Buku Log Pengakap PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

PERSEKUTUAN PENGAKAP

MALAYSIA

BUKU LOG
NAMA : MOHD RASYID BIN MOHD JAI
KUMPULAN : 16 BATU PAHAT
DAERAH : BATU PAHAT
MAKLUMAT PERIBADI

1. NAMA : MOHD RASYID BIN MOHD JAI

2. NO KAD PENGENALAN : 870420-015911

3. ALAMAT KEDIAMAN : NO. 12, JALAN KUCHAI, TAMAN

ANGGERIK, 83500 PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR.

4. ALAMAT SEKOLAH : SEK. MEN. AGAMA PARIT SULONG,

JALAN MUAR, 83500 PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR.

5. NO TELEFON : 017-5100520

6. WARIS TERDEKAT UNTUK DIHUBUNGI : JULIANA BINTI

SAMSUDIN (ISTERI) 017-3730542


CARTA ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP
SEK. MEN. AGAMA PARIT SULONG

KUASA PENGANJUR :
MOHD FAUZIY BIN MOHD ISHAK

MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN


PENGERUSI
NADIA BINTI MOHD NASIR
(GPK KOKO)

SETIAUSAHA
MD ZAMZAINI BIN MD DAHLAN

PEN. SETIAUSAHA
ZAKARIA BIN RAJULI

BENDAHARI
MOHD RASYID BIN MOHD JAI

AHLI JAWATANKUASA
GURU-GURU PENASIHAT
AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN

KETUA PEMIMPIN KUMPULAN


MD ZAMZAINI BIN MD DAHLAN

PEN. KETUA PEMIMPIN KUMPULAN


ZAKARIA BIN RAJULI

KUMPULAN 1
PATROL HANG TUAH / HELANG
MD ZAMZAINI BIN MD DAHLAN

KUMPULAN 2
PATROL HANG JEBAT / TIONG
MOHD RASYID BIN MOHD JAI

KUMPULAN 3
PATROL MEGAT TERAWIS / RAJA UDANG
MUHAMMAD SYAHRUL AKMAL BIN
SETAPE
MAHYUDI BIN KABAN

KUMPULAN 4
PATROL MAHARAJA LELA / RAJAWALI
ZAKARIA BIN RAJULI
SEJARAH PENGAKAP DUNIA

Robert Stephenson Smyth Baden-Powell


Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert
Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP.
Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal
dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell
adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada
Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan
tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman
persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti
berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama
tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan
berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai
Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun
1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk
menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang
bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap
pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak
pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di
India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-
askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS
(Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang
dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah
peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan
untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British
dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British
telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu
mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan
itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000
orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda
BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya
Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah
dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda
menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan
polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral
pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu
perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-
budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan
kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-
budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah,
memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak.
Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat
diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku
berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau
semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau
Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan
Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England
dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun
1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas
itu di seluruh dunia.

Biodata BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941


SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Pengakap (Scout) wujud di dunia ini hasil kejayaan


perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali
sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos
1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair
seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai
British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di
Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang
pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya
pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan
Borneo.

Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk


mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang
Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula
menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap
Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah,
Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu
membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut
juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan
Pengakap Malaysia ditubuhkan.

Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta


Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan)
1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama
merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan
nasional.
MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3


Persetiaan Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap
masa, Menurut undang-undang Pengakap.

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-


undang Pengakap yang sepuluh.

Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan


“Persaudaraan Pengakap”

Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri


dalam Malaysia”

Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama


Islam”.

Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan


Persaudaraan Pengakap Sedunia”.

Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang


menandakan unit-unit Pengakap:
Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
Hijau – “Pengakap Muda”,
Merah – “Pengakap Remaja”

Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga


melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja.
HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP
MUDA

HORMAT PENGAKAP
Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari
hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan
sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking.
Tiga jari digunakan adalah membawa tiga
pengertian:

SALAM PENGHORMATAN
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah memberI persetiaanKepada lagu
kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah

SALAM BIASA
Kepada pembesar-pembesar negeri atau
NegaraKepada pemimpinKepada saudara Pengakap
KAEDAH MEMBERI PERSETIAAN
"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan
bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya,
saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap"

SALAM PERSETIAAN
Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam
tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak tangan
hadapan)

COGAN KATA PENGAKAP (SCOUT MOTTO)

Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan


Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama
lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut:
Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda (Boy Scout) - Selalu Sedia
Pengakap Remaja (Rover Scout) - Pandangan Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Pengakap Budika – Berkhidmat
CARA UNTUK MENDAPATKAN LENCANA

KEAHLIAN PENGAKAP
1. PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP LENGKAP
2. 5 PRINSIP RUKUN NEGARA
3. MAKSUD LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
DAN PENGAKAP DUNIA
4. PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG
PENGAKAP
5. HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA
PENGAKAP
6. SEJARAH PENGAKAP DUNIA DAN PENGAKAP
MALAYSIA

You might also like