Aspirasi Murid Kak Zira

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

4.

3 Jurang gender dalam pencapaian prestasi

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ada menyentuh tentang jurang pencapaian antara
gender yang semakin dan terus melebar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Pencapaian murid perempuan sentiasa mengatasi murid lelaki pada semua peringkat. Jurang
pencapaian antara gender mula ketara di peringkat UPSR dan berterusan sehingga ke
universiti, iaitu 70% daripada kohort universiti terdiri daripada pelajar perempuan.

Walaupun fenomena ini bukan suatu perkara baru di Malaysia, namun ia memerlukan
perhatian bagi memastikan negara tidak mempunyai kohort murid lelaki yang ‘tercicir’.

Kerapkali pencapaian pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki di dalam
peperiksaan umum. Ini disebabkan oleh pelajar perempuan lebih fokus dalam pelajaran
manakala sebahagian pelajar lelaki tidak berminat dengan akademik dan lebih gemar
bersosial.

Ketidak seimbangan gender dalam kemasukan ke universiti sudah menjadi lumrah hampir
tiga dekad yang lalu. Dapatan kajian menunjukkan kaitan antara gender iaitu pelajar
perempuan mempunyai ciri-ciri seperti rajin, mempunyai inspirasi tinggi dan mempunyai
hala tuju dan faktor ini meninggalkan impak ke atas kejayaan mereka masuk ke universiti. (
Latifah Ismail, 2014)

Hubungan antara gender dan subjek pengkhususan menunjukkan pelajar lelaki lebih
cenderung khusus dalam Fizik, Matematik dan Kejuruteraan, manakala pelajar perempuan
cenderung dalam subjek Linguistik, Pendidikan dan Sosial Sains. Walau bagaimana pun,
dapatan kajian mendapati “fenomena ini tidak meninggalkan kesan terhadap pembangunan
negara dan tidak menjejaskan kepimpinan negara”.( Latifah Ismail, 2014)

Bagaimanapun, masih terdapat murid lelaki yang menunjukkan minat yang tinggi semasa
mengaplikasi kemahiran pemikiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran Pendidikan Islam
berbanding murid perempuan. Kajian menunjukkan murid lelaki lebih menonjol dalam
kemahiran pemikiran kreatif dan kritis Pendidikan Islam disebabkan oleh peranan positif dan
motivasi yang tinggi daripada para guru. (Zanariah Abdul Wahab & Nik Rosila Nik Yaacob,
2018)
Begitu juga dengan kajian mengenai subjek bahasa Melayu (Pemahaman) menunjukkan
pelajar lelaki mencapai prestasi yang tinggi berbanding pelajar perempuan dari 2009 hingga
2013. Namun begitu, pelajar perempuan menunjukkan peningkatan dalam bahasa Melayu
(Penulisan) dan bahasa Inggeris berbanding pelajar lelaki dari 2008 hingga 2013.

Sementara bagi subjek matematik dan sains, pelajar perempuan sekali lagi menunjukkan
pencapaian yang tinggi kecuali pada tahun 2011 diungguli oleh pelajar lelaki dalam
matematik.

Oleh itu, ia menterjemahkan bahawa pencapaian pelajar perempuan dalam semua subjek
lebih bagus daripada pelajar lelaki dari 2008 hingga 2013. Selain itu, pelajar perempuan juga
menunjukkan prestasi yang tinggi dalam semua subjek berbanding lelaki dari 2008 hingga
2014.

Kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang ketara antara pencapaian akademik pelajar
lelaki dan perempuan di sekolah rendah. Misalnya, bagi subjek bahasa Melayu (Kefahaman),
matematik dan sains, pelajar lelaki biasanya menunjukkan prestasi yang tinggi pada tahun
tertentu.

Bagaimanapun, semasa peperiksaan di sekolah menengah (PMR dan SPM), pelajar


perempuan lebih menunjukkan peningkatan prestasi melalui subjek bahasa Melayu, bahasa
Inggeris, matematik dan sains berbanding pelajar lelaki.

