Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Lampiran A

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN


ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH SEKOLAH (ASISS)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KALI KE-5 TAHUN 2017
1. Pertandingan ASISS KPM ini terbuka kepada semua surau* dan musalla** sekolah
di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Empat kategori yang dipertandingkan iaitu:
a. Surau Sekolah Menengah
b. Surau Sekolah Rendah
c. Musalla Sekolah Menengah
d. Musalla Sekolah Rendah
3. Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
4. Johan di peringkat daerah atau bahagian layak ke peringkat negeri manakala johan
di peringkat negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
5. Aspek penilaian (100% markah) :
a. Pengurusan aktiviti (40%)
b. Pengurusan pentadbiran (19%)
c. Pengurusan kelengkapan/ peralatan (22%)
d. Pengurusan fizikal (14%)
e. Bonus (5%)
6. Sekiranya markah yang diperolehi adalah sama maka penilaian akan dirujuk kepada
aspek berikut:
a. Pertama : Pengurusan aktiviti
b. Kedua : Pengurusan pentadbiran
c. Ketiga : Pengurusan kelengkapan/peralatan
d. Keempat : Pengurusan fizikal
7. Kategori pemenang seperti berikut:
a. Johan
b. Naib Johan
c. Tempat Ketiga
d. Surau Harapan
8. Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga peringkat kebangsaan tidak dibenarkan
menyertai pertandingan pada tahun berikutnya selama 3 tahun manakala pemenang
Surau Harapan boleh dicalonkan semula.
9. Sekolah yang telah mendapat tempat Johan, Naib Johan dan Tempat ke-3 tahun
2013 layak untuk dicalonkan semula ke pertandingan ASISS KPM Peringkat
Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2017.
10. Jawatankuasa penilai di peringkat kebangsaan adalah dilantik oleh Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
11. Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD.
12. Carta Perbatuan Program (Lampiran B)
13. Borang Maklumat ASISS KPM – diisi oleh pihak sekolah (Lampiran C)
14. Borang Calon ASISS Kebangsaan – diisi oleh SPI JPN Negeri (Lampiran D)

Nota:
* Surau ialah binaan/bangunan khas yang didirikan atas nama surau di dalam
kawasan sekolah.
** Musalla ialah surau yang menumpang di mana-mana bahagian bangunan di dalam
kawasan sekolah.

You might also like