Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan

SINOPSIS
Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada (panglima perang Majapahit ) mendapat
khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjurit (tentera) baginda yang telah dibunuh
oleh Laksamana di Bukit Cina, Melaka. Ketujuh-tujuh penjurit tersebut bersaudara. Oleh itu,
mereka berbincang untuk menewaskan Melaka. Patih Gajah Mada merancang
untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan Laksamananya. Kertala Sari
bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian
ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka. Patih Gajah membawa Kertala Sari
mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang
sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan
Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan
Laksamana Melaka. Sultan Melaka menjanjikan jawatan penggawa agung (ketua kampung)
kepadanya. Kertala Sari yang bersemangat waja bersedia menjunjung perintah Seri Betara.
Kertala Sari telah belayar ke Melaka bersama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala
Sari menyamar sebagai orang Jawa untuk bersama dengan penduduk kampung yang
berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma
Wijaya (pembesar / menteri kerajaan Melaka yang berketurunan Jawa). Dia berjaya
mengecam Laksamana yang telah membunuh bapanya.
Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta
mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka
dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya berkawal bagi menjaga keselamatan dan
mengawal keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian.. Hal ini kerana Kertala Sari
menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Pada malam yang
berikutnya, Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya untuk menundukkan para pengawal yang
berkawal di rumah orang kaya itu. Habis harta benda orang kaya itu dicurinya dan isteri orang
kaya itu turut juga dicabul Kertala Sari. Sekali lagi, Sultan Melaka mengarahkan Temenggung
memperkukuh barisan pertahanan bagi mengawal negeri Melaka daripada ancaman
pencuri.Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal menjaga negeri Melaka.
Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu
Sultan bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan
berasal dari luar Melaka. Oleh itu, Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk
mengawal istana kerana mengikut firasatnya Kertala Sari akan masuk ke istana pula.
Laksamana memasang lembing, tombak dan kayu di keliling istana Sultan Melaka.
Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana dengan tipu
muslihat itu. Pada waktu malam, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia
ternampak Kertala Sari cuba memasuki istana Sultan Melaka. Laksamana menyembunyikan
dirinya untuk melihat perkembangan penjahat itu. Kertala Sari cuba memasuku istana itu
untuk mencuri dan mengganggu isteri Sultan yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di
istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari
tidak jadi masuk ke istana SultanMelaka. Kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang
dimiliki oleh Laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta
Sultan,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri Sultan.
Akhirnya, Kertala Sari berjaya dibunuh oleh Laksamana di tengah pasar, manakala
kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti Laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari
telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk
dibuktikan kepada Sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun,
Laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada Sultan bahawa beliaulah yang
telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda Sultan telah memberi anugerah kepada
Laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Sultan Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk
mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit
Cina. Sultan Melaka mengagaihkan segala harta yang diperoleh semula itu kepada tiga
bahagian, iaitu dua bahagian diberikan kepada Laksamana dan satu bahagian diserahkan
kepada pemilik asal harta yang berkenaan. Semua rakyat bersetuju dengan
cadangan Sultan itu. Laksamana telah mengagihkan pula separuh harta yang diterimanya itu
kepada tiga bahagian. Namun begitu, barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan
oleh Laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun dari harta tersebut. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari
berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala
Sari yang dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upaya
mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka.

TEMA - KEPAHLAWANAN SEORANG LAKSAMANA YANG MEMPERTAHANKAN


NEGARA DARIPADA ANCAMAN MUSUH DAN ANASIR LUAR. - KEBERANIAN DAN
KEGAGAHAN LAKSAMANA MEMPERTAHANKAN NEGERI MELAKA DARIPADA
ANCAMAN TUJUH ORANG PENJURIT MAJAPAHIT / BERJAYA MENANGANI
ANCAMAN KERTALA SARI DARI MAJAPAHIT / MENGEMBALIKAN
KEAMANAN KERAJAAN MELAKA .

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Watak utama – Laksamana.


2. Watak-watak sampingan – Kertala Sari, Raja/Ratu Melaka, Seri Betara Mahapahit, Bini Petala Bumi,
tujuh orang penjurit, Saudagar yang kaya, Temenggung, Bendahara dan sebagainya.

