Teks Pengacara Majlis MISS & KALAM JAMAIE 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Teks Pengacara Majlis

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH, KALAM JAMAIE DAN


KHATAM AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH
LAHAD DATU TAHUN 2017.

-PALUAN KOMPANG-

Mengumumkan, ketibaan ….Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Haji
Apdal, Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Lahad Datu, Merangkap Ketua Bahagian
UMNO P188 Silam.

-IRINGAN MUZIK (Asmaul Husna)

-Para hadirin dipohon untuk terus berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku dan Sabah tanahairku

-NYANYIAN LAGU NEGARAKU-


-NYANYIAN LAGU SABAH TANAH AIRKU-

“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wa ala alihi wa ashabihi


azma’in ….

‘Jaza-kumullah khairan katsiiraa’ .. ‘jaza-kun nallah khairan katsiiraa’ , Terima kasih


kepada hadirin sekalian …

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

BismilLahirRahmanirRahim.

Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Haji Apdal, Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Lahad
Datu, Merangkap Ketua Bahagian UMNO P188 Silam.

Yang Berusaha. Encik Zamri Bin Haji Pehakan, Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu.

1
Yang Berusaha, Puan Hajah Junainah Loo , Pengetua Cemerlang SMK Agaseh Merangkap
Pengerusi Penganjur bersama Ustaz Harun Bin Abdul Talib, ……Guru Besar Sabah Cocoa
Lahad Datu Merangkap Timbalan pengerusi penganjur; Puan Norsia Binti Barne (Pengerusi
Majlis Pengetua-pengetua Lahad Datu); Encik Alimin Bin Sarip (Pengerusi Majlis Guru
Besar Daerah Lahad Datu), Pengetua-pengetua , Guru besar – guru besar, Jemaah hakim,
para peserta dan sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh & salam sehati sejiwa

Para Hadirin sekalian,

Ahlan wah sahlan, Salam bahagia, salam hormat dan selamat datang ke acara kemuncak
Majlis Penutupan Rasmi IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH, KALAM
JAMAIE DAN KHATAM AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU BAGI TAHUN 2017.

Untuk makluman para hadirin sekalian, Pertandingan antara sekolah-sekolah telah dimulakan
pada pagi tadi dan baru sahaja berakhir. Seramai 48 peserta sekolah rendah dan 79 peserta
sekolah menengah yang bertanding dalam acara

QIRAAT SAB’AH (MR & MA)


HAFAZAN (MR & MA)
HIWAR (MR & MA)
KALIMATUS SOBAH (MR & MA)
KUIZ ILMU WAHYU (MR & MA)
KUIZ BAHASA ARAB (MR DAN MA) dan ACARA KALAM JAMAIE.

BACAAN DOA

Hadirin yang dihormati

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada pagi/tengah hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa, yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz
MOHD NORHISYAM BIN ALI ZINAL dari SK Bangigod. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz
atas bacaan doa itu tadi.

2
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha .En Zamri Bin Haji Pehakan,
Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu, merangkap pengerusi induk IHTIFAL
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH, KALAM JAMAIE DAN KHATAM AL-
QURAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU
TAHUN 2017 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

(Ucapan..)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Zamri Bin Haji Pehakan, Pegawai Pendidikan
Daerah Lahad Datu atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN.

Cempaka sari warisan sejati


Menjadi kebanggaan seisi negeri
Ucapan perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Seterusnya majlis menjemput Yang Berhormat, Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Haji
Apdal, Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Lahad Datu (Merangkap Ketua Bahagian UMNO
P188 Silam). ,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan
IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH, KALAM JAMAIE DAN KHATAM
AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH LAHAD
DATU TAHUN 2017.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan..

(Ucapan)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga
kepada Yang Berhormat Dato’ atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Dengan ini, maka rasmilah sudah majlis IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH,


KALAM JAMAIE DAN KHATAM AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU TAHUN 2017.

