Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

ISU DAN CABARAN

SAINS DAN TEKNOLOGI

Terbahagi kepada 7 bahagian, iaitu:

1. Ancaman senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of Mass destruction-WMD)


2. Pembangunan teknologi nuklear
3. Teknologi maklumat dan komunikasi
4. Kemajuan nanoteknologi
5. Perkembangan sains forensic
6. Pembangunan inovasi
7. Perubahan iklim

1. Ancaman senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of mass destruction-WMD) seperti


Senjata Kimia, Biologi, Radioaktif, dan Nuklear (CBRN).

 menjadi isu dan cabaran yang amat berbahaya dalam dimensi baru dan akan
menyebabkan kemusnahan paling maksimum terhadap sasaran
 bertujuan untuk mencederakan orang dan juga menyebabkan kerugian dari segi ekonomi,
di samping mewujudkan ketidaktenteraman serta melibatkan pembunuhan
 contoh agen CBRN paling utama ialah virus antrax, ‘food safety threats’, virus nipah,
‘water safety threats’, dan pelbagai lagi. Malaysia pernah mengalami virus penyakit yang
mengancam penduduk Malaysia. Selain itu, ancaman produk makanan seperti kandungan
bahan pencemar yang terdapat dalam tepung susu bayi juga mengancam ekonomi
Malaysia dan negara-negara yang lain di dunia.
 keselamatan awam terancam jika pengunaan senjata berupa letupan ke atas orang ramai.
~contoh: serangan bom di Bali (2002) dan London (2005)
 Penggunaan senjata tersebut telah menyebabkan pencemaran alam dan penyakit
meningkat
~contoh: serangan ddi Amerika Syarikat melalui virus antrax dalam surat telah
membunuh 5 orang dan 17 orang terkena jangkitan virus tersebut
 Kemusnahan yang ketara juga ialah prasarana dan perhubungan terputus. Hal ini
menyebabkan segala pentadbiran terbantut. Semua kemudahan seperti jaringan jalanraya,
sekolah, hospital, dan pusat-pusat perhubungan turut rosak dan tidak dapat digunakan.
Usaha menyelamat terjejas. Kemusnahan sekolah akan menyebab pendidikan merosot.
~contoh: letupan bom di Jakarta (2003)
 Aktiviti ekonomi terjejas kerana terlalu ramai tenaga kerja cedera parah dan maut.
Kerugian yang besar akan berlaku dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk membaiki
semula kerosakan
 Agen CBRN yang berupa virus tertentu yang disebarkan akan mencemarkan segala
bekalan air, udara, makanan serta merebak dari satu tempat yang lain
 Isu dan cabaran ini memerlukan tindakan yang bijak daripada semua pihak. Antaranya
ialah:
~ Peranan peringkat global melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) : Melalui
cawangan utama PBB seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (meningkatkan
taraf kesihatan manusia sejagat dan FAO (meningkatkan pengeluarkan makanan,
membaiki sistem agihan makanan, dan mengatasi kebuluran)
~Peranan peringkat serantau melalui ASEAN:Penubuhan ZOPFAN (menjamin keamanan
serantau
~Peranan setiap negara di dunia seperti Malaysia: memberi kerjasama sepenuhnya
berhubung ancaman gejala ini. Tindakan yang bijak dari suddut keselamatan, kesihatan,
dan pelbagai aspek yang lain harus dijalankan dengan kerjasama peringkat global.

2. Penbangunan Teknologi Nuklear

 Mempunyai banyak kebaikan dan kegunaannya untuk kesejahteraan. Negara-negara yang


memiliki teknologi nuklear seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Jepun.
 Negara-negara maju cuba menyekat penguasaan teknologi nuklear oleh negara
membangun.
 Sebagai sumber tenaga alternatif yang bersih dan mesra alam bagi menggantikan sumber
tenaga berasaskan bahanapi fosil.
 Di Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti
lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada
tahun 2021
 Digunakan dalam bidang kesihatan dan perubatan
~mengesan penyakit berbahaya
~mengimbas pesakit bagi mengdignosis pesakit menggunakan x-ray
~radio terapi digunakan untuk merawat kanser dengan membunuh sel-sel kanser
~digunakan secara meluas di hospital seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI)
 Digunakan dalam bidang perindustrian
~mengawal mutu produk yang dihasilkan
 Digunakan dalam bidang pertanian
~membantu meningkatkan produktiviti
~spektroskopi sinar gamma digunakan dalam keberkesanan aktiviti pembajaan tanah
~menghasilkan anak pokok, enzim serta baja yang bermutu tinggi
 Dalam bidang makanan dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan melalui
pengeksportan buah-buahan. Teknik penyiaran ke atas makanan dengan sinar gamma
boleh membantu meningkatkan tahap kesegaran buah-buahan.
 Dijadikan alat pemusnah dalam peperangan
~contoh: Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

