan dengan 5 Ramadhan, 1835 Hijrah, satu sejarah telah
berlaku, apabila Silat Cekak ini telah dilahirkan semula. Silat Cekak ini telah dikembangkan
dibawah pergerakan Perkumpulan Seni Budaya Sri Kedah. Pada masa itu, Ustaz Hanafi
adalah ketua Seksyen Silat dalam kelab tersebut telah meminta Yahya Said untuk mengajar
Silat Cekak kepada ahli Seksyen Silat, dan beliau sendiri juga turut belajar.

Selepas tamat belajar, Ustaz Hanafi telah diberi tanggungjawab atau diberi mandat
sebagai guru utama oleh Yahya Said bagi mengembang ilmu persilatan ini agar dipelajari
oleh semua golongan masyarakat. Selepas itu, Yahya Said telah pula ke Perak dan tidak
mengajar silat lagi selepas itu. Ustaz Hanafi berjaya membawa ilmu seni mempertahankan
diri ini dikenali dalam kehidupan masyarakat.
Pada tahun 1986, yang bertarikh 13 Ogos, Ustaz hanfi telah kembali ke Rahmatullah,
beliau meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak. Selepas kematian Ustaz Hanafi,
kedudukan Guru Utama telah kosong selama 40 hari dan Ishak Hitam telah memegang
jawatan sebagai pemangku Guru Utama selama tujuh tahun dan selepas itu, pada tarikh 19
Mei 1993, jawatan guru utama itu, telah diserahkan kepada keturunan Ustaz Hanafi iaitu Md
Radzi Haji Hanafi yang merupakan anak keempat Ustaz Hanafi.
2.0 LAMBANG PERSATUAN

1)Bintang Pecahan 21
Kaedah pelajaran Silat Cekak Hanafi mengandungi 21 buah untuk mempertahankan diri.

2)Dua Bilah Parang Lading Bersilang


Senjata rasmi Silat Cekak Hanafi untuk mempertahankan diri.

3)Kalungan Padi
Menggambarkan amalan pengamal Silat Cekak Hanafi iaitu semakin berisi semakin tunduk.
Ia juga menggambarkan silat ini berasal dari masyarakat petani di negeri Kedah.

4)Tulisan Amad Muhamad Timbal Balik(Jawi)


Penekanan Silat Cekak Hanafi terhadap asuhan jasmani dan rohani dikalangan
pengamalnya.

5)Sebilah keris
Melambangkan kedaulatan raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan negara Malaysia
3.0 LAMBANG PERSILATAN

Tulisan jawi Ahmad Muhamad timbal balik yang membawa maksud menunjukkan
asuhan jasmani dan rohani yang ditekankan kepada pengamalnya. Warna biru gelap yang
melambangkan ketahanan jasad dan jiwa yang menjadi amalan ahli silat ini.

You might also like