Ucapan tuan menyerikan majlis


Warga pendidik tampak ceria
Kesudian Tuan merasmikan majlis

3
Bangganya kami tidak terkira.

ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI

Hadirin sekalian,

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan
pertandingan yang telah dilaksanakan.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, AL – FADHIL USTAZ


MOHD ZULKHAIRI BIN GHAZALI, selaku ketua jemaah hakim, untuk memberikan
ulasan dan seterusnya, mengumumkan keputusan rasmi pertandingan . Majlis dengan ini
mempersilakan……

Terima kasih diucapkan kepada AL – FADHIL USTAZ MOHD ZULKHAIRI BIN


GHAZALI, ……

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH.

Para Hadirin sekalian…

Kini tibalah masa kita ke acara kemuncak iaitu penyampaian sijil dan hadiah kepada yang
terbaik antara yang baik. Sebelum itu, majlis berbesar hati menjemput UST. HARUN BIN
ABDUL TALIB , SELAKU GURU BESAR SABAH COCOA untuk mempersilakan
PUAN HAJAH JUNAINA BINTI LO selaku pengerusi penganjur untuk menyampaikan sijil
dan hadiah kepada para pemenang.

1-Sijil Penghargaan untuk jemaah juri..(TIDAK PERLU SEBUT)

Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah juri.

Dipersilakan USTAZ MOHD ZULKHAIRI BIN GHAZALI…Selaku Ketua Jemaah Hakim

Seterusnya…

2- ACARA QIRAAT SAB’AH


Pemenang tempat ketiga dipersilakan ……………………………………………………dari
SK…….

Naib Johan
……………………………….dari……………………………………………………

Dan johan pertandingan kuiz bahasa arab


iaitu…………………………..dari……………………………………

4
3- ACARA HAFAZAN
4-ACARA HIWAR
5-KALIMATUS SOBAH
6-KUIZ ILMU WAHYU

Terima kasih kepada PUAN HJH. JUNAINA BINTI LO SELAKU PENGERUSI pengelola
dan TUAN USTAZ HARUN SELAKU TIMBALAN PENGERUSI PENGELOLA kerana
sudi menyampaian sijil dan hadiah.

-ALUNAN LAGU INSTRUMENTAL-

Majlis diteruskan dengan menjemput, Yang Berusaha, Encik Zamri Bin Haji Pehakan,
Pegawai Pendidikan Daerah bagi mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad
Yusof Bin Haji Apdal, Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Lahad Datu , Merangkap Ketua
Bahagian UMNO P188 Silam bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.

7-KUIZ BAHASA ARAB

Pemenang tempat ketiga dipersilakan ……………………………………………………dari


SK…….

Naib Johan
……………………………….dari……………………………………………………

Dan johan pertandingan kuiz bahasa arab


iaitu…………………………..dari……………………………………

8-KALAM JAMAIE

Pemenang tempat ketiga dipersilakan dari SK……………………………………

Naib Johan …….……………………………….dari SK


………………………………………………………

Dan johan pertandingan kalam jamaie……………………………..dari SK


……………………………………

(Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk. Mohon Yang Berbahagia Datuk
untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.)

Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan ini mempersilakan Yang
berusaha Encik Zamri Bin Hj. Pehakan………………. untuk menyampaikan cenderahati
kepada Yang Berhormat Datuk.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ dan Encik Zamri Bin haji
Pehakan………………..atas penyampaian cenderahati itu tadi.

5
TIADA PERSEMBAHAN

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung Majlis.

Di kesempatan ini, kami mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan memohon ampun


dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato’ Haji
Mohammad Yusof Bin Haji Apdal, Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Lahad Datu,
Merangkap Ketua Bahagian UMNO P188 Silam, tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin
sekalian kerana sudi melapangkan masa memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini.

(Sebelum kita bersurai,mohon semua yang hadir pada hari ini,berdiri untuk sama-sama
menyanyikan lagu Asmaul Husna)

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita.
Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.

(Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi diakhiri dengan
mempersilakan Yang Berusaha En.Zamri bin Haji Pehakan mengiringi Yang Berhormat
Datuk serta dif-dif jemputan untuk ke ruang santapan bagi menikmati hidangan.)

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

You might also like