Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengenalan

Hutan paya bakau tertumpu di kawasan tropika dan sub-tropika. Pokok bakau hidup
di kawasan pesisiran pantai, muara sungai, di sekeliling pulau dan kawasan pengaruh air
pasang surut. Menurut Kamaruzzaman Yunus et al., (2008), hutan paya bakau mempunyai
nilai ekologi yang sangat berharga. Hutan paya bakau ini juga merupakan tempat tinggal bagi
lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan seperti Rhizophora (bakau) dan Sonneratia
(perepat) dan menampung jumlah haiwan yang paling halus seperti zooplankton sehinggalah
kepada reptilian yang besar iaitu buaya muara. Hutan paya bakau bukan sahaja bertindak
sebagai penahan ombak daripada meluaskan kawasan pantai dan berfungsi sebagai
halangan semula jadi kepada hujan ribut, malah ia juga menjadi habitat pelbagai tumbuhan
endemik dan terancam serta beberapa spesies haiwan (Utusan Online, 2003). Menurut kata-
kata Prof. Madya Sulong Ibrahim yang dipetik daripada artikel Utusan Online, 2003, “Hutan
paya laut amat penting kepada ekosistem laut dan darat kerana ia terletak di antara kedua-
dua ekosistem tersebut.” Ternyata, ekosistem hutan paya bakau sangat penting dan mestilah
dipelihara dan pulihara. Namun begitu, terdapat beberapa aktiviti manusia yang mengancam
ekosistem hutan paya bakau. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Nafisa Hosnib,
2012, di hutan paya bakau di Sungai Pulai, Johor, antara aktiviti-aktiviti manusia yang
mengancam ekosistem hutan paya bakau ialah pembangunan, pembalakan dan sedimentasi.

Aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam ekosistem hutan paya bakau dan


kesan-kesannya

Pernyataan Sharifah Mastura, 1983, seperti yang di petik daripada kajian yang
dijalankan oleh Zaitul Zahira Ghazali et. al., (2001), menjelaskan bahawa kegiatan manusia
dan pemusnahan tumbuh-tumbuhan bagi tujuan pembangunan pelancongan menambahkan
masalah kepada kawasan pantai. Nafisa Hosnib (2012) juga mendapati bahawa pokok bakau
di kawasan kajian beliau iaitu di Sungai Pulai telah diganggu-gugat oleh pencemaran daripada
pembangunan baru termasuklah perkembangan kawasan pertanian, aktiviti perindustrian,
urbanisasi dan perlombongan pasir dalam kawasan tadahan. Pokok-pokok bakau
dimusnahkan untuk membenarkan pembinaan kawasan yang baru bagi tujuan pembangunan.
Hal ini akan mengakibatkan kawasan yang paling hampir dengan gigi air laut semakin
terhakis. Ini jelas ditunjukkan oleh hakisan terhadap tanah yang dikekang oleh sistem akar
pokok bakau. Sekiranya tiada usaha yang dilakukan, lama-kelamaan hutan bakau tidak lagi
dapat bertindak sebagai penampan semulajadi dan memerangkap tanah untuk memberi
kestabilan kepada kawasan pinggir pantai dari bencana alam.

1
Aktiviti pembalakan haram juga menjadi ancaman serius terhadap ekosistem paya
bakau. Ramakrishna et. al, (2001) mendapati bahawa sebanyak 526 hektar bagi kawasan
rizab hutan paya bakau telah di balak secara haram (di petik daripada Zaitul Zahira Ghazali
et. al, 2001). Menurut kajian Zaitul lagi, pembinaan laluan talian Tenaga Nasional merupakan
salah satu faktor kepada pembalakan di kawasan kajian. Pokok-pokok ditebang di sepanjang
laluan bagi membolehkan pembinaan dan penyelenggaraan dijalankan. Dapat dilihat bahawa
pembinaan ini telah mengakibatkan kehilangan kawasan hutan secara langsung terutama
apabila pembinaan laluan transmisi merentasi kawasan hutan. Pembalakan yang tidak mapan
boleh mengancam habitat flora dan fauna di hutan tersebut. Sejumlah besar flora dan fauna
yang endemik atau yang sukar dijumpai akan lenyap dari mukabumi ini akibat daripada
kegiatan yang tidak terkawal ini.

Selain itu, sedimentasi juga menjadi ancaman terhadap ekosistem hutan paya bakau
ini. Perlombongan pasir melibatkan perpindahan pasir daripada keadaan yang semula jadi
yang menghasilkan kepada pencemaran alam sekitar. Keadaan ini berlaku apabila kadar
pengeluaran pasir melebihi kadar penjanaan ini secara normal. Bahan buangan aktiviti
perlombongan di sekitar Sungai Pulai menyumbang kepada peningkatan sedimentasi dan
kawasan lumpur yang membawa kesan kepada ikan dan kesihatan pokok kayu bakau.
Perlombongan di tebing sungai telah memberi kesan hakisan, banjir serta kehilangan
komposisi semula jadi di kawasan rizab hutan paya bakau Sungai Pulai (Zaitul Zahira Ghazali
et. al, 2001).