Ini bermakna, kajian lepas seperti isu jurang gender ini amat signifikan dengan corak
pencapaian akademik antara pelajar lelaki dan perempuan di Malaysia, di mana ia sedikit
sebanyak dapat membantu untuk mengatasi isu tersebut. (Nor Aniza Ahmad, Siti Aishah
Hassan, Abdul Razak Ahmad, Chua Lay Nee and Nor Hashim Othman, 2017)

4.3.1 Implikasi jurang gender

Disebabkan oleh isu prestasi rendah murid lelaki yang menyebabkan jurang gender semakin
melebar, murid lelaki tidak berminat dengan bidang akademik dan cenderung terlibat dengan
aktiviti yang tidak bermoral dan hedonisme.
Kebiasaannya, aktiviti tidak bermoral ini dilakukan atas sebab pengaruh daripada rakan
sebaya. Kanak-kanak lelaki lebih lasak dan berani berbanding kanak-kanak perempuan yang
lemah- lembut dan agak pendiam. (Rohayati binti Junaidi, Tengku Intan Marlina binti
Tengku Mohd Ali dan Madiawati binti Mamat @ Mustaffa, 2018) Oleh sebab itu, tidak
mustahil pelajar lelaki lebih ramai terlibat dengan aktiviti tidak bermoral disebabkan sifat
berani mereka yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ibu bapa kurang memantau pergerakan mereka di luar rumah, maka berlakulah
perkara yang tidak diingini seperti gangsterisme, tabiat suka mencuri, menipu rakan dan guru,
ponteng sekolah, penagihan dadah dan menonton video lucah.

Tidak kurang juga ada pelajar lelaki yang meninggalkan persekolahan lebih awal kerana lebih
minat mencari kerja. Bagi mereka, duit lebih memberikan kepuasan berbanding mencari
ilmu. Kebiasaannya pelajar sebegini terdiri dari kalangan kumpulan berpencapaian rendah.

Namun begitu, terdapat juga pelajar lelaki yang cenderung ke arah menceburi bidang
kemahiran dan sukan yang lebih dekat dengan minat dan kebolehan mereka.

4.3.2 Cadangan

Sesebuah kajian itu boleh menjadi aras petanda untuk kajian seterusnya mengenai bagaimana
corak pencapaian akademik antara pelajar lelaki dan perempuan boleh dikurangkan atau
diatasi dengan mengenalpasti beberapa faktor yang menyumbang kepada pencapaian jurang
atau menyediakan langkah pencegahan untuk menghalang masalah tersebut berlaku.

Daripada kajian itu juga, penyelidik mendapati setiap pelajar berhadapan situasi berbeza yang
memberi kesan kepada pencapaian mereka seperti perbezaan keupayaan, gaya dan strategi
pembelajaran.

Oleh itu, setiap guru dan pendidik perlu mengetahui cara untuk menyerlahkan kebolehan para
pelajar ke tahap maksimum tanpa bias antara lelaki dan perempuan.
Bagi ibu bapa pula, mereka perlu aktif mengambil bahagian dalam setiap pembelajaran anak-
anak, sama ada di rumah atau di sekolah, supaya anak-anak dapat merasakan ada orang yang
mengambil berat tentang mereka.

Dalam kata lain, ibu bapa juga perlu menerapkan nilai positif agar dapat memberikan
motivasi kepada pelajar supaya lebih berusaha ke arah kebaikan di sekolah. (Nor Aniza
Ahmad, Siti Aishah Hassan, Abdul Razak Ahmad, Chua Lay Nee dan Nor Hashim Othman,
2017)

Dalam The Asian Parent Malaysia juga menegaskan bahawa ibu bapa dan guru yang
merupakan persekitaran yang paling dekat dengan kanak-kanak memainkan pengaruh yang
besar dalam mengawal tingkah laku kanak-kanak.

Isu yang sama pernah ditegaskan oleh Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah
Yusuf (2012, hlm. 155), di mana pengkaji berpendapat bahawa faktor persekitaran yang
paling signifikan dalam mempengaruhi tingkah laku individu adalah terdiri daripada ibu
bapa, guru, rakan sebaya, sekolah dan media massa.(Rohayati binti Junaidi, Tengku Intan
Marlina binti Tengku Mohd Ali dan Madiawati binti Mamat @ Mustaffa, 2018)

Kadang-kadang mengongkong anak lelaki itu lebih banyak kebaikannya. Semuanya


bergantung kepada tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Kerana dari situ
anak-anak akan lebih cenderung memilih teman yang tidak jauh dari safe zone mereka.

