Kertas Konsep Pert. Syair Sek - Menengah 2018

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN
DEKLAMASI PUISI
SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
(Kategori Penyampaian Syair)

Anjuran
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
dengan kerjasama
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1
KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH 2018

KATEGORI PENYAMPAIAN SYAIR

1. LATAR BELAKANG
1.1 Deklamasi puisi ialah satu persembahan seni pentas yang amat popular dalam
kalangan penggiat sastera. Perkataan deklamasi berasal daripada bahasa Latin yang
bermaksud “declamare” atau “declaim” yang membawa makna membaca sesuatu
hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai aset dan
alat bantu. Dengan kata lain, deklamasi puisi ialah pembacaan puisi yang
membabitkan suara, sebutan, nada, intonasi, mimik muka, gerak badan dan
sebagainya.
1.2 Kegiatan deklamasi puisi banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti sekolah,
institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan organisasi
tertentu termasuk DBP, sama ada bersempena majlis tertentu ataupun dalam bentuk
sayembara/pertandingan.
1.3 Sejak tahun 2012, Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat
Kebangsaan telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, serta DBP Cawangan dan Wilayah, bagi
membolehkan pelajar sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bakat
dalam bidang deklamasi puisi. Tahun ini merupakan tahun ketujuh pertandingan ini
diadakan.

2
2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang penyampaian syair.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus
membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya
puisi.

3. SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang belajar
di tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah bantuan kerajaan, sekolah
berasrama penuh, sekolah menengah agama negeri, sekolah agama bantuan
kerajaan kecuali Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

3.2 Pencalonan setiap peserta pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan adalah
melalui pencalonan daripada pihak sekolah.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat:

4.1 Peringkat Daerah

4.1.1 Pertandingan peringkat daerah dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah


SEKIRANYA PERLU.

4.1.2 Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk kepada


arahan Jabatan Pendidikan Negeri.

4.1.3 Seorang peserta yang menjadi johan pertandingan pada peringkat ini akan
mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

4.2 Peringkat Negeri

4.2.1 Pertandingan pada peringkat ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan dan Wilayah.

4.2.2 Sebuah jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

4.2.3 Johan peringkat negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat


kebangsaan.

4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh


dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan
pertandingan kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

3
4.2.5 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil
penyertaan oleh DBP.

4.2.6 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makan minum,


sagu hati hakim dan hadiah akan ditanggung oleh pihak DBP Cawangan dan
Wilayah, kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke
tempat pertandingan.

4.3 Peringkat Kebangsaan

4.3.1 Pertandingan pada peringkat ini akan dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka ibu pejabat melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-
kanak dan Remaja dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.3.2 Enam belas (16) orang peserta yang merupakan johan peringkat negeri akan
bertanding mewakili negeri masing-masing pada pertandingan peringkat akhir.

4.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing merangkap
sebagai guru pengiring.

4.3.4 Sekiranya peserta yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri menarik
diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, peluang boleh
diberikan kepada naib johan, seterusnya pemenang tempat ketiga, dengan
syarat penarikan diri peserta dimaklumkan kepada penganjur tidak kurang
sebulan daripada tarikh pertandingan peringkat kebangsaan.

4.3.5 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu hati
hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan ditanggung
oleh DBP ibu pejabat, kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru
pengiring ke tempat pertandingan.

5. PEMILIHAN SYAIR DAN IRAMA

5.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan teks syair yang akan dipilih oleh
peserta.

5.2 Syair yang disenaraikan merupakan syair yang sedang digunakan dalam komponen
Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) dan sumber lain seperti
yang berikut:

1. Syair Bidasari (Antologi Puisi Tanah Airku – PKLN)


2. Syair Burung Pungguk
3. Syair Perahu
4. Syair Kelebihan Ilmu
5. Syair Bidasari (Teks Komsas Ting. 4 – Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
6. Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
7. Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
8. Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
9. Syair Perang Saudara di Pahang

4
10. Syair Mendapat Gemala Naga
11. Syair Panduan untuk Remaja
12. Syair Berbuat Jasa
13. Syair Definisi Orang Berakal
14. Syair Makna Riak
15. Syair Pemberontakan Patani

5.3 Berikut merupakan irama syair yang dibenarkan:

1. Irama Siti Zubaidah


2. Irama Narasi
3. Irama Mayang
4. Irama Batu Belah
5. Irama Hiasan
6. Irama Perindu
7. Irama Dodoi
8. Irama Dandan Setia

5.4 Syair yang akan disampaikan pada peringkat daerah/negeri dan kebangsaan
hendaklah berdasarkan senarai syair yang telah disediakan.