Langkah-langkah pemuliharaan

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memuliharakan ekosistem hutan
paya bakau ini seperti penanaman semula pokok bakau. Peluang kemandirian biji benih
bakau adalah terhad disebabkan keadaan habitatnya adalah lembut dan berlumpur dan
berada di kawasan berpengaruh arus air pasang surut (Davies J. et. al, 1993). Oleh itu, setiap
masyarakat boleh membantu dengan mencacakkan benih bakau yang tidak berjaya
mencacak ke tanah dan juga mengutip benih bakau yang sihat dan hantarkan kepada pihak
Taman Negeri atau jabatan Perhutanan untuk ditanam di tapak semaian. Anak pokok bakau
yang membesar di tapak semaian akan dialih ke hutan bakau untuk ditanam semula di
kawasan yang ditentukan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, pemuliharaan hutan paya bakau ini juga boleh dilakukan dengan bantuan
teknologi satelit dengan menggunakan teknologi Geospatial. Menurut Fernandez J. M. (2013),
sebelum ini, aktiviti pemantauan hutan dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan tertentu yang
mempunyai kepakaran dan sumber-sumber yang berkaitan sahaja. Dengan adanya teknologi
ini, banyak maklumat dan pantauan dapat dilakukan dalam masa yang singkat seperti

2
pengurusan sumber hutan, penilaian jumlah kayu, pengesanan pencerobohan dan
perancangan pembangunan hutan, penilaian habitat hidupan liar dan penaksiran impak alam
sekitar. Oleh itu, segala apa yang berlaku pada hutan paya bakau boleh dipantau dan diambil
tindakan serta merta dengan adanya bantuan teknologi ini. Maka, hutan paya bakau dapat
dikekalkan hingga ke masa akan datang.

Langkah yang seterusnya adalah dengan menggubal Dasar Alam Sekitar Kerajaan
Negeri selaras dengan Dasar Alam Sekitar Kebangsaan. Hal ini secara tidak langsung akan
meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dalam bentuk pembinaan keupayaan dan
latihan tenaga manusia. Selain itu, pihak yang terbabit juga dapat menentukan atau
mewartakan kawasan tertentu sebagai “Kawasan Kawalan Khusus” iaitu semua
pembangunan di dalamnya akan dikawal supaya mematuhi amalan terbaik dalam hal
kemampanan (Nasir, M. R., 2006). Bukan itu sahaja, dasar ini juga akan menggalakkan
kerjasama di antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berwibawa dengan badan korporat
besar untuk pendanaa, pembinaan keupayaan dan pengurusan persepsi. Di samping itu,
menanam dan meningkatkan kesedaran, pendidikan dan latihan untuk orang awam,
pelancong dan industri.

Kesimpulan

Sungguhpun terdapat banyak aktiviti manusia yang mengancam ekosistem hutan paya bakau
seperti pembangunan, pembalakan dan sedimentasi, namun masih terdapat banyak langkah
yang boleh diambil untuk memulihara hutan paya bakau ini. Langkah pemuliharaan hutan
paya bakau ini perlu diambil serius dari masa ke semasa dengan melibatkan semua pihak
agar setiap orang faham dan belajar untuk memahami kepentingan hutan ini dan menghargai
kewujudan ekosistem ini pada masa akan datang.

3
Rujukan

Davies J., Claridge G., & Kanthaswamy S. (1993). Kepentingan Tanah Lembap. Kuala
Lumpur: Asian Wetland Bureu.

Fernandez, J. M. (2013). Hilang Semakin Hilang Pupus? Masa Kita Untuk Menjaga &
Bertindak Untuk Menyelamatkan Hutan Kita. Selangor: Transparency International
Malaysia.

Hosnib, N. (2012). Hutan Paya Bakau Sungai Pulai, Johor. 1-15.

Junus, L. (2003, January 4). Penting Memulihara Hutan Bakau. Retrieved from Utusan
Online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0104&pub=utusan_malaysia
&sec=rencana&pg=re_04.htm&arc=hive

Nasir, M. R. (2006). Potensi Persekitaran Landskap Paya Bakau Kuala Sungai Merbok,
Sungai Petani, Kedah Sebagai Kawasan Pelancongan Mesra Alam. Isu dan
Pengurusan Alam Sekitar Fizikal, 127-146.

Yunus, K. (2008). Kadar Pengenapan Sedimen Hutan Paya Bakau Di Sungai Miang. The
Malaysian Journal of Analytical Science, 403-409.

Zaitul Zahira Ghazali, Pereira J. J., dan Juhari Mat Akhir. (2001). Perubahan Zon Pinggir
Pantai dan Implikasinya di Kuala Selangor, Malaysia. Geological Society of Malaysia,
265-272.

You might also like