Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG TEBRAU

JALAN ADDA UTAMA


TAMAN ADDA HEIGHT No. Tel. & Fax : 07-3570989
81100 , JOHOR DARUL TAKZIM. e-mail : jbd1004@yahoo.com.my

Ruj. Kami : JBD1004/700-1/2 ( 4 )


Tarikh : 26.09.2018
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
d/a SK Kota Puteri 4, Jalan Penaga,
Bandar Baru Kota Puteri, 81750,
Pasir Gudang, Johor

Tuan,

PERASMIAN PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT SEKOLAH UNIT-UNIT BADAN


BERUNIFORM SJKT LADANG TEBRAU 2018.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Pihak sekolah berbesar hati menjemput Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk
menyempurnakan Majlis Perasmian Perkhemahan Pendidikan Luar Peringkat Sekolah Unit-Unit Badan
Beruniform Sjkt Ladang Tebrau 2018 yang diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 17 hingga 18 Oktober 2018 (Rabu – Khamis)


Tempat : Pusat Kokurikulum Johor,Susur 7, Jalan Tun Abdul Razak, 80604, Larkin, Johor.
Bil.murid : 100 orang murid (Tahun 4, 5, 6)
Perasmian : 17 Oktober 2018 / Masa : 8.00pm

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk
menyempurnakan perasmian majlis seperti yang tercatat di atas.

4. Bersama-sama ini juga disertakan aturcara majlis untuk makluman tuan .

5. Diharap kehadiran tuan akan memeriahkan lagi majlis ini. Kesudian dan kerjasama daripada pihak tuan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(A.S.PANNIAMAH A/P SUPPIAH)


Guru Besar
SJKT Ladang Tebrau, Johor.

You might also like