Selain itu, kepelbagaian perisian siber yang menjadi pilihan pelajar lelaki lebih banyak
melalaikan mereka. Namun begitu kita boleh melihat banyak barangan hands on untuk
melengkapi naluri serta minda lelaki supaya menjadi insan yang lebih baik dari segala contoh
pandangan mata kasar. Misalnya, pakaian dan jalan cerita dari filem yang diajar dari kecil
adalah antara yang banyak mempunyai nilai murni dan tauladan.

Setiap murid mempunyai potensi yang berbeza. Jadi para guru juga perlu memainkan peranan
yang penting untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan setiap murid. Misalnya
melakukan active learning dengan mengambil tahu tahap setiap murid. Ada yang fast
learner dan ada yang slow learner. Seperti yang kita ketahui murid lelaki lebih gemarkan
sesuatu yang rasional dan logik serta study smart.
Oleh itu, kadangkala guru juga perlu menggunakan kaedah pembelajaran yang berkonsep
aktif atau game yang lebih berkait dengan lima deria iaitu melihat, mendengar, merasa,
menyentuh dan menghidu. Ini bermakna guru tidak perlu terlalu mengikut 100% modul yang
digariskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Guru juga perlu memastikan tiada murid yang
tercicir samada lelaki atau perempuan dengan memegang kepada prinsip no student left
behind.

4.6 Kurang pengetahuan moral dan rohani

Kebanyakan pelajar yang mendapat pencapaian akademik yang tinggi di sekolah


kebiasaannya akan diberikan penghargaan utama. Sementara pelajar yang kurang berjaya dan
gagal menunjukkan nilai moral yang baik, tiada penghargaan yang diberikan.

Noor Shakirah Mat Akhir dan Muhammad Azizan Sabjan (2014) menyentuh bahawa aspek
kerohanian adalah asas kepada pembinaan modal insan kerana sumber diri seorang manusia
itu asasnya berbentuk spiritual, bukannya material.

Ini kerana zaman gen-z sekarang ramai anak-anak muda lebih terdedah dengan gajet dan
Internet. Jadi tidak hairanlah mereka disogok dengan pelbagai budaya popular dari luar
negara yang boleh meruntuhkan moral dan akidah mereka.

Mereka seharusnya mengangkat nilai-nilai yang terkandung dalam semua agama dengan
menonjolkan kepentingan beragama dan mengaplikasikan nilai dalam agama masing-masing,
terutamanya mereka yang beragama Islam.

Hal ini kerana penyumbang kepada pembinaan akhlak yang baik adalah berkait rapat dengan
agama. Justeru, agama merupakan asas kepada pembentukan sahsiah, akhlak, sikap dan
tindakan seseorang.
4.6.1 Implikasi

Rentetan daripada fenomena sebegini, ramai pelajar yang kurang berminat untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan mereka terdedah dengan masalah sosial
yang semakin tular di media sosial sekarang.

Kes seperti pelajar bunuh diri, gejala ponteng sekolah, merokok, penagihan dadah dan seks
bebas adalah antara kes popular yang disiarkan melalui media massa. Misalnya, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti 402 buah sekolah seluruh Malaysia
berhadapan dengan isu disiplin dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar.

Berdasarkan statistik tersebut, Selangor mendahului carta dengan 76 buah sekolah paling
bermasalah di mana sembilan daripadanya tersenarai terjebak dengan masalah dadah dan
yang selebihnya bermasalah disiplin.

Kedua tertinggi dalam carta adalah sekolah-sekolah di negeri Johor, dengan 63 sekolah,
diikuti Negeri Sembilan dengan 40 buah sekolah manakala di Pulau Pinang dan Pahang
pula masing-masing berkongsi jumlah yang sama iaitu 37 buah sekolah bermasalah.

Kuala Lumpur hanya mempunyai 22 buah sekolah bermasalah namun kesemua 22 buah
sekolah itu dikategorikan sebagai bermasalah dalam isu dadah.

12 daripada 13 buah sekolah bermasalah yang tersenarai di Kelantan pula


dikategorikan mempunyai masalah dadah.

Sementara dua sekolah bermasalah di Putrajaya hanya tergolong dalam kategori masalah
disiplin manakala tiada sekolah tersenarai di Sabah.