Laksamana - salah seorang hulubalang Melaka. / berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh
orang penjurit termasuklah Petala Bumi. / bijaksana - Laksamana memakai baju berwarna hitam
ketika dia keluar menjejaki pencuri yang membuat huru-hara di Melaka pada waktu malam. / berani
dan gagah. - Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya. / digeruni
oleh pihak lawan -Kertala Sari berasa gerun ketika pertama kali melihat Laksamana yang begitu gagah
perkasa. / baik hati. -Laksamana mengagaihkan harta benda yang diterimanya kepada tiga bahagian
termasuklah bahagian golongan fakir miskin. / bertanggungjawab - Laksamana menjalankan
tugasnya sebagai hulubalang Melaka dengan penuh tanggungjawab. / patuh akan perintah Sultan
Melaka - Laksamana menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa sebarang bantahan.

Kertala Sari - hulubalang kerajaaan Majapahit. / Bapanya, Petala Bumi telah dibunuh oleh
Laksamana/ berani bertindak - berani menjalankan kegiatan mencuri secara bersendirian tanpa
sedikit pun berasa bimbang. / kejam dan ganas - Kertala Sari bukan sekadar mencuri harta benda,
malah turut mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar. / memiliki ilmu kesaktian
- menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkannya menjadi halimunan ketika mencuri di rumah
mangsanya. / pendendam - berdendam dan berniat untuk membunuh Laksamana dan Sultan Melaka
yang telah membunuh bapanya, Petala Bumi. / patuh akan perintah pemerintah - Kertala Sari patuh
akan perintah Seri Bertala Majapahit yang menitahkannya ke Melaka bagi membunuh Sultan Melaka
dan Laksamana.

Sultan / Raja / Ratu Melaka - Baginda juga dikenali sebagai Tuanku Syah Alam. / adil dan
saksama. - baginda telah mengagihkan harta benda milik rakyat dan pembesar semula secara rata
dan adil. / mementingkan keharmonian negara. - baginda berasa resah dan bimbang setelah
mendapat berita bahawa negeri Melaka diancam kes kecurian. / mengenang jasa hulubalang
- memberikan anugerah kepada Laksamana atas jasanya memakmurkan bumi Melaka semula. /
rasional dalam membuat tindakan. - baginda mengarahkan Temenggung mengetatkan lagi kawalan
di kawasan kampung dan negeri bagi mengawal kegiatan kecurian yang semakin menjadi-jadi.
Patih Gajah Mada - Pembesar dan Panglima perang kerajaan Majapahit. /
pendendam. - berusaha sedaya upaya mencari hulubalang atau pahlawan yang handal bagi
menentang Laksamana dan Sultan Melaka.

LATAR
Latar Tempat

1. Majapahit. Seri Betara Majapahit menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Sultan
Melaka dan Laksamana.
2. Rumah Petala Bumi. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari untuk
menjemoutnya ke kediaman Patih Gajah Mada.
3. Bukit Cina. Kertala Sari telah menyimpan dan menyembunyikan harta yang dicurinya di Bukit Cina.
4. Istana Tuanku Syah Alam/ Sultan Melaka. Laksamana telah membawa bukti keris dan alat
kemaluan Kertala Sari yang telah dipotong sebagai bukti bahawa beliaulah yang telah membunuh
Kertala Sari.
5. Tengah pasar. Laksamana telah berpakaian serba hitam dan menyamar sebagai penjurit untuk
menangkap penjurit sebenar yang telah menghuru-harakan negeri Melaka.
6. Melaka. Keadaan huru-hara berlaku di Melaka selepas banyak rumah rakyat dan pembesar dimasuki
pencuri.

Latar Masa

1. Zaman pemerintahan Kesultanan Melaka. Peristiwa yang berlaku dalam prosa ini berlaku pada
zaman pemerintahan Kesultanan Melaka.
2. Waktu pagi. Bendahara terkejut apabila mendapati rumahnya telah dimasuki pencuri dan semua harta
bendanya habis dicuri pada waktu pagi.
3. Waktu siang. Sultan Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengetuai rakyat untuk mendapatkan
harta milik mereka semula yang telah dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina.
4. Waktu malam. Kertala Sari telah menceroboh dan mencuri harta benda di rumah Bendahara pada
waktu malam.

NILAI

1. Nilai keberanian
Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.

2. Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.

3. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-
pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.

4. Nilai pemurah
Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun harta itu.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.

2. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.

3. Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.

4. Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan

You might also like