Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

👍👍Maksud yg perlu dihafal dlm fizik...

👍👍
1.Sinar katod → alur elektron yang berhalaju tinggi

2. Tenaga elektrik → tenaga yang dibebaskan apabila cas elektrik mengalir melalui mana2 dua titik dalam litar
elektrik.

3. Kuasa elektrik → kadar pemindahan tenaga elektrik

4. Solenoid→ gegelung dawai yang berbentuk silinder panjang.

5. Medan elektrik → kawasan di mana suatu jasad yang bercas dikenakan daya elektrik.

6.Medan Magnet → kawasan di mana suatu objek dikenakan daya magnet.

7. Beza upaya → tenaga yang dipindahkan per unit cas yang digerakkan di antara dua titik.

8. Rintangan → nisbah beza upaya terhadap arus.

9. d.g.e → kerja yang dilakukan oleh suatu sumber bagi menggerakkan 1 coulomb cas untuk mengelilingi suatu
litar lengkap.

10.Pantulan Gelombang → perubahan arah rambatan suatu gelombang hasil daripada lantunannya pada
sempadan di antara dua medium.

11. Pembiasan Gelombang → perubahan arah rambatan suatu gelombang semasa gelombang itu bergerak
melalui suatu medium ke medium yang lain. ( apabila gelombang itu merambat melalui dua medium yang
berbeza )

12. Elektromagnet → suatu magnet sementara di mana satu medan magnet dihasilkan oleh aliran arus elektrik

13. Kuantiti fizik → kuantiti yang boleh diukur

14. Kuantiti Asas → kuantiti fizik yang tidak boleh dinyatakan dalam kuantiti asas yang lain

15. Kuantiti terbitan → Kuantiti fizik yang terdiri daripada pelbagai gabungan kuantiti asas.

16. Tenaga → kuantiti fizik yang mengukur kebolehan sesuatu sistem untuk melakukan kerja

17. Kuasa → kadar pemindahan tenaga / kadar kerja dilakukan

18. Tekanan → daya yang bertindak secara berserenjang dengan 1 unit luas permukaan

19. Tekanan atmosfera → tekanan yang dikenakan pada berat atmosfera per unit luas pada permukaan bumi.

20. Daya → suatu tindakan tarikan atau tolakan

21. Daya paduan → hasil tambah 2 atau lebih daya untuk menghasilkan satu daya tunggal

22. Inersia → kecenderungan suatu objek mengekalkan keadaannya yang pegun atau gerakannya dengan laju
seragam dalam garis yang lurus.

23. Pecutan → kadar perubahan halaju

24. Momentum → hasil darab jisim dengan halaju objek tersebut


25. Halaju → kadar perubahan sesaran

26. Tenaga keupayaan kenyal → satu bentuk tenaga keupayaan yang dimiliki oleh suatu jasad apabila ia
dimampatkan, diregangkan atau dibengkokkan.

27. Pemalar spring → daya per unit pemanjangan spring

28. Gerakan linear → gerakan melalui 1 laluan garis lurus

29. Suhu → ukuran darjah kepanasan bagi suatu objek

30. Haba → satu bentuk tenaga

31. Frekuensi → bilangan ayunan lengkap dalam masa satu saat

32. Daya impuls → kadar perubahan momentum

33. Impuls → perubahan momentum

34. Imej maya → imej yang tidak terbentuk pada skrin

35. Imej nyata → imej yang terbentuk pada skrin

36. Kekenyalan → kebolehan suatu jasad untuk kembali ke bentuk dan saiz asalnya apabila daya2 yang
dikenakan atas jasad itu dialihkan

37. Had Kenyal spring → satu had apabila ia dilampau, spring tidak dapat kembali semula ke panjang asalnya
apabila daya dialihkan

38. Sudut genting →ialah sudut tuju


di mana sudut biasannya mempunyai nilai 90 darjah

39. Jarak fokus(kanta) → jarak antara titik fokus dengan pusat optik

Jarak fokus(cermin) → jarak antara titik fokus dengan kutub

40. Transistor → suatu komponen elektronik yang diperbuat daripada 3 semikonduktor jenis-p dan jenis-n
( kalu anok panoh tubek n-p-n )

41. Get logik → peranti elektronik yang mempunyai satu atau beberapa input dan hanya satu output sahaja

42. Gelombang → pembawa tenaga tanpa memindahkan jisim

43. Gelombang melintang → gelombang di mana arah getaran zarah-zarah gelombang berserenjang dengan
arah perambatan gelombang
( contoh : cahaya, elektromagnet )

44. Gelombang membujur → gelombang di mana arah getaran zarah-zarah gelombang selari dengan arah
perambatan gelombang
( contoh : bunyi )