4.6.2 Cadangan
Pendidikan akhlak atau moral yang berkesan adalah penting untuk melahirkan kefahaman
yang betul tentang akhlak serta dapat mengamalkannya dengan baik. Untuk memahaminya,
seseorang itu mesti mempelajari dengan penuh perhatian.
Akhlak seseorang individu boleh berubah sekiranya mendapat didikan secara berterusan.
Proses pembentukan akhlak dapat dicapai melalui pendidikan dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam.

Keberkesanan pendidikan akhlak yang dipelajari secara teori perlu dipraktikkan melalui
amali dan kehidupan seharian pelajar.

Begitu juga, perlu ditegaskan bahawa penampilan diri guru di sekolah memainkan peranan
penting dalam menerapkan nilai-nilai akhlak Islam. Dalam hal ini, guru atau pendidik perlu
bertindak sebagai role model dan mengamalkan nilai-nilai moral dan adab yang baik untuk
diteladani oleh pelajar.

Sesungguhnya guru adalah pendakwah yang paling berkesan. Guru-guru juga perlu untuk
tidak hanya menceritakan ideological legend dalam Islam tetapi membicarakan model
kehidupan dalam dunia yang sebenar.

Guru tidak hanya menyampaikan fakta dan pengetahuan tetapi menajamkan makna
kemanusiaan dan teknologi dalam kalangan pelajar agar dapat menghadapi cabaran dan
menangani zaman globalisasi dengan jayanya. (Jamilah binti Mohd Noor, 2014)

Selain itu, kaedah pembersihan jiwa seharusnya menjadi asas utama dalam membimbing
masalah pelajar dan memulihkan mereka daripada penyakit-penyakit moral yang
membelenggu diri mereka. Misalnya, kaedah sebegini dilakukan oleh pendakwah di Dar
Assaadah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Raudhatus Sakinah yang mempunyai lima cawangan
di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Melaka serta Rumah Puteri Arafiah di Shah
Alam.

Dengan mengaplikasikan kaedah pembersihan jiwa, antara pendekatan yang diambil ialah
dengan menjalankan aktiviti bermanfaat, memberi ilmu agama dan memberi didikan tentang
kepentingan solat dalam kehidupan.
Pendakwah di Raudhatus Sakinah dan Rumah Puteri Arafiah juga mengutamakan
penghayatan solat dalam diri penghuni dan bimbingan kepada pembinaan akidah dan akhlak
yang sempurna sebagai seorang muslimah.

Pendekatan membersihkan diri melalui solat sunat tahajud, solat taubat dan qiamullail juga
digunakan bagi tujuan mendekatkan penghuni kepada Allah.

Kepentingan solat dan penghayatannya dalam diri seseorang telah disebutkan oleh Abdul
Rashid (2003) yang menjelaskan bahawa solat merupakan adunan dua unsur penting dalam
diri manusia; rohani dan jasmani.

Solat mampu menjadi sumber ketenangan dan kekuatan jiwa. Dari aspek akhlak, solat
mempunyai kemampuan untuk menjadikan pelakunya menyedari kesilapan dan
memuhasabah diri.

Selain penekanan kepada kepentingan solat, ketiga-tiga pusat bimbingan ini turut
membiasakan remaja dengan rutin keagamaan lain seperti menghafaz surah-surah pilihan dan
berzikir pada waktu terluang.

Penyelia Rumah Puteri Arafiah menyatakan bahawa kaedah ini berupaya mengalihkan
perhatian remaja daripada menyibukkan minda dan emosi mereka dengan perkara negatif.

Hasil kajian Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Khadijah Alavi, Mohd Suhaimi Mohamad,
Noremy Md Akhir & Salina Nen (2012) menunjukkan bahawa remaja yang terpengaruh
dengan masalah sosial mempunyai pengetahuan agama yang sederhana dan tidak
meyakinkan.

Justeru, remaja memerlukan pegangan agama yang kukuh sebagai benteng penghalang
daripada perlakuan negatif. Walaupun begitu, penting untuk disebutkan bahawa majoriti
remaja yang telah terlibat dalam gejala sosial ini sangat bersetuju bahawa mereka mempunyai
rasa ingin mendalami agama dan mahu berubah serta bersedia untuk menerima bimbingan
dan pemulihan akhlak dengan hati yang terbuka.
Di Dar Assaadah, kebanyakan pendakwah lebih memilih untuk bertegas dengan remaja
sepanjang mengendalikan program, bertujuan mendidik dan mendisiplinkan mereka.