 Malaysia telah menubuhkan sistem rangkaian jauh yang pertama pada tahun 1965. Sistem
ini telah menggunakan gelombang mikro untuk membawa trafik telefon dan televisyen ke
negeri-negeri di Malaysia Timur dan membolehkan Sabah dan Sarawak dihubungi
dengan pantas.
 Pada awal tahun 1970, Malaysia telah membina satelit bumi di Kuantan, Pahang.
 Malaysia juga melancarkan Dasar Telekomunikasi Negara dan Satelit Asia Timur
Malaysia (MEASAT).
 Malaysia telah mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) di peringkat global.
 Selain itu, pembangunan ICT di Asia juga dijalankan. Penubuhan Pusat Serantau Sains
di Asia telah memesatkan lagi penggunaan ICT untuk pembangunan dan keselamatan.
 Pada tahun 2010, Malaysia dapat pengiktirafan daripada Kesatuan Telekomunikasi
Antarabangsa (ITU).
 Dalam usaha memajukan negara dengan kecanggihan ICT, negara juga berdepan dengan
pelbagai isu dan cabaran ICT. Gejala jenayah siber iaitu perbuatan yang dilakkukan
secara tidak sah atau tidak beretika pada ruang maya atau siber semakin meningkat.
Antaranya:
~Penggodaan
~Peras ugut siber
~Pengintipan siber

4 . Kemajuan Nanoteknologi

 Melibatkan komponen kecil yang terlalu seni untuk dilihat dengan mata kita.
 Walaupun kecil, komponen ini mempunyai keupayaan dan kemampuan tinggi pada masa
akan datang.
 Antara tindakan Malaysia untuk berhadapan dengan cabaran kemajuan teknologi ini masa
hadapan ialah:
~Malaysia berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM144.4 juta daripada kerajaan
Malaysia bagi tempoh 5 tahun mulai tahun 2006.
~Kerjasama antarabangsa dalam bidang nanoperubatan, Malaysia dapat bekerjasama
dengan negara luar dalam bidang nanoperubatan.
~Malaysia turut menyertai forum tahunan antarabangsa berhubung dengan
nanoteknologi.
~Malaysia menghantar delegasi untuk menghadiri pameran antarabangsa berhubung
nanoteknologi.
~Mengadakan perbincangan dengan wakil ‘Nanoteknologi Business Creation Initiative’
(NCBI) iaitu Dr.Ichiro Hirata dalam bidang nanoteknologi bahan termaju dalam Jepun.
~Mengetengahkan beberapa kajian tentang nanoteknologi.
~Kerjasama dan lawatan pakar di Universiti Tempatan dengan pihak luar.
~Beberapa siri lawatan ke negara-negara luar seperti China, Korea, Jepun selain negara-
negara ASEAN.

5. Perkembangan Sains Forensik

 Kejadian jenayah terutama yang berkaitan dengan pembunuhan ataupun dadah hari ini
amat mencabar pihak berkuasa untuk bertindak menyelesaikannya.
 Penglibatan Malaysia dalam bidang Sins Forensik di peringkat antarabangsa telah
membolehkan bidang ini berupaya membantu siasatan jenayah mengikut piawaian
antarabangsa. Antara usaha telah dilakukan oleh bidang ini untuk membanteras jenayah
~Analisi khas dadah
~Siasatan kes keracunan
~Siasatan DNA
~Seksyen kriminalistik
~Pemeriksaan dokumen
 Penglibatan Malaysia dalam bidang Sains Forensik di peringkat antarabangsa:
~Malaysia telah menyertai Asian Forensic Science Network (AFSN) bagi memastikan
analisis sains forensik Malaysia sentiasa berada di tahap yang tinggi
~Pada tahun 2012, Pengarah Bahagian Forensik Kimia Malaysia telah dolantik sebagai
Presiden AFSN.
~Unit-unit forensik Malaysia seperti Bahagian Forensik Kimia Malaysia dan Unit
Forensik Polis Diraja Malaysia sentiasa meningkatkan pembelajaran yang berterusan
bagi semua kakitangan.
~Mulai tahun 2002, Malaysia telah menghantar ramai kakitangan untuk mengikuti
Kursus Asas Sains Forensik dan Pengendalian Makmal di Pusat Sains Forensik dan
Pengendalian Makmal di Pusat Sains Forensik Victoria, Melbourne, Australia.
~Unit-unit forensik Malaysia sentiasa mengikuti teknik-teknik terbaru dalam membuat
analisis