45. Tangki riak → tangki air yang digunakan untuk mendemonstrasikan ciri-ciri gelombang air

46. Panjang gelombang → jarak di antara dua puncak atau lembangan/fasa yang berturutan

47. Amplitud → sesaran maksimum suatu titik dari kedudukan keseimbangannya


48. Laju gelombang → jarak yang dilalui oleh suatu gelombang dalam satu saat

49. Tempoh → masa yang diambil untuk satu ayunan lengkap

50. Pembelauan → kesan pemesongan suatu gelombang semasa ia melaui suatu celah atau bertemu dengan
suatu halangan.

51. Gelombang koheren → gelombang yang mepunya frekuensi yang sama, amplitud yang sama dan fasa yang
sama

52. Antinod → titik2 di mana interferens membina berlaku

53. Nod → titik2 di mana interferens memusnah berlaku

54. Cahaya monokromatik → cahaya yang terdiri daripada satu warna sahaja

55. Nombor Proton → bilangan proton yang terdapat di dalam nukleusnya

56. Nombor Nukleon → jumlah bilangan proton dan neutron yang terdapat di dalam nukleusnya

57. Keradioaktifan( reputan radioaktif ) → proses pereputan nukleus yang tidak stabil secara spontan untuk
menghasilkan nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif

58. Radioaktif → bahan radioaktif yang mempunyai nukleus yang tidak stabil menjadi nukleus yang lebih stabil
dengan memancarkan sinaran radioaktif

59. Zarah alfa (a)→ nukleus helium / zarah bercas positif

60. Zarah beta (B) → elektron berhalaju tinggi / zarah bercas negatif

61. Sinar Gama (y) → gelombang elektromagnet berfrekuensi tinggi

62. Pemanjangan → Hasil tolak panjang baru spring dengan panjang asal spring

63. Setengah Hayat → masa yang diambil untuk separuh daripada bilangan asal nukleus mereput menjadi
nuklid baru

ATAU

Setengah Hayat→masa yang diambil untuk nukleus yang tidak stabil untuk mereput separuh daripada jisimnya

64. Pembelahan nukleus →tindak balas dimana pemecahan satu nukleus yang berat kepada dua nukleus yang
lebih ringan

65. Pelakuran nukleus →tindak balas di mana dua atau lebih nukleus ringan bergabung untuk membentuk satu
nukleus yang lebih berat

66. Sisa radioaktif → sebarang bahan pepejal , cecair atau gas yang mengandungi nuklid2 radioaktif

67. Sinar tuju → sinar cahaya yang menghentam permukaan cermin

68. Sinar pantulan → sinar cahaya yang melantun balik dari permukaan cermin

69. Normal → garis yang berserenjang dengan permukaan cermin di mana pantulan berlaku

70. Sudut tuju → sudut antara sinar tuju dengan garis normal
71. Sudut pantulan → sudut antara sinar pantulan dengan normal

72. Titik fokus, F → titik di mana semua cahaya ditumpukan atau dicapahkan

73. Dalam ketara → jarak imej maya,I dari permukaan air

74. Dalam nyata → jarak objek yang sebenar,O dari permukaan air

75. Pembesaran linear → nisbah tinggi imej terhadap tinggi objek

76. Muatan Haba → jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu suatu objek sebanyak 1
darjah celcius

77. Muatan Haba Tentu → kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bagi 1 kg bahan sebanyak
1 darjah celcius

78. Haba Pendam → haba yang diserap atau dibebaskan pada suhu malar semasa proses pertukaran fasa

79. Haba Pendam Tentu → kuantiti haba yang diperlukan untuk menukarkan fasa bagi 1 kg bahan pada suhu
tetap

80. Haba Pendam Tentu Pelakuran→ kuantiti haba yang diperlukan untuk menukarkan fasa bagi 1 kg pepejal
kepada cecair pada suhu tetap

81. Haba Pendam Tentu Pengewapan → kuantiti haba yang diperlukan untuk menukarkan fasa bagi 1 kg cecair
kepada gas pada suhu tetap

82. Kerja → hasil darab daya yang bertindak dengan arah sesaran objek tersebut ( W = Fs )

83. Pancaran Termion → pancaran elektron dari permukaan logam yang dipanaskan

84. Semikonduktor → suatu bahan yang mempunyai kekonduksian elektrik di antara konduktor dan penebat

85. 1 detik → jarak di antara 2 titik yang berturutan dalam masa 0.02 saat

86. Ketumpatan → jisim per unit isipadu

87. Ralat sifar → alat yang tidak bermula dengan bacaan 0

88. Gelombang ultrasonik - mempunyai frekuensi melebihi 20000 Hz

Mempunyai banyak tenaga

89. Gelombang bunyi mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang dan mudah dibelaukan

You might also like