5.5 Pada pertandingan peringkat daerah/negeri, peserta dikehendaki menyampaikan


satu (1)syair berdasarkan teks/karya pilihan dengan menggunakan satu (1) irama
yang dipilih sendiri oleh peserta.

5.6 Pada pertandingan peringkat kebangsaan, pihak penganjur akan menetapkan


satu irama yang telah disenaraikan kepada peserta yang menjadi johan peringkat
negeri. Setiap peserta akan menyampaikan irama syair yang berlainan seperti
ditetapkan oleh penganjur manakala teks/karya boleh dipilih sendiri oleh
peserta.

5.7 Penyampaian syair selain daripada syair yang disenaraikan akan menyebabkan
penyertaan peserta terbatal.

5.8 Teks syair di atas akan dimasukkan dalam laman web DBP (dbp.gov.my).

6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Peserta pada peringkat daerah/negeri hendaklah memilih dan menyampaikan syair
yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur.

6.2 Peserta yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri layak mewakili negeri ke
pertandingan peringkat kebangsaan. Peserta pertandingan peringkat kebangsaan
dikehendaki menyampaikan irama syair yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
manakala teks syair pula merupakan pilihan sendiri oleh peserta. Pihak penganjur
akan memaklumkan irama syair kepada peserta yang layak ke pertandingan
peringkat kebangsaan sebaik sahaja pertandingan peringkat negeri selesai
dijalankan.

6.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu atau sebarang peralatan muzik
termasuk pita rakaman semasa menyampaikan syair.

5
6.4 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

6.5 Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan


penyertaannya serta-merta.

7. HADIAH

7.1 Peringkat Daerah

DBP tidak menyediakan hadiah untuk pertandingan peringkat daerah.

7.2 Peringkat Negeri

i. Hadiah pada peringkat negeri akan ditentukan oleh DBP Cawangan dan
Wilayah.
ii. Semua peserta peringkat negeri juga akan menerima sijil penyertaan daripada
pihak penganjur.

7.3 Peringkat Kebangsaan

7.3.1 Hadiah pertandingan pada peringkat kebangsaan disediakan oleh pihak


penganjur. Butiran hadiah adalah seperti yang berikut:

Tempat pertama : Wang tunai RM600.00, piala pusingan, buku terbitan


DBP dan sijil penghargaan.

Tempat kedua : Wang tunai RM500.00, buku terbitan DBP dan sijil
penghargaan.

Tempat ketiga : Wang tunai RM400.00, buku terbitan DBP dan sijil
penghargaan.

Sagu hati (13) : Wang tunai RM100.00, buku terbitan DBP dan sijil
penghargaan.

7.3.2 Semua peserta peringkat kebangsaan juga akan menerima sijil penyertaan.

8. HAKIM

8.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah/negeri dan
peringkat kebangsaan, termasuk ketua hakim.
8.2 Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru bahasa Melayu,
guru sastera dan pegawai pejabat pendidikan daerah yang menguasai pelbagai
irama syair.
8.3 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru Bahasa Melayu,
guru sastera dan pegawai pejabat pendidikan daerah/jabatan pendidikan negeri
yang menguasai pelbagai irama syair, Munsyi Dewan (Sastera), penggiat sastera
atau pegawai DBP.
8.4 Hakim pertandingan peringkat kebangsaan terdiri daripada pakar/aktivis sastera
yang menguasai pelbagai irama syair dari dalam DBP dan di luar DBP atau
individu yang difikirkan layak.

6
8.5 Panel hakim tidak akan terpengaruh dengan reaksi emosi/tepuk sorak
penyokong.

