Laporan Hasil Perjumpaan Sesi Mesyuarat Pemurnian Kertas Cadangan Naik Taraf PKA PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Laporan Hasil Perjumpaan Sesi Mesyuarat Pemurnian Kertas Cadangan Naik Taraf

PKA – PPKP di KKM

Tarikh : 27 Jun 2018


Tempat : Bilik Mesyuarat Utama,
Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM

Berikut merupakan hasil perjumpaan yang telah dihadiri oleh YDP Kesatuan PKA
Sarawak bersama Wakil Kesatuan PKA Semenanjung dan Sabah dengan Bahagian
Perkembangan Kesihatan Awam, KKM.

Secara keseluruhan kertas kerja ini masih di dalam peringkat perbincangan dan sesi
perbincangan seterusnya akan diadakan lagi untuk peringkat yang seterusnya.

CADANGAN NAIK TARAF SKIM PEMBANTU KESIHATAN AWAM DI KEMENTERIAN


KESIHATAN MALAYSIA

Kertas ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan persetujuan Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia berhubung cadangan naiktaraf Skim
Pembantu Kesihatan Awam (PKA) ke Skim Bersepadu Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran (PPKP) di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memantapkan perkhidmatan
kesihatan awam sedia ada.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

 Memperkasakan Perkhidmatan Kesihatan Awam Melalui Peningkatan Kompetensi


Anggota Barisan Hadapan dari Kompetensi Peringkat Sijil ke Peringkat Diploma

 Memperkemaskan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

 Sejajar Dengan Halatuju Kementerian Kesihatan Malaysia

 Sejajar Dengan Halatuju Kerajaan Untuk Memperkasakan Perkhidmatan

 Memperluaskan Skop Perkhidmatan Bagi PPKP

 Isu Syarat Kemasukkan Peringkat Sijil Rendah Pelajaran/ Penilaian Menengah


Rendah (PMR)

 Menyediakan Halatuju Kerjaya bagi PKA


CADANGAN STRUKTUR LATIHAN

Keperluan Lantihan Lanjut

PKA dan PPKP merupakan dua skim yang mempunyai kompetensi standard yang berlainan.
Oleh itu, PKA perlu melalui latihan lanjut untuk peningkatan kompetensi sebelum layak
dipertimbangkan ke skim PPKP

Pengisian Latihan

Latihan yang dicadangkan adalah untuk pengisian seperti berikut:

 Pengisian kurikulum yang tertinggal sewaktu latihan peringkat sijil PKA. Kurikulum
yang tertinggal ini perlu ditambah untuk membolehkan PKA menjalankan tugasan
PPKP.

 Upgrade kurikulum PKA. Walaupun subjek yang diajar adalah sama tetapi peringkat
pengajaran subjek adalah berbeza. Maka, bagi naiktarf PKA ke PPKP, latihan
diperlukan untuk pengisian kepada peringkat pengajaran supaya ia setara dengan
pengajaran PPKP.

Modul Latihan

Modul latihan yang telah dipersetujui adalah sama seperti naiktaraf skim sijil ke Diploma
yang iaitu;

 Latihan berstuktur selama dua (2) tahun

 Latihan adalah di Pusat Latihan KKM selama setahun disusuli dengan latihan
praktikal selama setahun di tempat bertugas asal pegawai.

IMPLIKASI PERKHIDMATAN

 Peningkatan Kualiti Perkhidmatan

 Sistem Penyampaian Perkhidmatan Yang Lebih Tersusun

 Pengejatan Perkhidmatan Awam

 Penyediaan Laluan Kerjaya

ISU-ISU YANG DIJANGKA SUSULAN DARIPADA NAIK TARAF SKIM PKA

Isu PKA di Luar KKM


Isu Dalam KKM

 Isu PKA vs PPKP

 Kekurangan Kakitangan Sewaktu Naik Taraf

 Isu kekananan

PROSES RUNDINGAN DAN PERSETUJUAN PIHAK PIHAK TERLIBAT

 Mesyuarat bersama Wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

 Mesyuarat Bersama Kesatuan PKA

 Mesyuarat Bersama wakil Kesatuan PPKP dan wakil PPKP

 Kajian di kalangan PKA dan PPKP

 Pihak Bhg Pembangunan Organisasi, JPA telah dimaklumkan penyediaan kertas


cadangan ini melalui mesyuarat penyelarasan PKA bersama pihak KPKT.

Satu kajian penerimaan PKA terhadap kertas cadangan ini telah dijalankan sepanjang
bulan Oktober 2013 hingga Januari 2014. Seramai 1674 orang PKA (47.1%) telah terlibat
didalam kajian ini. Taburan melibatkan semua negeri di Semenanjung Malaysia termasuk
Sabah dan Sarawak.

Keputusan:

 Seramai 1672 (99.9%) bersetuju dengan cadangan naiktaraf yang diusulkan dan
hanya 2 orang (0.1%) yang tidak bersetuju dengan cadangan ini

 Daripada jumlah yang bersetuju, 1541 (92.2%) menyatakan minat untuk


menyambung pelajaran dan mengikuti program latihan yang dicadangkan manakala
131 (7.8%) tidak berminat untuk mengikuti program latihan

 Dua orang PKA yang tidak bersetuju dengan cadangan ini adalah PKA di gred U22
dan 17 masing masing. Walaubagaimanapun, mereka tidak menyatakan sebab
penolakan.

You might also like