Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Asasi adalah kursus pra universiti yang ditawarkan oleh universiti awam di Malaysia.

Kursus ini terdapat di UM, UIAM, UiTM, UPM, USIM, UPNM, dan UNIMAS. Tempoh
program Asasi bergantung pada kursus yang ditawarkan, dari Program Satu Tahun
(PST) dan Program Dua Tahun (PDT).
Kenapa pilih kursus ini?
Tidak seperti Tingkatan Enam atau Matrikulasi, Asasi dibentuk khusus untuk
persediaan pelajar untuk menghadapi kurikulum di universiti. Terdapat dua jenis
kursus dalam program Asasi, iaitu jenis 'terbuka' dan 'tertutup'. Terbuka: Diiktiraf
oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana muda. Contoh:

 Universiti Malaya (semua asasi kecuali asasi Alam Bina dan


Pengajian Islam, dan semua asasi di UIAM)
 Universiti Teknologi MARA (kecuali asasi di UIAM)
 Universiti Kebangsaan Malaysia (kecuali AsasiPintar)
Tertutup: Hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi dan tidak kepada
universiti lain. Contoh:

 Universiti Malaysia Sarawak


 Universiti Malaysia Sabah
 Universiti Sains Islam Malaysia
 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
 Universiti Putra Malaysia

Syarat layak masuk


Pemohon dikehendaki lulus dengan 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Malaysia.
Asasi biasanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera. Bagaimanapun, terdapat
enam kursus Asasi ditawarkan kepada bukan bumiputera iaitu:

 AsasiPintar di UKM
 Asasi Sains Pertanian di UPM
 Empat kursus asasi di UPNM

Pilihan matapelajaran
Terdapat pelbagai jenis aliran dalam asasi. Setiap UA mempunyai programnya
sendiri yang mengambil masa antara satu atau dua tahun. Sebagai contoh, UiTM
menawarkan program asasi seperti berikut:

Pelajar dinasihatkan untuk mengkaji program asasi yang ditawarkan oleh universiti.
Kaedah penilaian
Pengajian Program asasi biasanya mempunyai satu tahun pengajian (dua
semester), tetapi boleh dilanjutkan kepada dua tahun melalui Program Dua Tahun
(PDT). Ujian Peperiksaan diadakan mengikut semester. Bergantung pada universiti
tersebut, berkemungkinan ada peperiksaan tambahan, sebagai contoh, UIAM
mengadakan peperiksaan Bahasa Arab. Nilai Gred diberikan mengikut kaedah
CGPA. CGPA tertinggi ialah 4.0, dan pelajar dikehendaki mendapat sekurang-
kurangnya 2.0 CGPA atau lebih.
Yuran
Yuran disubsidikan oleh kerajaan. Sebagai tambahan, pelajar diberi elaun RM1,250
satu semester. Yuran pengajian sebanyak RM350 dan kos penginapan sebanyak
RM360 per semester. Penginapan disediakan oleh pihak universiti.
Cara daftar
Permohonan untuk Asasi boleh dibuat secara online melalui laman web Unit Pusat
Universiti (UPU) dari Januari hingga minggu pertama April. Permohonan boleh
dilakukan dengan mendapatkan nombor pin khas dari Bank Simpanan Nasional
(BSN). Baca panduan mengisi UPU dan memilih kampus dan kursus anda di sini.
Jalan ke Uni
Luar Negara Universiti di luar negara tidak mengiktiraf asasi, jadi perlu sambung ke
universiti tempatan dalam ijazah sarjana muda sebelum ke universiti luar
negara. Tempatan Program Asasi akan diadakan selama setahun dan
membenarkan pelajar untuk bekerja dalam tempoh setahun selepas graduasi
sebelum menyambung pelajaran dalam ijazah sarjana muda, dalam lingkungan
umur 21-22 tahun. Pelajar dikehendaki membayar semula elaun tersebut jika tidak
dapat menghabiskan pengajian.

You might also like