8.6 Panel hakim tidak akan memilih peserta yang membaca nota/teks, membuat
perlakuan/menggunakan bahasa yang kurang sopan sebagai pemenang.
8.7 Panel hakim akan memerhatikan mimik muka, sama ada peserta memaparkan
wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Mimik muka itu hendaklah
bersesuaian dengan penyampaian. Jika syair itu memuatkan perasaan sedih,
mimik mukanya hendaklah berpadanan dengan perasaan itu.
8.8 Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta bagi melihat keyakinan
peserta ketika menyampaikan syair.

8.9 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

9. ASPEK PENILAIAN

Aspek yang dinilai adalah seperti yang berikut:

IRAMA (40%) SUARA (40%) GAYA DAN JUMLAH


TEKNIK (20%) MARKAH
IRAMA
Patah Lagu

Nada

Kelancaran

Kelancaran

Penampilan/ Ketertiban
Vokal

Intonasi

Penghayatan/
Mimik Muka/
Bahasa Tubuh

20 10 10 10 20 10 10 10
MARKAH

10. PANDUAN KEPADA PESERTA

10.1 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan
penyampaian syair.
10.2 Peserta yang yakin akan menumpukan matanya kepada penonton, manakala yang
tidak yakin akan lari ke atas atau ke lantai pentas. Oleh itu, peserta perlu berani
memandang wajah penonton.
10.3 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati syair yang ingin disampaikan
daripada membaca teks syair. Markah akan dipotong jika melihat teks syair secara
berterusan.

7
11. KELEMAHAN DAN PEMOTONGAN MARKAH

11.1 Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah muktamad jika
tiada kelemahan dalam penyampaian syair. Markah akan dipotong jika terdapat
kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang
akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

11.2 Membaca teks - Peserta yang membaca teks secara berterusan tidak layak untuk
diumumkan sebagai pemenang pada semua peringkat pertandingan walaupun
mampu menyampaikan syair dengan baik.

11.3 Mengubah teks syair lain daripada teks asalnya.

11.4 Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam bait syair.

11.5 Tertinggal perkataan tertentu dalam syair.

11.6 Mengulang bait yang sama dalam rangkapan syair.

11.7 Mengulang rangkap syair yang sama.

11.8 Membuat perlakuan negatif di atas pentas. Antara perlakuan negatif ialah:
a. Ketawa dan tidak serius semasa menyampaikan syair.
b. Berkata-kata (selain teks syair) semasa menyampaikan syair.
c. Pergerakan yang keterlaluan.
d. Membelakangi hakim dan khalayak semasa menyampaikan syair.

12. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

12.1 Peringkat Daerah/Negeri


Tarikh : Mac - Jun 2018.
Tempat : Ditentukan oleh JPN dan DBP Cawangan/Wilayah.

12.2 Peringkat Kebangsaan


Tarikh : 25-27 Julai 2018
(26 Julai 2018 merupakan tarikh pertandingan)
Tempat : DBP, Kuala Lumpur.

13. JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

13.1 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh


Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP, dan urus setia induk,
ialah Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

13.2 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat


keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang
tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu
masa.

8
14. AM
14.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk
kepada pertimbangan pihak penganjur.

14.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pihak
penganjur.

14.3 Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:

Encik Muhamad Rafiq bin Abdul Rahman,


Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Aras 22, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50960 Kuala Lumpur.
No. Tel.: 03-21479207 / 012-6756055
No. Faks: 03-21479614
E-Mel : rafiq@dbp.gov.my

Disediakan oleh:
Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Januari 2018.

9
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI
PUISI SEKOLAH MENENGAH 2018

KATEGORI PENYAMPAIAN SYAIR

No. Giliran :...................................


Nama Peserta : …………………………………........................................................
Sekolah :.......................................................................................................
Judul Syair :.......................................................................................................
Irama Syair :.......................................................................................................

IRAMA IRAMA (40%) SUARA (40%) GAYA DAN JUMLAH MARKAH


TEKNIK (20%) YANG DIPEROLEH

Penampilan/
Nada

Kelancaran

Kelancaran

Bahasa Tubuh
Vokal

Intonasi
Patah Lagu

Penghayatan/
Mimik Muka/

MARKAH 20 10 10 10 20 10 10 Ketertiban
10
PENUH

Ulasan keseluruhan:

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

Tandatangan Hakim : ……………………………..................


Nama : ……………………............................
Tarikh :.........................................................

10

You might also like