Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH SK KERUBONG

 Sejarah Awal
Sekolah ini dikenali Sebagai Sekolah Melayu Kerubong.
Bangunan yang mula-mula dibina ialah bangunan kayu yang
didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.
Dindingnya setengah papan dan setengah kawat jaring dan
tiangnya daripada kayu bulat.
Pada tahun 1937, sebuah bangunan separuh kekal telah dibina
dimana dindingnya daripada kayu, tiangnya batu dan beratap
genting. Ia mempunyai enam bilik darjah. Bangunan ini telah
dirobohkan pada 1998 kerana telah terlalu usang. Ketika itu
hanya terdapat enam orang guru dan 76 orang murid. Murid-
murid terdiri daripada kaum Melayu dan India yang datang dari
5 buah kampung yang berhampiran.
Guru Besar yang pertama berkhidmat di sekolah ini ialah Encik
Husin bin Muslim. (1938-1952) manakala Pengerusi PIBGnya
ialah Encik Abu bin Chik.
 Perkembangan Sekolah
 Bangunan
Pada tahun 1971 telah dibina satu bangunan kekal satu tingkat
yang mengandungi 4 bilik darjah, sebuah pejabat pentadbiran,
sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik Guru Penolong Kanan, dua
tandas guru dan dua tandas murid. Pada tahun 1994, sebuah
bangunan setingkat dibina dengan dua buah darjah, dua buah
bilik kecil dan sebuah bilik kemahiran hidup. Bangunan kilat telah
dibina pada 1998 dengan 3 buah bilik darjah. Manakala
bangunan asal sekolah ini telah dirobohkan kerana terlalu usang
dan dibina semula pada tahun 1998. Bangunan ini siap pada
tahun 2000. Bangunan setingkat ini mengandungi enam buah
bilik darjah, dua buah tandas guru dan dua buah tandas murid.
 Kantin
Sekolah ini mempunyai sebuah kantin yang mengandungi satu
bilik dapur,ruang makan guru dan ruang makan untuk murid.
 Blok Bangunan Baru
Blok bangunan baru telah siap dan mula digunakan pada tahun
2010. Bangunan blok baru menempatkan bilik darjah di tingkat
tiga, pejabat guru di tingkat dua, makmal sains dan bilik
Kemahiran Hidup di aras bawah.
 Padang
Padang sekolah baru yang berada di sebelah bangunan sekolah
mengandungi sebuah padang bola baling dan digunakan untuk
Pendidikan Jasmani dan juga permainan.

You might also like