Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MEMO

SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI SAINS TAHFIZ MAIWP


D/A MASJID SAIDINA OTHMAN BIN AFFAN,
BANDAR TUN RAZAK 56000, CHERAS, KUALA LUMPUR
TEL: 03-91711005 FAX: 03-91711499

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daripada : P (SMISTA-MAIWP)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada : KPE (MAIWP)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salinan Kepada : P(BPI), KU (PEND) 1
------------------------------------------------------------------------------------------------------
No. Rujukan : MAIWP/SMISTA/300-1/9 ( )
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 1 SEPTEMBER 2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt,

Ybhg. Datuk,

MEMOHON KELULUSAN PEMBELIAN PERALATAN SUKAN SMISTA 2016

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMISTA berhasrat untuk melakukan


penambahan peralatan sukan bagi tujuan kemudahan pelajar untuk bersukan dan
beriadah. Peralatan yang baru ini juga akan memenuhi keperluan pelajar sebagai
persiapan untuk Kejohanan Sukan Sekolah, Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah
Wilayah Persekutuan (MSSWP), Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama MAIWP
(KESSMA), Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) dan juga bagi
kegunaan sukan di asrama.

3. Permohonan ini akan menggunapakai peruntukan sukan dan alat bantu


mengajar di bawah peruntukan kod perbelanjaan 27000 untuk SMISTA. Senarai
peralatan dan sebut harga peralatan sukan adalah seperti lampiran. Pihak
pengurusan SMISTA amat berharap agar permohonan ini dipertimbangkan.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak YBhg. Datuk kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

(MASHANIZAT BIN NGASRI)

You might also like