Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH

Matapelajaran dan kelas Sejarah Tahun 5 Pintar


Tema Kedaulatan Negara
Tajuk Identiti Negara Kita
Unit Unit 12: Bunga Kebangsaan
Tarikh/Masa 19 September 2018 / 11.15 – 12.15 pm
Standard Kandungan 9.5 Bunga Kebangsaan
9.5.1 Menyatakan nama bunga kebangsaan negara kita
9.5.2 Menyatakan makna warna merah pada bunga
Standard Pembelajaran kebangsaan
K9.5.5 Menyatakan keistimewaan bunga raya sebagai bunga
kebangsaan

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;


1. Menyatakan secara tepat nama bunga kebangsaan
Malaysia.
Objektif 2. Menghuraikan 3 makna maksud warna merah pada
bunga kebangsaan.
3. Menyenaraikan 5 keistimewaan bunga raya sebagai
bunga kebangsaan

1. Pembacaan petikan secara mekanis.


2. Belajar melalui lirik lagu Bunga Raya Bunga Kebangsaan
Aktiviti
Kita.
3. Melukis bunga raya dalam kumpulan.
Patriotik, bekerjasama,
Nilai Murni : berusaha, berdikari,
menghargai, berkerjasama
Kemahiran Pemikiran Sejarah: Imaginasi dan empati
EMK
Tanggungjawab
Warganegara :
Elemen Kewarganegaraan :
Mempertahankan identiti
negara.
Poster bunga raya, komputer riba, pembesar suara, kertas A3,
Bahan Bantu Belajar
pen marker, lembaran petikan dan lirik lagu

Penilaian Pengajaran
dan Pembelajaran DSP

Refleksi
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI EMK CATATAN


Set Induksi (5 minit) Nilai murni BBM
1) Guru memberikan beberapa pecahan  Berusaha  Gambar
gambar kepada beberapa orang murid Bunga Raya
secara rawak. Kemahiran berfikir yang
2) Murid ini akan bekerjasama  Menjana idea dipecahkan.
menyelesaikan puzzle ini dengan  Menghubung kait
melekatkan di papan putih.
3) Guru bertanyakan soalan kepada murid KKT
 Kecerdasan pelbagai
berkaitan dengan gambar yang
(verbal linguistik,
dipamerkan.
kinestetik)
 Gambar apakah ini?
 Di manakah kamu akan jumpa
bunga ini?
4) Guru mengaitkan gambar yang
dipamerkan dengan isi pelajaran.
Aktiviti 1 (15 minit) BBM
1) Guru mengedarkan petikan bertajuk Nilai  Petikan
“Bunga Raya Bunga Kebangsaan Kita”.  Menghargai Bunga Raya
2) Murid-murid akan membaca petikan  Patriotik (Lampiran)
tersebut secara mekanis dalam keadaan
berpasangan. KKT  Buku teks
3) Guru bersoal jawab dengan murid  Kemahiran berfikir
mengenai isi kandungan petikan.  Konstruktivisme
 Apakah tajuk petikan ini?
 Apakah yang kamu fahami dalam Kemahiran berfikir
 Menjana idea
perenggan kedua?
 Apakah isi utama dalam
perenggan ketiga?
4) Guru meminta murid-murid
menyampaikan isi utama dalam petikan
tersebut.
Aktiviti 2 (15 minit) Nilai BBM
1) Guru mengedarkan lirik lagu ‘Bunga  Bekerjasama  Lirik lagu
Raya’ kepada setiap murid yang tidak  Berusaha ‘Bunga Raya’
lengkap. yang tidak
2) Murid-murid perlu melengkapkan lirik KKT lengkap
lagu tersebut dengan mendengar lagu  Kecerdasan pelbagai (Lampiran)
yang dimainkan oleh guru. (muzikal, verbal  Laptop
3) Murid menyemak lirik lagu yang linguistik)  Speaker
disempurnakan secara berpasangan. KBAT
4) Guru bertanyakan kepada murid  Menganalisis
mengenai lagu tersebut.
KB
 Apakah maksud warna merah?
 Menjana idea
 Apakah yang kamu faham
 Menghubung kait
dengan maksud lagu tersebutt?
Aktiviti 3 (20 minit) Nilai BBM
1) Guru membahagikan murid kepada lima  Berusaha  Kertas A3
kumpulan kecil.  Pen Marker
2) Setiap kumpulan dibekalkan dengan KKT
sekeping kertas A3 dan dua batang pen  Kemahiran berfikir
marker.
KB
3) Murid diarah untuk melukis gambar
 Menjana idea
bunga raya dan menulis satu
keistimewaan bunga raya dalam setiap Elemen
kelopak. (5 keistimewaan) Kewarganegaraan
4) Beberapa kumpulan yang terpilih akan  Mempertahankan
membentangkan hasil perbincangan di identiti negara.
hadapan kelas.
5) Guru akan membuat perbincangan dan
peneguhan terhadap jawapan murid.
Penutup (15 minit) Nilai
1) Guru bersoal jawab dengan murid  Berusaha
mengenai isi pelajaran pada hari  Menghargai
tersebut.
2) Guru memberi tepukan dan pujian KKT
kepada murid atas kerjasama yang  Kemahiran berfikir
diberikan. Kecerdasan pelbagai
3) Guru membuat rumusan isi pelajaran. (verbal linguistik)

REFLEKSI
BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN KITA
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu atau kembang
sepatu (Hibiscus rosasinensis). Ia merupakan sejenis tumbuhan
berbunga sepanjang tahun yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga Raya dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28


Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan
kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan
keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh
cabaran. Di samping itu, ia juga berdasarkan kriteria Bunga Raya yang
sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik,
nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh
Malaysia dan yang paling penting bukan menjadi Bunga Kebangsaan
mana-mana negara lain di dunia ketika itu.

Pemilihan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu


tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima
pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan
sebagai bunga perpaduan. Warna merah membawa maksud keteguhan
politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran.
Kesemua sifat ini sememangnya telah menjadi faktor penyumbang yang
mendorong negara kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai
bidang. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia digunakan
sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut
diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.

Kepelbagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran juga
menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan
rakyat Malaysia yang dapat hidup aman damai dan berharmoni. Oleh
itu, mari kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga
Raya dalam memelihara perpaduan yang wujud demi masa depan
Malaysia yang lebih terjamin.
LIRIK LAGU PATRIOTIK BUNGA RAYA

Warna merah lambang keberanian


Setiap warga di Malaysia
Bersedia sepanjang masa
Berputih tulang demi negara

Warna merah lambang perpaduan


Semua bangsa di Malaysia
Sepakat sehati dan sejiwa
Rukun dan damai sentiasa

Bunga raya
Menjadi kebanggaan setiap warga di Malaysia
Lima kelopak
Lambing rukun negara
Pegangan kita semua

Bunga raya
Bunga kebangsaan
Seluruh warga Malaysia
LIRIK LAGU PATRIOTIK BUNGA RAYA

Warna merah lambang ………………………….


Setiap warga di Malaysia
……………………………… sepanjang masa
Berputih tulang demi negara

Warna merah lambang …………………………..


Semua bangsa di Malaysia
Sepakat ………………………………….. dan sejiwa
Rukun dan damai sentiasa

Bunga Raya
Menjadi ……………………………… setiap warga di Malaysia
Setiap warga di Malaysia
Lima ………………………………………
Lambang Rukun Negara
Pegangan kita semua

Bunga Raya
…………………………………….. kebangsaan
Seluruh warga Malaysia

You might also like