6. Pembangunan Inovasi

 Inovasi merupakan eksploitasi idea untuk menghasilkan produk, perkhidmatan dan


barangan yang baharu atau pembaharuan kepada sesuatu yang sedia.
 Banyak halangan untuk membangunkan inovasi agar mencapai tahap global. Antara
halangan yang dihadapi:
~Kekurangan pendedahan tentang ilmu inovasi bertaraf dunia daripada pelbagai
peringkatan.
~Kurang sokongan pihak swasta untuk menaja projek inovasi.
~Kekurangan teknologi yang canggih untuk menghasilkan dan memasarkan produk
inovasi ke luar negara.
~Produk inovasi negara mendapat kurang sambutan pihak luar terutama pasaran global.
~Sikap anggota masyarakat yang pasif dan kurang bersaing terhadap inovasi
antarabangsa.
~Kekurangan bahan mentah untuk dijadikan bahan sumber inovasi
~Penyelidikan yang kurang tentang inovasi bertaraf dunia.
 Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dijalankan oleh negara untuk memajukan
bidang ini hingga ke peringkat antarabangsa. Usaha kerajaan untuk menganjurkan forum
inovasi dan pelbagai program antarabangsa merupakan langkah yang bijak.
 Antara usaha negara:
~Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Yayasan Inovasi dan Keusahawanan Global
(GIEF) telah menghadiri ‘Festival Ideas’ di Brisbane, Austrilia pada tahun 2009.
~Malaysia menganjurkan aktiviti ‘Jejak Inovasi’ di seluruh negara bagi mengumpulkan
hasil inovasi daripada rakyat tempatan pada tahun 2012.
~Untuk menarik lebih ramai pakar inovasi dari luar negara, Malaysia telah menganjurkan
satu forum yang dinamakan ‘World Innovation Forum Kuala Lumpur’ (WIF-KL) pada
3 hingga 7 November 2012.
~Malaysia menyertai ‘Asia Grassroot Innovation Design Competition’ anjuran badan
bukan kerajaan.
~ Malaysia turut mencontohi negara-negara luar seperti Switzerland dan Norway yang
menggalakkan inovasi di peringkat kanak-kanak.
~Pakkar-pakar inovasi di seluruh dunia termasuk Malaysia telah dijemput untuk
menghadiri simposium khas UNESCO untuk mengembangkan lagi idea tentang inovasi
~Seorang pakar inovasi tempatan iaitu pengasas MACRI telah menerima anugerah khas
inovasi daripada Persatuan Kreativiti America (ACA) dalam satu majlis khas inovasi di
Singapura pada 29-31 Ogos 2012.

7. Perubahan Iklim

 Perubahan iklim ini adalah hasil daripada peningkatan gas-gas rumah hijau terutamanya
karbon dioksida.
 Peningkatan suhu di dunia banyak membawa kesan negatif ke atas penduduk dunia.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan iklim ini. Antara faktor
penyebabnya:
~Kepadatan penduduk dunia.
~Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC)
~Perkembangan dalam industri
~Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor
~Pembakaran terbuka dan kejadian jerebu
~Faktor semula jadi
 Usaha menangani isu perubahan iklim ini tidak dapat dilaksanakan di peringkat nasional
sahaja. Isu ini harus diatasi bersama secara global:
~Menghadiri persidangan antarabangsa anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) seperti Persidangan Kyoto pada tahun 1997 (Protokol Kyoto) dan juga
Persidangan di Copenhagen, Denmark pada Disember 2009 (COP15)
~Melaksanakan pengurusan bencana melalui Pusat Serantau Sains Asia.
~Mengadakan Kempen Program ‘Earth Hour’ seluruh dunia.
~Menyertai persidangan antarabangsa tentang Kawalan ke atas Antartika.
~Menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komenwel berhubung Perubahan Iklim
pada tahun 2009 (CHOGM 2009) di Trinidad & Tobago.

You might also like