Walaupun begitu, pendekatan lembut turut digunakan dalam sesetengah keadaan


terutamanya apabila terdapat penghuni yang tidak mampu menerima dakwah yang dijalankan
secara tegas. Selain itu, terdapat antara pendakwah yang dikenali dalam kalangan penghuni
sebagai pendengar masalah yang baik dan orang yang berlembut ketika berurusan.
Hal ini menjadikan penghuni tidak tertekan sepanjang tempoh program walaupun terikat
dengan jadual program yang ketat kerana mereka mempunyai tempat untuk bersandar ketika
mempunyai masalah.

Disebabkan remaja hari ini lebih mudah terkesan dengan kaedah yang mesra dan tidak
memaksa, pendakwah membina hubungan baik antara mereka dengan penghuni. Mereka
berusaha menjadi sahabat kepada mereka sekaligus menjadi pendengar yang baik serta
bersabar dan bersungguh-sungguh dalam berdakwah.( Nurul Badriyah binti Ali, 2017)

Misalnya, pelopor teori B.F.Skinner juga memperkenalkan teori lebihkan ganjaran dan
kurangkan hukuman. Jika ada murid lelaki mempunyai masalah disiplin, selidik dahulu apa
yang berlaku dan bukannya terus menghukum mereka.

Mungkin juga mengamalkan teori daripada Jean Piaget iaitu mendengar apa yang mereka
inginkan dan memberi galakan kepada perkara yang positif untuk membantu mengubah
mereka menjadi yang lebih baik.

Janganlah sekali-kali memalukan murid yang melakukan kesalahan kerana mereka ini
sebenarnya mempunyai naluri ingin rasa dihormati. Situasi ini ada ditegaskan dalam Teori
Keperluan oleh Abraham Maslow.

Kadangkala, kita perlu menjadikan murid yang remaja sebagai kawan kita. Namun begitu,
kita perlu mempunyai ‘gap’ atau batasannya. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Sedikit
demi sedikit sehingga masalah tersebut selesai.

RUJUKAN
Latifah Ismail. (2014). Factors Influencing Gender Gap In Higher Education Of Malaysia: A
University Of Malaya Sample daripada
http://repository.um.edu.my/96407/1/GENDER%20GAP%20IN%20HIGHER%20ED
UCATION%20-%20ISQAE%2025-30.9.14.pdf

Zanariah Abdul Wahab & Nik Rosila Nik Yaacob. (2018). Critical and Creative Thinking
Skill In Islamic Education And Gender Differences daripada
https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/55647301/Proceedings_ICRIAL
E2018.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=15257046
50&Signature=iWWbazXJp1Aa66IO3g2SZgPqZig%3D&response-content-
disposition=inline%3B%20filename%3DProceedings_ICRIALE2018.pdf.pdf#page=1
4

Nor Aniza Ahmad, Siti Aishah Hassan, Abdul Razak Ahmad, Chua Lay Nee and Nor
Hashim Othman. (2017). The Trend of Academic Achievement among Malaysian
Boys and Girls: Where are the Boys? daripada
https://poseidon01.ssrn.com/delivery.php?ID=09811500808106509309211507310401
809000802704607802407106907907812410009901112208411804100112003502302
811010200708106702900106402909102406206712108110611507807706803005504
508109411108312609708300700302512702611400308307211802703101902507001
4106004092018&EXT=pdf

Rohayati binti Junaidi, Tengku Intan Marlina binti Tengku Mohd Ali dan Madiawati binti
Mamat @ Mustaffa. (2018). Persekitaran Kanak-kanak dalam Novel Beruk daripada
http://ejournal.ukm.my/gema/article/download/20263/7382

Jamilah binti Mohd Noor. (2014). Keberkesanan Pendidikan Akhlak Di Sekolah Menengah
Kebangsaan Di Seremban , Negeri Sembilan daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/5005/5/Tesis_Pn_Jamilah_Mohd_Noor_KULIT_KER
AS.pdf
Nurul Badriyah binti Ali. (2017). Metodologi pendakwah dalam program bimbingan remaja
wanita bermasalah di Dar As-Saadah, Raudhatus Sakinah dan Rumah Puteri Arafiah
daripada http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jsi/article/download/2003/539/

You might also like